KERJA RUMAH TERANCANG BOLEH DIAKSES MULAI SEKARANG

KRT INI DIMASUKKAN SECARA BERPERINGKAT. OLEH ITU PARA PELAJAR DINASIHATKAN AGAR SENTIASA PEKA DENGAN KRT YANG DIMASUKKAN. KERJASAMA ANDA DIHARGAI. TERIMA KASIH


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

18-21 Mei 2015 – Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Stadium Hang Jebat Melaka. Pelajar SMKDPB iaitu adik Mohd Syafiq  mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Beliau berjaya menggondol Pingat Perak dalam acara melontar peluru dan Pingat Gangsa dalam acara 4 X 100 meter. Tahniah kepada adik Mohd Syafiq dan guru-gurunya.



INOVASI GURU

19-21 Mei 2015 – Bertempat di Segamat, En Shairul Azman telah menyertai pertandingan inovasi guru sempena Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2015. Dalam pertandingan tersebut En Shairul Azman telah mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan


LAWATAN PENANDA ARAS MAPEN HULU LANGAT, SELANGOR.



21 Mei 2015 – Lawatan Penanda Arasan MAPEN (Majlis Pemuafakatan Penolong Kanan ) Hulu Langat ke SMK Dato’ Penggawa Barat, Johor Darul Takzim telah diketuai oleh Datin Rohayah binti Ab Rahman, Pengerusi MAPEN Hulu Langat, Selangor.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk:
i.                     Mengetahui pengalaman dan kejayaan sekolah yang dilawati ke arah kecemerlangan.
ii.                   Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman untuk penambahbaikan prestasi sekolah.
iii.                  Menambah nilai terhadap perkembangan profesionalisme guru/ pemimpin sekolah (PPB)
iv.                 Mengeratkan ikatan silaturahim antara ahli MAPEN.
Rombongan MAPEN tiba pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang. Taklimat kecemerlangan sekolah disampaikan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom untuk dikongsi bersama-sama.
Terima kasih atas kunjungan MAPEN.











SELAMAT HARI GURU 2015


KARNIVAL SUKAN PRA HARI GURU SMKDPB 2015

13 – 15 Mei 2015, Pertandingan Bola Tampar dan badminton antara guru-guru dan kakitangan SMKDPB telah diadakan di SMKDPB sempena pra sambutan Hari Guru 2015. Dikendalikan oleh Kelab Bilik Guru pertandingan yang dijalankan secara santai itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara guru-guru di SMKDPB.
Dalam pertandingan  Bola Tampar, pasukan yang diketuai oleh Cikgu Azman bin Nong mendapat tempat pertama, pasukan yang diketuai oleh Cikgu Mohd Yusof mendapat tempat kedua dan pasukan pilihan pelajar mendapat tempat ketiga.
Dalam pertandingan Badminton, Cikgu Mohd Hisham mendapat tempat pertama,  Cikgu Mohd Yusof mendapat tempat kedua, Cikgu Wagiman mendapat tempat ketiga dan Cikgu Mohd Ridhwan mendapat tempat keempat.

Tahniah kepada semua pemenang. Tahniah juga kepada Biro Sukan Kebiru yang menganjurkan majlis di atas.














SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA 2015

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku. Pada tahun ini Sambutan Hari Buku sedunia peringkat sekolah telah disempunakan oleh Tn Hj.Hashim bin Mohd Dom. Majlis diraikan dengan  35 minit 'Silent Reading', Ceramah bertajuk 'Amalan Membaca Dalam Kehidupan' dan nyanyian Lagu Mari Membaca.

























Sempena majlis tersebut dua orang pelajar daripada kelas 5 Cempaka telah dianugerahkan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Sekolah 2015. Beliau adalah Muhammad Asrul Haziq bin Anuar dianugerahkan sebagai Tokoh Nilam kategori Bahasa Melayu dan Noor Shameera Banu binti Shajahan dianugerahkan Tokoh Nilam bagi kategori Bahasa Inggeris. Muhammad Asrul Haziq bin Anuar juga telah dianugerahkan Tokoh Nilam Daerah Pontian bagi Tahun 2015. Syabas dan Tahniah buat kedua-dua pelajar cemerlang berkenaan. Sekolah kita juga telah dianugerahkan sebagai Johan Program Nilam Peringkat Daerah bagi Tahun 2014 dimana SMK Dato' Penggawa Barat berada dikedudukan teratas dalam senarai perlaksanaan program NILAM Peringkat Daerah Pontian dengan pencapaian kualiti Tahap Jauhari 97.33% pengiktirafan ( 132 pelajar Pingat Nilam, 160 Pingat pelajar Emas, 302 Pingat Perak dan 319 pelajar Pingat Gangsa). Kedudukan ini telah meletakkan SMK Dato' Penggawa Barat sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik bagi perlaksanaan Program NILAM diperingkat Negeri Johor. Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga SMK Dato' Penggawa Barat.. 'SDPB Menjuarai'.


  

Majlis Perpisahan Pn. Zahriah bt Abu Talib, Pn.Salwani bt. Hamdan dan Guru Pelatih Praktikum.

30 April 2015 : Majlis Perpisahan Pn. Zahriah bt Abu Talib, Pn.Salwani bt. Hamdan dan Guru Pelatih Praktikum telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang Tn. Haji Hashim bin Mohd Dom di Dewan Seri Gemilang pada jam 7.30 pagi. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan Ucapan Guru-guru yang diraikan dan diakhiri dengan Ucapan balas daripada Tn. Pengetua.









 




KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2015

21 April hingga 23 April 2015: Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah diadakan bagi mendidik amalan membaca dalam kehidupan seharian sepanjang tahun. Program ini telh dilancarkan pada 21 April 2015 oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom dan berakhir pada 23 April 2015 dengan Sambutan Hari Buku Sedunia. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Diantaranya ialah Kuiz Spontan, Wakaf Buku , Silent Reading, Ceramah Amalan Membaca, Ulasan Buku, Pertandingan Penanda Buku dan Pertandingan Membina Buku Skrap dari bahan terbuang.