PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1

31 Disember 2019 - Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan pendaftaran asrama berlangsung pada hari ini. Seramai  184 orang pelajar Tingkatan 1 mendaftar pada hari ini. Taklimat persekolahan diberikan oleh Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan anak-anak pelajar ke Sekolah Berprestasi Tinggi. 
Dengan slogan SDPB Menjuarai diharapkan para pelajar menyesuaikan diri dan membina kemenjadian dan kecemerlangan diri dalam pelbagai aspek. Tahniah.





  



MESYUARAT GURU BIL.1/2020

29 Disember 2019- Mesyuarat Guru Bil.1/2020 telah diadakan pada hari ini. Bermula jam 8.00 pagi dan dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB.
Semoga semua guru lebih bersemangat dan berdaya saing menghadapi cabaran 2020.



KEPUTUSAN RASMI PT3 2019

DIMAKLUMKAN BAHAWA KEPUTUSAN RASMI PT3 AKAN DIUMUMKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 19 DISEMBER 2019
HARI: KHAMIS
MASA: 10.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG, SMKDPB
PAKAIAN: UNIFORM SEKOLAH.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

PENGUMUMAN KEPADA PARA PELAJAR SMKDPB


TATACARA PEMAKAIAN LENCANA DAN RAMBUT PELAJAR SMKDPB 2020

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar SMKDPB diharapkan dapat  mematuhi tatacara yang dipaparkan di bawah.

NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIVARIUM NEGERI JOHOR 2019



29 November 2019 – Tahniah diucapkan kepada pasukan Vivarium Pendidikan Khas SMKDPB di bawah bimbingan Cikgu Md Amin dan Cikgu Mohd Ehsan yang Berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Vivarium Sekolah-sekolah Negeri Johor 2019 sempena dengan Ekspo Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan di Plaza Angsana, Johor. Pasukan ini membawa pulang hadiah bernilai RM200 dan sijil penghargaan.




JOHAN RAINGUTTER REGATTA DI PERHIMPUNAN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4


22-25 November 2019 - Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 (4th National Seaboree) telah diadakan  Kelab Tasik Putrajaya dan Pangkalan Polis Marin Putrajaya. 4 ahli pengakap laut SMKDPB bersama-sama kontinjen Johor telah menyertainya dengan dibantu guru pembimbing iaitu Cikgu Siti Aznum binti Senom. Alhamdulillah, Khabar gembira dari Putrajaya, setelah berlangsung selama 4 hari program  4TH National Seaboree. Pelajar bernama Ain Amirah binti Mat Supi muncul Johan Kebangsaan bagi acara Raingutter Regatta Pengakap Muda Perempuan. Manakala Cikgu Siti Aznum yang menyertai pertandingan masakan kategori pemimpin pengakap juga beroleh Johan. Tahniah diucapkan kepada Ain Amirah dan Cikgu Siti Aznum. SDPB Menjuarai!





SELAMAT BERSARA & SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU.


21 November 2019 - Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2019 ini diakhiri dengan majlis ringkas iaitu lambaian terakhir dari warga SMKDPB kepada Cikgu Abd Aziz bin Che Yusof, Ustaz Haris bin Mustafa dan En Meor Mohd Hafiz bin Meor Jamaluddin (Juruteknik).

Untuk makluman Cikgu Abd Aziz bin Che Yusof akan bersara pilihan mulai 1 Disember 2019. Sementara Ustaz Haris bin Mustafa akan kembali ke negeri Kelantan setelah 21 tahun berkhidmat di SMKDPB.Beliau akan bertugas di SMK Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan. Bagi Meor Mohd Hafiz bin Meor Jamaluddin pula yang bertugas sebagai juruteknik di SMKDPB selama 6 tahun akan kembali bertugas di kampung halamannya iaitu di Perak.  Beliau akan bertugas di SMK Tanjung Rambutan, Perak.
Tahniah diucapkan. Terima kasih selama menabur bakti di bumi SMKDPB.








ANUGERAH RAMBU KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA


20 November 2019- Bertempat di Dewan Iskandar, SK Tengku Mahmood Iskandar 1 telah diadakan Majlis Penganugerahan Rambu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Seramai 19 orang ahli Pengakap Muda (Laut) telah melengkapkan ujian dan kemahiran seperti yang tertakluk di dalam buku skim pengakap untuk membolehkan mereka dianugerahkan rambu ini.

Tn Megad Mohd Nizar bin Abd Rahman iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah sudi menyampaikan anugerah tersebut. Tahniah diucapkan.


LATIHAN MEREMPUH HALANGAN (HALANGAN KOMANDO)


19 November 2019 - Bertempat di Kem Kaizen, Pekan Nanas telah diadakan aktiviti merempuh halangan atau halangan komando. Seramai 35 ahli pengakap laut SMKDPB menyertai aktiviti ini sebagai persediaan mengambil Ujian Pengakap Raja bagi tahun 2020 dan 2021. Sebanyak 21 halangan komando berjaya diatasi oleh para peserta. Latihan yang menguji kekuatan fizikal dan mental ini akan membantu para peserta di dalam ujian sebenar nanti.