1ST JOHOR INTERNATIONAL CAUSEWAY JAMBOREE



2-5 Ogos 2018 – Bertempat di Kolej Rahman Putra UTM, Johor telah diadakan 1ST Johor International Causeway Jamboree. Seramai 21 orang ahli Pengakap Laut Kumpulan 14 Potian telah menyertainya. Mereka diiringi Cikgu Mohd Zaid bin Man. Perkhemahan selama 4 hari 3 malam itu menemukan para peserta dengan rakan pengakap dari United Kingdom, Indonesia dan Singapura. Pengalaman berharga yang diperoleh dapat digunakan dalam kehidupan dan mematangkan para peserta. Majlis penutupan rasmi diadakan di Iskandar Puteri, Nusajaya.