SENARAI 30 SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN BAHARU SEBAGAIMANA DIISYTIHARKAN OLEH KPPM PADA 22 APRIL 2011


PUTRAJAYA - Sebanyak 30 buah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam satu majlis pengiktirafan di sini hari ini.Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Sains Sabah, Sekolah Menengah Sains Johor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, Perak.
Sekolah rendah yang mendapat pengiktirafan tersebut pula ialah Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Perak, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka, Sekolah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Mantob, Sabah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pengiktirafan tersebut sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di negara ini.
“Apa yang dirancang oleh kementerian melalui pengiktirafan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama menjelang tahun 2020.
“sekolah kluster kecemerlangan bukan sahaja cemerlang dalam pengurusan dan pencapaian sekolah tetapi ia mempunyai kebitaraan akademik dan kokurikulum yang berupaya mewatakkan sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pengiktirafan sekolah kluster kecemerlangan Fasa 4 bagi tahun 2011 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abd. Ghafar berkata, bilangan sekolah kluster kecemerlangan di negara ini akan bertambah kepada 300 buah menjelang tahun 2015.
Menurutnya, bilangan sekolah kluster kecemerlangan yang ada pada waktu ini ialah sebanyak 124 buah termasuk dikawasan luar bandar dan pihaknya optimis dapat mencapai jangkaan tersebut.
Tambahnya, pengiktirafan sebagai sekolah kluster kecemerlangan juga memastikan sekolah luar bandar tidak tercicir dariapda menerima faedah pembangunan pendidikan di negara ini.

18 April 2011: Hari ini satu pengiktirafan telah diberikan atas kecemerlangan pelajar dalam Ujian Sumatif 1 yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu.

15 April 2011 : Hari ini merupakan hari terakhir En. Nabhan berkhidmat sebagai Guru KGSK di SMKDPB. Beliau bertugas bermula pada 12 Februari 2011 atas tiket Guru Ganti Pn. Izyani yang kini cuti bersalin. Sepanjang beliau di sini selama lebih kurang 2 bulan, banyak sumbangan beliau terutamanya dalam aktiviti surau.
11 dan 12 April 2011: Pegawai Kesihatan Daerah Pontian telah hadir ke SMKDPB untuk program suntikan HPV pelajar peempuan tingkatan 1 dan 2.
11 April 2011: Satu majlis meraiakan kejayaan atlit Balapan dan Padang MSSD 2011 telah diadakan di Hotel Pontian. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan pentadbir terdiri daripada Tn.Pengetua, PK Pentadbiran, PK Kokurikulum dan PK Petang. Selain itu barisan pengurus dan jurulatih-jurulatih juga telah melapangkan waktu untuk meraikan kejayaan atlit-atlit yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.



