KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN ke-53, 2018


14hb Februari 2018 : Sukan tahunan dan temasya olahraga sekolah adalah satu keperluan tradisi. Sukan adalah elemen asas pelengkap kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Menganjurkan kejohanan sukan tahunan atau temasya olahraga menjadi petunjuk penting dalam halatuju organisasi sekolah pada masa akan datang. Sukan juga merupakan jambatan pemupukan semangat toleransi dan kerjasama warga sekolah dengan ibubapa serta penduduk setempat. Di samping itu ia menjadi landasan pencarian bakat, penggilapan bakat serta memperkembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang masing-masing. Kejohanan Sukan Tahunan 2018 SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan diadakan dengan jayanya dengan penglibatan seramai 854 pelajar bagi pelbagai acara yang dipertandingkan.

Perasmian telah disempurnakan oleh En. Darwis bin Saleh wakil Alumni SMK Dato' Penggawa Barat. Juara keseluruhan kejohanan sukan tahunan peringkat sekolah telah dimenangi oleh 'Rumah Panglima'. Berikut ialah keputusan mata kejohanan keseluruhan:

Pertama : Rumah Panglima       = 532 mata.
Ke-2      : Rumah Temenggung = 478 mata.
Ke-3      : Rumah Laksamana    = 455 mata.
ke- 4      : Rumah Bendahara     = 415 mata.