PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2014

31.12.2013 - Pendaftaran pelajar Tingkatan Satu sesi 2014 telah diadakan pada pagi ini di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi didahului dengan penerangan sistem PBS oleh En Wan Suhaimi, Pegawai PPD Pontian. Sesi penerangan ini bertujuan memberi pendedahan kriteria pentaksiran yang dijalankan di bawah sistem PBS.
     Seterusnya ucapan aluan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom , Pengetua Cemerlang Sekolah Berprestasi Tinggi. Dalam ucapannya beliau mengharapkan pelajar-pelajar baharu yang mendaftar pada hari ini mempunyai iltizam dan tekad untuk menyumbang ke arah kecemerlangan SMKDPB dan meneruskan legasi kecemerlangan SMKDPB.
     Ucapan perasmian pula disempurnakan oleh Tn. Hj. Roslan bin  Marjan, wakil rasmi PPD Pontian. Beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang terpilih mendaftar di SMKDPB iaitu satu-satunya sekolah yang menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Pontian. Beliau turut meminta para pelajar baharu agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana alam persekolahan di sekolah menengah.
Majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi dan pendaftaran kemasukan ke asrama juga dilaksanakan pada pagi ini bagi mereka yang ditawarkan tinggal di asrama. Untuk makluman seramai 171 orang pelajar mendaftar pada hari ini.

 TAHNIAH DAN SELAMAT MENJADI WARGA SMKDPB!