MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL PERDANA 2014
23 Julai 2014 – Majlis Khatam
Al-Quran dan Tahlil Perdana telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan
Seri Gemilang SMKDPB. Majlis ini diadakan pada pukul 12.45 tengah hari. Majlis dimulakan
dengan Tahlil Perdana, Khatam Al-Quran dan seterusnya bingkisan Syawal kepada
para pekerja swasta. Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dengan
lancar.
PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN SPM 2014
23 Julai 2014 – Program Pecutan
Akhir Kecemerlangan SPM telah diadakan pada pagi ini khusus untuk pelajar
Tingkatan Lima. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDPB telah
dikendalikan oleh JAZIM Motivation Group
(JMG). Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.40
tengah hari. Program ini bermatlamat
membangkitkan semangat pelajar dalam menghadapi peperiksaan awam dan teknik
serta tips belajar pada saat akhir. Semoga para pelajar mendapat manfaat
daripada program ini.
PERKONGSIAN TARBAWI 2014
17-18 Julai 2014 – Satu Program Semalam Di Smi As Siddiq ( Iftar, Qiamulail,
Sahur & Perkongsian Pendidikan) telah diadakan SMI As Siddiq, Simpang
Renggam, Johor. Seramai 38 orang pelajar
terlibat yang terdiri daripada 27 orang pelajar 4AK, 9 orang pelajar 2AK dan 2
orang pelajar 2KA. Program ini bertujuan mengadakan perkongsian pendidikan ruhiah bagi
memperkukuh jiwa dan rohani pelajar, selain itu menjadikan Ramadan sebagai
bulan yang penuh bekalan takwa.
|
BAHAYA DENGGI, HAPUSKAN AEDES
20 Julai 2014 – Satu majlis
penerangan tentang Bahaya Denggi, Hapuskan Aedes telah diadakan pada pagi ini.
Penerangan ini disampaikan oleh Pn Siti Hasnah bt Hj Bahari, Penolong Kanan HEM
SMK Dato’ Penggawa Barat. Dalam penerangannya beliau menyarankan agar semua
pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, rumah dan persekitaran
daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tanggungjawab bersama ini perlu
dimainkan oleh semua pihak dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes
seterusnya mengelakkan penyakit Demam Denggi. Majlis diteruskan dengan tayangan
video berkaitan pembiakan nyamuk Aedes dan penyakit demam denggi. Semoga warga
SMKDPB dilindungi Allah daripada penyakit demam denggi. Insyaallah.
|
|
|
|
BINGKISAN SYAWAL 1435H
17 Julai - Bingkisan Syawal 1435 untuk pekerja-pekerja swasta SMKDPB
telah diadakan pada pagi ini. Tujuan
majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa pekerja-pekerja swasta yang
banyak membantu pihak sekolah terutamanya dalam aspek keselamatan, kebersihan
dan keceriaan. Seramai 21 orang pekerja swasta menerima Bingkisan Syawal yang disampaikan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom,
Pengetua Cemerlang SMKDPB. Semoga
kemeriahan menyambut Aidil Fitri dapat dikongsi bersama. Salam Aidil Fitri buat
semua pekerja-pekerja swasta SMKDPB.
|
|
MAJLIS PELANCARAN SAHUT CABARAN TIMSS 2015
13 Julai 2014 – Majlis Pelancaran
Sahut Cabaran TIMSS 2015 Peringkat SMK
Dato’ Penggawa Barat telah diadakan pada
tengah hari ini. Majlis
pelancaran ini disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMKDPB.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menaikkan semangat para pelajar yang
terlibat khususnya pelajar Tingkatan Dua untuk menyahut cabaran TIMSS (Trends
in Mathematics and Science Study ) 2015. SMKDPB merupakan antara 19 buah
sekolah di negeri Johor dan antara 217 buah sekolah di Malaysia yang terpilih
untuk menyahut cabaran TIMSS 2015. Untuk itu para pelajar diminta bersedia
menyahut cabaran TIMSS dan melonjakkan nama SMKDPB ke persada antarabangsa.
LADAP
12 Julai 2014- Latihan Dalam
Perkhidmatan ( LADAP ) diadakan pada hari ini di Wadah Informasi, SMKDPB. LADAP
kali ini dimulai dengan taklimat Info 5 Minit Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2015 oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMKDPB.
Sesi seterusnya disampaikan oleh
Cg Sharifah Ain bt Hj Ali, Guru Cemerlang Sejarah yang bertajuk Mind Map.
Beliau mendorong para guru untuk membina
Mind Map yang diasaskan oleh Tony Buzan. Sesi perbengkelan juga diadakan bagi
menambahkan pemahaman guru-guru dan boleh diaplikasikan dalam pengajaran di
dalam kelas.
Sesi terakhir disampaikan oleh En
Rahmat bin Sarbani, Kaunselor Cemerlang SMKDPB yang bertajuk Pengurusan Stress.
Beliau menyampaikan panduan dan tips yang berkesan untuk menangani stress.
Salah satu cara yang dipraktikkan ialah
Teknik Tapping.
Tahniah kepada para penceramah.
Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh para guru dalam sesi
pengajaran di dalam kelas dan dalam kehidupan seharian.
HARI TERBUKA SEKOLAH 2014
10 Julai 2014 : Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan
kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justeru, hari terbuka yang diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Pada hari khamis yang permai kali ini, para pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 bersama ibubapa mahupun penjaga masing-masing telah terlibat dalam hari terbuka.
Seawal jam 8 pagi, kenderaan ibubapa mula membanjiri perkarangan luar sekolah. Ibubapa dan penjaga dengan diringi para pelajar menuju ke dewan sekolah di mana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung. Sudah menjadi kelaziman, riak ceria dan bangga jelas terpancar pada wajah para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sebaliknya bagi pelajar yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan akhir pertengahan tahun 2014 diselubungi kesuraman dan perasaan berat hati untuk berjumpa para guru.
Selaku guru di Sekolah Berprestasi Tinggi, mereka masing-masing telah menjalankan tanggungjawab dengan profesional, efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi para pelajar khususnya bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan awam yang dianggap besar dalam sistem persekolahan menengah di Malaysia iaitu PT3 dan SPM. Ibubapa juga dilihat profesional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu matlamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing.
Peratusan ibubapa yang hadir juga meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi keseluruhan warga SDPB MENJUARAI.
Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu
bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Pelbagai program kerjasama PIBG sedang giat dirancang bagi memastikan mutu pelajar yang lahir dari SDPB MENJUARAI tidak akan dipandang sebelah mata oleh masyarakat setempat khasnya dan masyarakat global amnya.
REHLAH MENJALIN UKHWAH
21 Jun 2014 : Satu program Rehlah Menjalin Ukhwah telah dijalankan di Gunung Lambak, Kluang. Program ini melibatkan pelajar-pelajar SMKDPB dan bersama pelajar-pelajar SMK Sultan Abdul Jalil, Johor. Seramai 46 orang pelajar SMKDPB 4 orang guru pengiring dan telah menyertai program ini.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Menjalin ukhwah peserta
Program Zero To Hero dari SMKDPB dan PRS SMKSAJ serta guru di kedua sekolah.
2. Menarik minat dan
memotivasikan pelajar dalam aktiviti yang mencabar iaitu mendaki gunung.
3. Melahirkan pelajar yang
mencintai alam sekitar dan merasai kehebatan
Allah SWT yang mencipta dan mentadbir alam ini.
4. Memperhebatkan
kecerdikan emosi dan spiritual para
pelajar dalam aktiviti yang dijalankan.
|
|
(Guru)
1.
Pn.Hjh.Zaiton Binti Hitam
2.En.Mohd.
Ramli bin Sulaiman.
3.Pn.Zabilin
binti Harjin
4.Cik
Marlia binti Awang
|
Subscribe to:
Posts (Atom)