PERKHEMAHAN MUHIBAH NUSANTARA 2016


3-6 MAC 2016 - Perkhemahan Muhibah Nusantara antara Persekutuan Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia telah diadakan di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor, Malaysia. Perkhemahan ini yang disertai oleh 82 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli pramuka dari SMP Negeri 2 Karimun, Indonesia,  ahli-ahli pengakap SMK Dato' Penggawa Barat, SMK Taman Nusajaya, JB, SMK Benut, SMK Sri Perhentian dan SMK Pekan Nanas, Pontian.
             Perkhemahan yang bertujuan mengeratkan silaturahim melalui aktiviti kepengakapan antara dua negara ini diwarnai dengan aktiviti  dan pertandingan kemahiran pengakap.Para peserta juga dapat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti kepengakapan.
         Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh En. Mohammad Hood bin Mohamad Noh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian. Turut serta ialah Tn Hj Hashim bin Mohd Dom (Pengetua SMKDPB), Tn Hj Yaacob bin A.Karim ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor) dan En Mohd Zaki bin Azman ( Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian).