PELANCARAN ANUGERAH PENGGAWA

26 Julai 2018 - Pelancaran Anugerah Penggawa telah disempurnakan oleh YB Muhammad Taqiuddin bin Cheman, ADUN Pulai Sebatang sempena Hari Kokurikulum SMKDPB. 





ANUGERAH PENGGAWA merupakan anugerah penghargaan tertinggi yang diberikan oleh SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian , Johor kepada para pelajar, guru-guru, organisasi dan orang perseorangan. Anugerah ini mula diperkenalkan pada Januari 2017.

Anugerah ini diberikan berdasarkan 3 peringkat iaitu:

1. ANUGERAH PENGGAWA (EMAS)
2. ANUGERAH PENGGAWA (PERAK)
3. ANUGERAH PENGGAWA (GANGSA)

Terdapat kriteria khusus yang melayakkan seseorang itu mendapat anugerah ini dan diperkenankan oleh Jawatankuasa Khas Anugerah Penggawa.
                                       

Objektif  anugerah ini adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa yang diberikan oleh sesiapa sahaja khususnya para pelajar, guru-guru, organisasi dan orang perseorangan dalam menjana kecemerlangan dan kemenjadian pelajar di SMK Dato’ Penggawa Barat. Penghargaan ini juga diberikan kepada para pelajar, guru-guru, organisasi dan orang perseorangan yang mengharumkan nama SMK Dato’ Penggawa Barat ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Semoga dengan ANUGERAH PENGGAWA menjadi pemangkin kejayaan para pelajar SMKDPB dan seterusnya menjadi legasi kecemerlangan SMKDPB.