JOHAN PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

24 November 2020- Pada hari ini, keputusan pertandingan Karnival Bahasa Melayu peringkat kebangsaan diumumkan. Salah satu pertandingan yang disertai oleh peserta SMK Dato' Penggawa Barat ialah Pertandingan Pidato Sekolah Menengah.

Alhamdulillah, adik Halimatul Saadiah binti Pairit telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama pertandingan pidato. Beliau mengulangi kejayaan 2019 apabila adik Muhammad Syafiq bin Salleh muncul pemenangnya. Tahniah diucapkan kepada adik Halimatul Saadiah binti Pairit atas kejayaan ini. Sekalung penghargaan juga buat guru-guru pembimbing dan team teknikal yang membantu.

KLIK LINK PIDATO UTAMA DI SINI.

KLIK LINK PIDATO SPONTAN DI SINI

 

 

Untuk makluman, adik Halimatul Saadiah muncul Johan Pidato Peringkat Daerah Pontian dan seterusnya muncul Johan Pidato Peringkat Negeri Johor. Dalam pertandingan yang diadakan secara maya ini, adik Halimatul telah menyampaikan pidato yang bertajuk PKP MEMBENTUK KEPELBAGAIAN KREATIVITI  dan tajuk pidato spontan yang dijalankan secara live melalui Google Meet ialah BIDANG TEKNIKAL DAN VOKASIONAL.

SDPB MENJUARAI.

PEEMAKLUMAN KEPADA MURID

PEMAKLUMAN:

SEMUA MURID SMK DATO' PENGGAWA BARAT TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 DIHARAP DAPAT MENGIKUTI PDPR MELALUI MEDIUM/PLATFORM YANG DIMAKLUMKAN OLEH GURU-GURU MATA PELAJARAN.

TERIMA KASIH.

PEMAKLUMAN

 







DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020

 4 November 2020 - Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. En Mohd Shapri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB telah membentangkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020. En Nazarali bin Ali, Timbalan PPD Pontian turut hadir dalam dialog kali ini. Semoga apa yang dirancang dan dihasratkan akan menjadi kenyataan dan calon-calon SPM 2020 akan memperoleh keputusan cemerlang.


JAMUAN AKHIR TAHUN KEBIRU 2020

 28 November 2020 - Majlis Jamuan Akhir Tahun 2020 anjuran Kebiru telah diadakan di Horizon Hills,, Johor. Majlis ini merupakan aktiviti tahuan  dan diadakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM. Alhamdulillah perjalanan majlis penuh meriah. 





PROGRAM KAUNSELING PASCA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020

 20-21 Oktober 2020 - Program kaunseling pasca Peperiksaan Percubaan SPM 2020 telah diadakan selama 2 hari. Program bertujuan menjentik minda sihat warga SDPB khususnya kepada bakal calon SPM 2020. Program ini dikendalikan oleh Cikgu Rozitah binti Md Kaseran (Kaunselor) dan dengan penceramah jemputan. Antara pengisiannya ialah "Senyum Ceria" oleh Cikgu Mohd Yusof, "Road To Success" oleh Pn Mazliza, kaunselor PPD, "Fight or Flight" oleh Mr.Gabriel Tan Chee Tan Chee Kion dan "Brain Gym" oleh En Muhammad Faiz, Pegawai Kaunseling Pelajar, IPGTHO.Semoga para pelajar mendapat manfaatnya dan terima kasih kepada penceramah jemputan.

 



 

 

 


KETUA PENGAWAS DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS SESI 2020-2021

13 Oktober 2020 - Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Fahim Azfar bin Aili dan adik Nurheqmah binti Abdul Rahman kerana memenangi jumlah undi tertinggi untuk dilantik selaku Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas SDPB sesi 2020-2021.

Pengundian kali ini dijalankan secara online melalui aplikasi google form bagi menyahut cabaran norma baharu pasca covid-19. Semoga Adik Mohd Fahim dan Adik Nurheqmah dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

JOHAN DAN KEEMPAT PIDATO BAHASA MELAYU 2020 NEGERI JOHOR

11 Oktober 2020 - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Online anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diadakan di JPNJ. SMKDPB telah berjaya menjadi Johan dan tempat Keempat dalam pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2020. Hadiah disampaikan semula oleh Tn Pengetua pada hari ini di biliknya.

Sebelum itu, peserta pidato bahasa Melayu iaitu adik Halimatul Saadiah binti Pairit telah dinobatkan sebagai Johan dan adik Muhammad Iman bin Ismail mendapat tempat keempat peringkat negeri Johor. Adik Halimatul Saadiah akan mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan.

HALIMATUL SAADIAH BINTI PAIRIT


MOHD IMAN BIN ISMAIL

 

 


JOHAN E-SYARAHAN AGAMA PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2020

6 Oktober 2020- Tahniah kepada adik Taufik Hidayah murid PPKI SMKDPB yang menjadi johan dalam pertandingan E-Syarahan Agama Pendidikan Khas peringkat negeri Johor. Tahniah juga kepada Ustaz Md Amin yang melatihnya. Adik Taufik akan mewakili negeri johor ke peringkat kebangsaan Doakan kejayaan beliau.




TAHNIAH PASUKAN INOVASI - 5 PINGAT EMAS DI PERINGKAT ASIA PASIFIK

 5 Oktober 2020- Kejayaan pasukan inovasi sekolah yang diketuai oleh En. Mohd Shaphri bin Mohd Yusof ,Tuan Pengetua dalam pertandingan Eco-Green Technology Honourable Innovation  Competition 2020 (E-Thic 2020) peringkat Asia Pasifik merupakan suatu yang membanggakan warga SDPB.

GURU-GURU PEMBIMBING
PINGAT EMAS

 


Pasukan inovasi telah menghantar 5 produk inovasi yang bertemakan Eco-Green dan kesemua 5 pasukan mendapat pingat Emas. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru-guru atas kejayaan yang diraih. Semoga terus berusaha mengharumkan nama SDPB Menjuarai di persada antarabangsa.

PINGAT EMAS
PINGAT EMAS
PINGAT EMAS

PINGAT EMAS