LADAP-KBAT


13 Julai 2019 – Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan pada hari ini. LADAP yang bertajuk KBAT itu telah disampaikan oleh Pn  Siti Nur Atikah, SISC+ PPD Pontian. Pelbagai kaedah dan aktiviti KBAT telah didedahkan kepada para guru. Semoga bermanfaat kepada semua.








PerKISS-


13 Julai 2019 – Kelab Kitar Semula SDPB telah menjual hampir 700 kilogram sisa buangan yang berjaya dikumpulkan oleh warga SDPB. Guru-guru dan para pelajar telah menyahut seruan untuk sama-sama memelihara alam sekitar. Kelab KItar  Semula SDPB menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) yang merupakan antara program kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PerKISS yang julung kalinya telah diadakan bermula pada tahun 2014 hingga kini merupakan inisiatif SWCorp untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang telah melaksanakan aktiviti kitar semula dengan cemerlang di peringkat sekolah masing-masing.
Menerusi pertandingan ini, amalan 3R yang dipelajari secara teori di peringkat sekolah dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sekali gus dapat melahirkan pelajar yang kritis, kreatif, inovatif dan berdaya saing setanding dengan perkembangan minda para pelajar di negara maju.








JOM JADI REMAJA BERAKHLAK MULIA



11 Julai 2017 – Program Jom Jadi Remaja Berakhlak Mulia telah diadakan pada hari ini.  Program bertujuan membentuk para pelajar menjadi seorang insan yang sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Program ini dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan masyarakat dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.




MEMANAH - JOHAN OLIMPIK ROUND



4 Julai 2019 – Pelajar Tingkatan Empat Cempaka, Amni Qistina telah menjadi Johan  Olimpik Round kategori memanah terbukaKota Tinggi di SMS Kota Tinggi. Tahniah dan terima kasih kerana mengharumkan nama SDPB Menjuarai!

AGOONOREE KEBANGSAAN TERENGGANU KALI KE-3



1-4 Julai 2019 – Bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus,  Terengganu peserta pengakap Pendidikan Khas bersama-sama Cikgu Mohd Ehsan telah menyertai Agoonoree Kebangsaan Terengganu Kali Ke-3.  Pelbagai aktiviti yang sesuai dengan pelajar pendidikan khas telah diadakan bertujuan membentuk keyakinan diri dalam menghadapi kehidupan bersama-sama insan normal.

Ahli-ahli pengakap SMKDPB ini telah membantu kontinjen Johor untuk menjadi Naib Johan Kraf Perkhemahan Terbaik. Syabas dan tahniah diucapkan.






PIDATO KHALIFAH JUNIOR PERINGKAT KEBANGSAAN 2019



29-30 Jun 2019 – Pertandingan Pidato Khalifah Junior Peringkat Kebangsaan telah diadakan di ILIM, Bangi, Selangor. Peserta SMKDPB iaitu adik Halimatul Saadiah binti Pairit yang mewakili negeri Johor telah mendapat tempat ketiga.  Hadiah disampaikan oleh  Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahniah diucapkan.





HARI PELAPORAN 2019




30 Jun 2019 – Hari Pelaporan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah diadakan pada hari ini. Semua ibu bapa  hadir untuk membincangkan prestasi akademik serta Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) anak-aNak pelajar SMKDPB. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan. Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari membolehkan ibu bapa mengetahui tahap pencapaian akademik anak-anak. Bagi pelajar tingkatan 5, program ini diadakan di Dewan Seri Gemilang. Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB telah memberi ucapan dan memaparkan  TOV, AR2 dan ETR pelajar SPM 2019. Program-program pemantapan akademik juga dipaparkan bagi memberi maklum kepada ibu bapa penjaga. Semoga komitmen semua pihak akan membuahkan hasil dalam keputusan SPM 2019.









ZIARAH MARHABAN KEBIRU 2019

29 Jun 2019 - Program Ziarah Marhaban warga SMKDPB bersama ahli keluarga telah diadakan pada hari ini. Sebanyak 5 buah rumah warga guru telah diziarahi oleh rombongan marhaban KEBIRU. Antara rumah yang diziarahi ialah rumah Cikgu Siti Aznum, Cikgu Hafzanisa, Cikgu Ismail, Cikgu Azman dan Cikgu Mohd Shaphri. Semoga ukhwah terjalin dan mengeratkan tali silaturahim sesama warga SDPB.
 
Rumah Cikgu Siti Aznum
 
Rumah Cikgu Hafzanisa
 
Rumah Cikgu Ismail
 
Rumah Cikgu Mohd Shaphri (Pengetua)
 
Rumah Cikgu Azman
 
Ketua Marhaban Cikgu Mohd Zaid (Berkaca Mata Hitam)

MAJLIS PERPISAHAN EN MOHD HAMZAH BIN HASSAN

27 Jun 2019 - Majlis perpisahan En Mohd Hamzah bin Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum telah diadakan pada hari ini. En Mohd Hamzah telah dinaikkan pangkat menjawat jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Perhentian. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai PPD iaitu En Mahadi. Tahniah diucapkan dan terima kasih selama menabur bakti di bumi SDPB Menjuarai!














SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019

27 Jun 2019 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriahnya. Sambutan kali ini turut disertai oleh wakil PIBG dan juga komuniti setempat. Seluruh warga SDPB meraikannya termasuklah pelajar Cina dan India yang turut sama memakai persalinan baju Melayu dan baju kurung. Semoga ikatan perpaduan warga SDPB bertambah erat.