JOHAN PUBLIC SPEAKING DAERAH PONTIAN 2019


7 Mac 2019 – Pertandingan Public Speaking Daerah Pontian telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Pertandingan yang disertai oleh semua sekolah-sekolah menengah Daerah Pontian merupak rutin tahunan untuk memilih wakil ke peringkat negeri. Dalam pertandingan ini adik Nurul Izzah Aeisyah dari SMKDPB telah dinobatkan sebagai Johan. Tahniah diucapkan.








MAJLIS PERSARAAN PN HJH SAADIAH


5 Mac 2019 -  Majlis persaraan Pn Hjh Saadiah telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Beliau telah bersara pilihan pada Disember 2018 dan pada hari ini majlis meraikan persaraannya telah diatur oleh pihak KEBIRU. Guru Pnedidikan Islam ini menceritakan suka duka sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai guru. Antara kenangan manis yang tidak dilupakan ialah berjaya meningkatkan GPS subjek Pendidikan Islam di bawah 1.0.

Terima kasih Ustazah Hajah Saadiah. Budimu Disanjung Dan Sentiasa Mekar Di Sanubari Warga SMKDPB










JOHAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA 2019





27 Februari - 3 Mac 2019 - Festival Layang-layang Sedunia telah diadakan di Bukit Layang-layang Pasir Gudang, Johor. Pasukan sekolah yang diwakili oleh Adik Muhammad Syafiq bin Salleh telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan Wau Bulan Tradisi. Beliau menerima wang tunai RM250, Sijil dan Piala. Tahniah diucapkan kepada guru pengiring Ustaz Haris, En Mohd Zaid dan En Selamat.




KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN MSSD 2019

25-28 Februari 2019 - Berlangsung di padng SMK Dato' Ali Haji Ahmad (SDAHA) pasuan olahraga SMKDPB telah merangkul 3 Emas dan 2 Gangsa. Tahniah diucapkan.





PELANCARAN JOM KE SEKOLAH & PETI ADUAN SMKDPB

27 Februari 2019 - Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Peti Aduan telah diadakan pada pagi ini dan disempurnakan oleh Inspektor Norellywati binti Ibrahim, Pegawai Polis dari IPD Pontian. Semoga dengan inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah bersama-sama IPD Pontian akan membantu peratus kedatangan pelajar.

 


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34

23 Februari 2019 - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 telah diadakan pada pagi ini di Dewan Seri Gemilang. Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform untuk ibu bapa dan penjaga bersama-sama para guru mencari solusi segala perkara berkaitan pendidikan dan kecemerlangan anak-anak.
Mesyuarat kali ini begitu istimewa kerana dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian, Menteri Besar Johor. Ibarat sirih pulang ke gagang kerana YAB Dato' Haji Osman merupakan pelajar SMKDPB pada tahun 1965-1967. Sebagai bekas pelajar (Alumni) YAB Dato' Haji Osman telah dihadiahkan sehelai tshirt oleh Pengerusi Alumni SMKDPB.

Pada ucapan perasmiannya YAB Dato" Haji Osman telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 ribu bagi membina sebuah dewan terbuka untuk kegunaan anak-anak pelajar. Sebelum pulang YAB Dato' Haji Osman sempat menanam sebatang Pokok Asam Gelugur sebagai tanda kenangan dan turut merasmikan Bilik Sarana PIBG. Terima kasih kepada YAB Dato Haji Osman dan juga para ibu bapa yang turut hadir dalam mesyuarat PIBG.













KEM LENCANA AHLI BOT PENGAKAP LAUT PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

21-23 Februari 2019 - Perkhemahan Ahli Bot Pengakap Laut telah diadakan di SK Rambah, Pontian, Johor. Perkhemahan ini bertujua melatih para peserta dengan ilmu kepelautan. Aktiviti keyakinan di air juga diadakan di Pantai Rambah. Para peserta turut berpeluang menaiki bot menyusur Pantai Rambah dan mengenali anatomi sebuah bot. Seramai 23 orang ahli pengakap SMKDPB turut serta dan diiringi oleh Pn Noranisyah binti Apandi, En Suhizulhisam bin Keliwon, Pn Aznita binti Sairi, En Mohd Zaid bin Man dan En Anuar bin Salleh.













SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2019



21 Februari 2019 -  Sambutan Tahun Baharu Cina telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada pagi ini. Semua pelajar turut bersama-sama meraikan perayaan ini yang diserikan dengan persembahan Yoyo dan Tarian Singa. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.



KUNJUNG STUDI & MUHIBAH BUDAYA


20 Februari 2019 -  Program Kunjung Studi & Muhibah Budaya dari SMP Muhammadiyah Plus, Kota Batam, Indonesia telah diadakan pada hari ini. Seramai 15 orang pelajar beserta seorang guru telah bersama-sama mengikuti PDPC  sepanjang sehari di SMKDPB. Hubungan dua hala ini lebih kepada mengeratkan silaturahim antara dua buah negara khususnya SMP Muhammadiyah Plus dan SMK Dato’ Penggawa Barat.














PERTANDINGAN LOMPAT TALI SPEED 2019

16 Februari 2019 - Pertandingan lompat tali yang diadakan di SK Sri Tebrau pada hari ini menyaksikan pasukan lompat tali SMKDPB membawa pulang 3 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa.
Bagi acara Speeding 30 saat & 3 minit Kategori Remaja adik Muhammad Zikry bin Isnaidi merih Johan sementara Zulhusni bin Samsor mendapat Naib Johan. Adik Muhammad Zikry bin Isnaidi juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan kategori remaja.
Tahniah diucapkan.