HARI KOKURIKULUM 2019

25 Julai 2019 - Pada hari ini telah berlangsung hari kokurikulum SMKDPB. Program ini dirasmikan oleh En Mohd Nazar bin Mohd Nor, Pengurus Besar Savanna Hill Resort yang mewakili  Tn Hj Mohd Yunos bin Malek, Pengarah Savanna Hill Resort. 

Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan.
Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pameran, jualan gerai, pertandingan kawad kaki statik, senaman robik, jualan amal 'Untukmu Aisyah' dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para pelajar akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan serta Unit beruniform masing-masing.




Program ini turut melibatkan penglibatan dan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kominuti luar sama ada oleh pihak NGO ataupun bukan NGO sebagai salah satu wadah penghubung antara warga sekolah dan sarana ibu bapa. Penglibatan dan saling menyokong usaha yang dapat menjadi titik pertemuan kerjasama antara warga sekolah dan ibu bapa serta komuniti luar dalam menjayakan aktiviti dan prasarana sekolah.




Diharapkan dengan program yang dilaksanakan ini mampu mewujudkan suasana yang harmoni dan mewujudkan persepsi positif daripada warga komuniti luar dalam mewujudkan jaringan hubungan kerjasama yang erat antara kedua-dua belah pihak.