BENGKEL MEMBUAT KAPAL TERBANG

11 April 2019 - Bengkel membuat model kapal terbang telah diadakan di SDAHA hari ini. Para pelajar SMKDPB turut menyertai sambil diiringi oleh Pn Shahida Abd Hamid. Semoga para pelajar mendapat manfaatnya.





PERTANDINGAN PENCAHAYAAN DAN KECERIAAN KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR.

10 April 2019 - Sesi penjurian untuk pertandingan Pencahayaan dan Keceriaan Kemahkotaan Sultan Johor telah dilakukan pada hari ini iaitu pada waktu siang dan malam. Para pengadil dari Majhlis daerah Pontian telah mengambil markah berdasarkan kriteria yang tertentu. Semoga SMKDPB berjaya.

JOHAN KAWAD KAKI DAERAH PONTIAN 2019

10 April 2019- Tahniah diucapkan kepada pasukan kawad kaki KRS kerana berkaya muncul dalam pertandingan kawad kaki yang telah diadakan di SMK Teluk Kerang, Pontian, Johor. Pasukan ini akan mewakili Daerah Pontian ke peringkat negeri.




MAJLIS APRESIASI PELAJAR SPM DAN PT3 TAHUN 2018

9 April 2019 - telah diadakan Majlis Apresiasi Pelajar SPM dan PT3 (2018) di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Tuuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai para pelajar dalam mengharumkan nama sekolah. Perasmian majlis ini disempurnakan oleh YB Suhaizan bin Kaiat, Speaker Dewan Negeri Johor. Tahniah diucapkan kepada para pelajar.

AUDIT AKADEMIK

7 April 2019 telah diadakan Audit Akademik. Turut hadir ialah pegawai dari PPD iaitu En Mahadi. Turut dibentangkan ialah Audit Kokurikulum dan Audit HEM. Semoga SDPB berada di landasan yang benar untuk menggapai kecemerlangan.
  



SDPB Open And Team Invitational Championship 2019


5-7 April 2019  telah berlangsung Kejohanan Ping Pong Jemputan dan Terbuka SDPB 2019. Kejohanan selama 3 hari ini bagi menguji kehebatan para peserta yang bertanding dengan semangat juang yang tinggi. SDPB turut menghantar peserta.

Tahniah Pn Salimah


4 April 2019 - tahniah diucapkan kepada Pn Salimah atas Anugerah Pingat Tangkai Padi, Pandu Puteri Malaysia atas sumbangan dan jasa kepada Pandu Puteri. Anugerah ini disampaikan oleh YAM Tuanku Tun Aminah pada hari ini di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor.

CERAMAH ISRAK MIKRAJ 2019

4 April 2019- Bertempat di Dewan seri Gemilang pada waktu kerohanian telah diadakan ceramah Israk Mikraj. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Wan Yusli. Beliau mengisahkan perjalanan Rasulullah pada malam tersebut. Semoga para pelajar mendapat manfaat cerita Rasulullah.

BICARA BERIRAMA

3 April 2019- Pasukan Bicara Berirama SMKDPB telah bertanding pada pagi ini. Pasukan yang dibimbing oleh Cg Norhaizan telah berjaya mendapat tempat ketiga dan skrip terbaik. Tahniah diucapkan.

Parliamentary-Style English Debate for Secondary Schools of the Pontian District 2019

1& 2 April 2019 - Parliamentary-Style English Debate for Secondary Schools of the Pontian District 2019. Venue: SMK Seri Kukup, Pontian

SDPB emerged as the winners!
Congratulations.