ICOMPEX 19- JITRA KEDAH


19-21 Mac 2019 bertempat di Dewan Wawasan Jitra Kedah telah berlangsung Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompex19) yang merupakan pertandingan dan pameran projek inovasi dan penemuan baru. Pasukan Inovasi SMKDPB telah menghantar  sebanyak 7 pasukan untuk menyertainya. Sejak tahun 2014 SMKDPB telah menghantar pasukan inovasi dan pada tahun ini merupakan pasukan yang paling ramai dihantar ke iCompex.Bagi Projek Inovasi sebanyak 595 penyertaan pada tahun 2019 ini  terdiri daripada pelajar politeknik, kolej komuniti, universiti awam, universiti dan kolej swasta, sekolah dan juga lain-lain institusi. Cabaran yang hebat bagi pasukan inovasi SMKDPB dalam 9 kategori yang dipertandingkan.









          Taruhan pasukan inovasi SMKDPB ialah Innovation Ruler (INNORU), Pinedroplanter Project, Multifunction Stick (MFS), Portable Multifunction Kit, Multipurpose Bin, Medicated Bedbean Pillow dan Meascut. 












         Alhamdulillah alam pertandingan ini pasukan inovasi SMKDPB telah membawa pulang 3 Pingat Emas melalui INNORU, Pinedroplanter Project dan Multifunction Stick sementara 3 Pingat Gangsa melalui Portable Multifunction Kit, Multipurpose Bin dan Medicated Bedbean Pillow. Kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh para peserta SMKDPB amat dihargai. Sumbangan dan dorongan pihak sekolah, PIBG dan juga ibu bapa amatlah dihargai dalam memastikan kemenjadi an pelajar.