CONGRATULATIONS CIKGU ANUAR
29 March 2022 - The sweetness of success is not just felt only when you grasp an object of appreciation and recognition from other human beings .. but more to the satisfaction of giving something to others in the best way..
Congratulations to Cikgu Anuar bin Salleh for being awarded the Co-curriculum and Sports Icon Teacher in conjunction with the Pontian District Level Icon Teacher Award Ceremony 2021
PANDU PUTERI REMAJA
27 Mac 2022- Bertempat di Lotus Desaru, Ballroom telah diadakan Majlis Anugerah Pandu Puteri Remaja 2022. Anugerah disampaikan oleh YAM Che Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam kepada 15 orang ahli Pandu Puteri seluruh negeri Johor. SMKDPB sangat berbangga kerana 3 daripada 15 ahli Pandu Puteri tersebut adalah pelajar sekolah SMKDPB. Mereka yang sangat rajin, gigih dan sabar dengan segala cabaran sehingga berjaya meraih Anugerah ini ialah:
1. Adik
Iman Irene Qawiema binti Ahmad Feisal
2. Adik
Nurul Najihah binti Adam
3. Adik
Hanis Umairah binti Hasnizam.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat mereka bertiga dan semoga kejayaan mereka menjadi pencetus semangat kepada semua pelajar terutamanya ahli Pandu Puteri sendiri untuk bersama-sama menyahut cabaran ke puncak kegemilangan kokurikulum.
|
|
|
PDPR GURU PRAKTIK PELBAGAI KAEDAH MENGAJAR
22 Mac 2022- PDPR bukan sekadar murid yang belajar malah guru juga turut belajar meneroka ilmu baharu.Ilmu yang sejati, seperti barang berharga lainnya, tidak bisa diperoleh dengan mudah. Itu harus diusahakan, dipelajari, difikirkan, dan lebih dari itu, harus selalu dipraktikkan.
Hari ini, guru -guru memanfaatkan sepenuhnya Studio Harmoni sewaktu
proses PDPR. Malah bagi guru yang tidak berkesempatan ke studio, PDPR
diteruskan di tempat yang sesuai.
Tahniah cikgu teruskan usaha murni anda mendidik anak bangsa
KHABAR DUKA
15 Mac 2022 - Dimaklumkan En Zuraini bin Hashim, Pemandu Bas SMKDPB telah meninggal dunia petang ini dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Chokoh, Serkat, Pontian.
انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia,
lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan
berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman.
. ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
NOVEL HASIL KARYA ANAK-ANAK SDPB
14 Mac 2022 - Kejayaan tidak akan mampu dicapai tanpa usaha yang jitu. Sagu tidak akan diperoleh jika tidak dipecahkan ruyungnya. Begitulah hakikat sebuah kejayaan yang perlu disertai usaha yang keras.
Hari ini 2 buah novel hasil karya anak-anak SDPB telah berada
dirak maya BLINK DIGITAL. Novel diterbitkan oleh pihak BLINK BOOK hasil usaha
sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Perkampungan Penulis Muda
yang telah diadakan pada 6-9 Disember 2021 secara maya.
Tahniah diucapkan kepada Nursyafiqah Hazwani binti Zaidi (Prolog Tanpa
Epilog) dan Analiza binti Mokhlis (Tanpa Rindu) serta Cikgu Anuar selaku guru pembimbing. Berikut merupakan link Rak
Maya untuk membaca novel tersebut.
1. https://rakmaya.blinkblink.my/books/pmxr/#p=1
2. https://rakmaya.blinkblink.my/books/skyi/#p=1
MESYUARAT GURU BIL.1/2022-2023
13 Mac 2022 -Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi 2022/2023 telah dijalankan pada pagi ini secara hybrid. Kesemua guru hadir dan mengikuti amanat serta menerima amanah memikul tanggungjawab bagi sesi 2022/2023. Tuan Pengetua, Encik Mohd Shaphri bin Mohd Yusof mempengerusikan mesyuarat pada hari ini. Semoga warga SDPB Menjuarai siap siaga menempuh sesi baharu yang akan bermula pada 21.3.2021.
SDPB juga menerima 3 orang guru baharu iaitu En Zaki Hikwan bin Achok,
Pn. Norazrin binti Bachok dan En Muhammad Farhan Azwan bin Daud. Selamat datang
diucapkan.
SDPB juga merakam penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Halimah binti A. Wahid yang berpindah ke SMK Medini, Johor Bahru.
|
|
|
BACAAN YASIN DAN TAHLIL
4 Mac 2022-Bacaan Yasin dan Tahlil Ringkas telah diadakan pada malam ini khusus mendoakan agar anak-anak calon SPM 2021 diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menduduki peperiksaan SPM kali ini. Bacaan Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Tuan Haji Abd Shukor Talib
Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam majlis ini.
|
|
TAHNIAH CIKGU HAJAH KHALIZA BINTI PARMIN
3 Mac 2022 - Tahniah Cikgu Hjh. Khaliza bt. Parmin di atas perlantikan sebagai GKMP Bahasa di SMK Teluk Kerang. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang cemerlang di SMKDPB..
Semoga
terus cemerlang di sekolah baharu.





.jpg)



.jpg)








.jpg)

.jpg)
.jpg)





