PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2014

31.12.2013 - Pendaftaran pelajar Tingkatan Satu sesi 2014 telah diadakan pada pagi ini di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi didahului dengan penerangan sistem PBS oleh En Wan Suhaimi, Pegawai PPD Pontian. Sesi penerangan ini bertujuan memberi pendedahan kriteria pentaksiran yang dijalankan di bawah sistem PBS.
     Seterusnya ucapan aluan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom , Pengetua Cemerlang Sekolah Berprestasi Tinggi. Dalam ucapannya beliau mengharapkan pelajar-pelajar baharu yang mendaftar pada hari ini mempunyai iltizam dan tekad untuk menyumbang ke arah kecemerlangan SMKDPB dan meneruskan legasi kecemerlangan SMKDPB.
     Ucapan perasmian pula disempurnakan oleh Tn. Hj. Roslan bin  Marjan, wakil rasmi PPD Pontian. Beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang terpilih mendaftar di SMKDPB iaitu satu-satunya sekolah yang menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Pontian. Beliau turut meminta para pelajar baharu agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana alam persekolahan di sekolah menengah.
Majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi dan pendaftaran kemasukan ke asrama juga dilaksanakan pada pagi ini bagi mereka yang ditawarkan tinggal di asrama. Untuk makluman seramai 171 orang pelajar mendaftar pada hari ini.

 TAHNIAH DAN SELAMAT MENJADI WARGA SMKDPB!















TAHNIAH : STREAMING PELAJAR TINGKATAN 5 MENGIKUT KELAS TAHUN 2014 SMK DATO' PENGGAWA BARAT

Pihak sekolah mengucapkan 'Tahniah' dan 'Syabas' kepada para pelajar yang telah kekal dan dinaikan ke tingkatan 5 bagi tahun 2014 di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian.

Sila klik disini untuk muat turun 'STREAMING' TINGKATAN 5 MENGIKUT KELAS TAHUN 2014.

Sekian terima kasih.

Senarai Peralatan Tingkatan 1 Tahun 2014



 Bil
Perkara
Unit
Harga Seunit
Jumlah
1
Baju Sukan Sekolah
Sepasang
38.00
38.00
2
Lencana
2
1.00
2.00
 3
Tandanama
3

4.00
 4
Tandanama Sementara
1
1.00
1.00
 5
Tali Leher
1
9.00
9.00
 6
Fail Peribadi dan Fail Penyata
1
12.00
12.00
 7
Fail Kerja Kursus
1
12.00
12.00
 8
Buku Nilam BM/BI/BC
3
2.50
7.50
 9
Buku Kokurikulum
1
3.50
3.50
 10
Diari Pelajar
1
6.50
6.50
 11
Beg
1
3.00
3.00
 12
Buku Garis Satu
10
0.90
9.00
 13
Buku Matematik
5
0.90
4.50
 14
Buku Tulis Sains
4
2.50
10.00
 15
Buku Log Panjang
4
5.00
20.00
 16
Buku Penulisan BM
2
2.50
5.00
 17
Buku Penulisan BI
2
2.50
5.00
 18
Test Pad Sekolah
2
2.50
5.00
 19
Buku Peraturan Sekolah
1
4.00
4.00

JUMLAH


RM 161.00

PMR 2013 - BERSYUKUR ATAS KEJAYAAN INI - SDPB MENJUARAI!

19 Dis 2013  - Keputusan PMR 2013 yang diumumkan pada pagi ini membawa khabar gembira buat warga SMKDPB. Seramai 91 orang pelajar mendapat perfect score meningkat dari tahun 2012. Peratus kelulusan 99.53%. . SMKDPB juga menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Integrasi Calon Pendidikan Khas dan Anugerah GPS Terbaik Sekolah Kawalan  1.19 di peringkat negeri. Tahniah kepada para pelajar, para guru, para ibu bapa dan masyarakat setempat yang mendoakan kejayaan buat SMKDPB.









PERHATIAN : KEPUTUSAN PMR 2013

Kepada para pelajar yang akan mengambil slip keputusan PMR 2013, sila hadir ke sekolah pada:

Tarikh : 19 DIS 2013 (KHAMIS)
Masa    : 10.30 pg - 12.00 Tgh Hari
Pakaian : Uniform Sekolah (Rambut kemas/pendek)
Tempat : Dewan Seri Gemilang

Sekian,  terima kasih.

MAKLUMAN SEMUA GURU: Mesyuarat / Taklimat Persediaan Guru Tahun 2014

27 Disember 2013 (Jumaat)

 Masa
  Perkara
8.30am - 10.30am
Mesyuarat Guru (Buku Panduan dan Maklumat)
10.30am - 11.00am
Rehat
11.00am - 12.00tghri
Mesyuarat Kurikulum (Semua Guru)
3.00pm - 5.00pm
Mesyuarat Ko-Kurikulum (Semua Guru)

28 Disember 2013 (Sabtu)
 Masa
  Perkara
8.30am - 10.00am
Mesyuarat HEM (Semua Guru)
10.00am - 10.300am
Rehat
10.30am - 11.15am
Mesyuarat Guru Tingkatan (Ting. 1 - Ting. 5) Mesyuarat Guru Tingkatan (Ting. 6)
11.15am - 12.30pm
Mesyuarat Guru Sesi Petang

30 Disember 2013 (Isnin)
 Masa
  Perkara
8.30am - 12.30tghri
LADAP 1 : I Think
2.00pm - 4.00pm
Mesyuarat Panitia

BM: 3AK
BI : 3AS
SC: 3CA
Mate: 3CE
PI: 3DA
Geo: 3KA
Sej: 3KE
PM: 4AS
Fizik: 4CA
Bio: 4CE
Kimia: 4DA

 31 Disember 2013 (Selasa)
  • Pendaftaran Tingkatan 1
  • Pembahagian Buku Teks Tingkatan 5 (Penyelaras Tingkatan 5, Guru Tingkatan, Guru SPBT)
  • Gotong Royong Pembersiahan Kelas Tingkatan 2, 3, 5 dan Pra-U2 tahun 2014 (Guru Tingkatan)