24-30 November 2014 - Bertempat
di pantai peranginan Teluk Batik, Lumut, Perak, Pengakap Laut Kumpulan 14
Pontian dari SMK Dato’ Penggawa Barat telah menyertai Jambori Pengakap
Antarabangsa Perak ( Perak International
Jamboree 2014). Seramai 32 orang ahli-ahli pengakap diiringi oleh Cg Anuar
Salleh, Cg Mohd Zaid bin Man dan Cg Nurul Hafsah bt Abu Sajid berkampung selama
7 hari 6 malam di Teluk Batik, Perak.
Jambori
Pengakap yang berstatus antarabangsa ini dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Bertemakan Apreasisasi Budaya dan
Pelancongan, jambori ini turut disertai oleh pengakap-pengakap dari luar negara
iaitu Brunei, Indonesia, Khazastan, Thailand, Filipina, Cambodia, Mexico, Singapura
dan Libya. Pelbagai aktiviti diadakan
sepanjang jambori antaranya seperti
tarian, pakaian tradisional, aktiviti lasak, aktiviti lawatan ke Pulau Pangkor,
Lawatan ke kapal TLDM, lawatan ke Paya Bakau dan sukan rakyat.
Pelbagai
pertandingan diadakan dan Kontinjen Negeri Johor telah mendapat tempat pertama
dalam acara tarian tradisional, tempat kedua dalam pertandingan pintu gerbang,
tempat ketiga dalam acara pakaian tradisional dan tempat kelima dalam acara
fotografi. Kejayaan ini membolehkan Kontinjen Negeri Johor dinobatkan sebagai
Johan Keseluruhan Jambori Pengakap Antarabangsa Perak.
Para pelajar
yang menyertai jambori ini turut memperoleh Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian
untuk Anugerah Aman Jaya ( Sijil ini
diberi kepada 400 peserta terbaik daripada 7100 peserta yang mampu menyelesaikan aktiviti yang
disertai dan seramai 32 orang ahli pengakap SMKDPB memperolehnya)
Tahniah kepada
ahli-ahli Pengakap Kumpulan 14 Pontian @SMK Dato’ Penggawa Barat. Semoga
Pengakap SMKDPB terus maju. Sekali Berpengakap Selamanya Berpengakap.
|
|
BERSAMA PRAMUKA, INDONESIA
|
TAKLIMAT DI ATAS KD HANG TUAH
|
|
|
TURUN DARI KD HANG TUAH
|
PENERANGAN OLEH LASKAR
|
|
|
PINTU GERBANG JOHOR
|
MALAM PENGAKAP BERSELAWAT
|
|
|
TERMINAL JETI KE PANGKOR
|
PERASMIAN OLEH SULTAN PERAK
|
|
|
ANUGERAH AMAN JAYA
|
MENYAMBUT PENGAKAP KHAZASTAN
|
|
|