28 Julai 2018 - Seramai 58 orang peserta terdiri daripada guru pemimpin pengakap Daerah Pontian serta Kelana telah mengikuti Kursus Manikayu Pengenalan yang diadakan di sini hari ini. Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian dengan kerjasama Unit Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dan SMK Dato' Penggawa Barat bertujuan memberi info kepimpinan mendidik ahli-ahli pengakap kepada para peserta. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Zaid bin Man, Cikgu Siti Rahmah binti Abd Rahman, Cikgu Siti Aznum binti Senom, Cikgu Aznita binti Sairi dan Cikgu Melina binti Ibrahim. tahniah diucapkan.
PELANCARAN ANUGERAH PENGGAWA
26 Julai 2018 - Pelancaran Anugerah Penggawa telah disempurnakan oleh YB Muhammad Taqiuddin bin Cheman, ADUN Pulai Sebatang sempena Hari Kokurikulum SMKDPB.
ANUGERAH PENGGAWA merupakan anugerah penghargaan tertinggi
yang diberikan oleh SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian , Johor kepada para
pelajar, guru-guru, organisasi dan orang perseorangan. Anugerah ini mula diperkenalkan pada Januari 2017.
Anugerah ini diberikan berdasarkan 3 peringkat iaitu:
1. ANUGERAH
PENGGAWA (EMAS)
2. ANUGERAH
PENGGAWA (PERAK)
3. ANUGERAH
PENGGAWA (GANGSA)
Terdapat kriteria khusus yang melayakkan seseorang itu
mendapat anugerah ini dan diperkenankan oleh Jawatankuasa Khas Anugerah Penggawa.
Objektif anugerah ini
adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa yang diberikan oleh sesiapa sahaja
khususnya para pelajar, guru-guru, organisasi dan orang perseorangan dalam
menjana kecemerlangan dan kemenjadian pelajar di SMK Dato’ Penggawa Barat.
Penghargaan ini juga diberikan kepada para pelajar, guru-guru, organisasi dan
orang perseorangan yang mengharumkan nama SMK Dato’ Penggawa Barat ke peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa.
Semoga dengan ANUGERAH PENGGAWA menjadi pemangkin kejayaan
para pelajar SMKDPB dan seterusnya menjadi legasi kecemerlangan SMKDPB.
HARI KOKURIKULUM 2018
26 Julai 2018 – Hari Kokurikulum
SMKDPB telah diadakan pada hari ini. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi
dan berakhir pada pukul 5.00 petang. YB Muhammad Taqiuddin bin Cheman, ADUN
Pulai Sebatang telah merasmikan Hari Kokurikulum ini. Antara inti pati
ucapannya adalah meminta para pelajar agar sentiasa aktif dalam apa jua
aktiviti kokurikulum.
|
|
|
|
MULTAQA & ANUGERAH IMAM REMAJA 2018
16 Julai 2018 – Bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar
Dato’ Onn, Johor Bahru telah diadakan Majlis Multaqa dan Anugerah Imam Remaja
2018 peringkat negeri. Berikut keputusannya:
1.
Muhammad Shayereezam bin Zainor Hisham (MUMTAZ
SOFI)
2.
Edzham Firdaus bin Khairul Edrin (MUMTAZ)
3.
Zulhusni bin Samsor (JAYYID JIDDAN)
4.
Muhammad Syafiq bin Mohd Salleh (JAYYID JIDDAN)
5.
Muhammad Nur Luthfy bin Md.Nor Azmi (JAYYID
JIDDAN)
6.
Muhammad Baihaqi bin Mohd Adabi (JAYYID)
Tahniah, diucapkan!
FESTIVAL ANTARABANGSA TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 2018 - STIF
13-15 Julai 2018 - Pasukan Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian
telah menyertai jemputan ke Festival Antarabangsa Transformasi Sekolah TS25
2018 di SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang, Johor.Antara negara yang turut
menyertainya ialah Thailand, Brunei dan Indonesia. Seramai 35 orang peserta dan diiringi 3 orang
guru pembimbing. Antara pertandingan yang disertai ialah Pertandingan Pintu
Gerbang, Persembahan Amalan Terbaik Sekolah, Pameran Amalan Terbaik dan Kawad
Kaki. Pasukan Pengakap Laut telah mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan
kawad kaki. Tahniah diucapkan.
KARNIVAL PUTERI ISLAM DAERAH PONTIAN 2018
14 Julai 2018 - Karnival Puteri Islam Daerah Pontian telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Pasukan Puteri Islam SMKDPB telah menghantar peserta dan beberapa kejayaan telah diperoleh:
Keputusan Pertandingan Karnival PUTERI.
1. ICT/Video - Naib Johan
2. Cheff Puteri- Johan
3. Qasidah -. Johan
4. Pertolongan Cemas - ke 3
Keputusan Pertandingan Karnival PUTERI.
1. ICT/Video - Naib Johan
2. Cheff Puteri- Johan
3. Qasidah -. Johan
4. Pertolongan Cemas - ke 3
KEJOHANAN TENIS MSSD & MSSJ 2018
27-29 Jun 2018 bertempat di Gelanggan Tenis Majlis Daerah Pontian, SMKDPB menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Tenis MSSD dengan
memperoleh 2 Emas, 1 Perak, dan 1
Gangsa.
12-14 Julai 2018 bertempat di Gelanggang Pusat Matrikulasi Teknikal Johor, Pasukan Tenis Daerah Pontian menjadi Johan Keseluruhan.
Atlet dari SMKDPB menyumbang 1 Perak dan 1 Gangsa.
LAWATAN KERJA YB AMINOLHUDA HASSAN
11 Julai 2018 – Lawatan Kerja
oleh YB Aminolhuda Hassan, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan
Negeri Johor telah berlangsung pada hari
ini. Beliau diiringi oleh En Azman bin Adnan, Timbalan Pengarah Pendidikan
Johor serta En Zainal bin Buang, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.
Objektif lawatan ini adalah untuk meninjau keperluan sekolah dan kemajuan
sekolah dalam memacu kecemerlangan. Terima kasih tuan atas kunjungan ke SMKDPB.
|
|
|
|
KEJOHANAN MEMANAH MSSD 2018
10 Julai 2018 - 15 medal telah dimenangi dan SMKDPB dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan memanah MSSD
2018 bertempat di Maahad Pontian.
Individu L18 : Johan, Ke 3, Ke 4
Olimpik Round Individu L18: Johan, Ke 3, Ke 4
Olimpik Round Berpasukan L18 : Johan
Individu L15 : Johan
Olimpik Round Individu L15 :Ke 4
Olimpik Round Berpasukan L15 : Johan
Individu P15 :Naib johan, Ke 4
Olimpik round Individu P15: Naib johan, Ke 4
Olimpik Round Berpasukan P15: Johan
MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. ZAITON BINTI HITAM
1 Julai 2018 – Majlis persaraan Pn Hjh Zaiton binti Hitam
telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. Beliau merupakan seorang kaunselor yang
berdedikasi dan sering membantu pelajar dalam pelajaran. Beliau yang memulakan
perkhidmatan pada 1 Mei 1982 telah menabur bakti selama 36 tahun dalam dunia
pendidikan. Terima Kasih, Cikgu! Jasamu Dikenang!
SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2018
1 Julai 2018 – Sambutan hari Raya Aidil Fitri telah diadakan
pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis dimeriahkan
dengan geri-gerai makanan yang dibuka di sekitar dewan. Pelajar bukan Islam
turut bersama merayakannya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program
pada tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)