TEMPAT KETIGA E-MIMBAR DAIE BAHASA MANDARIN (P) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2021

30 September 2021 - Pengumuman Keputusan  Rasmi dan majlis Perasmian Penutupan MQSS, MKADNI & KAFOA tahun 2021 telah diadakan pada hari ini dan disempurnakan oleh Tn Hj Md Lukmanulhakim bin Mashadi, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor.

                                 

Pada pengumuman ini, adik Dayana Nurbatrisya binti Hairul telah mendapat tempat Ketiga e-Mimbar Daie Bahasa mandarin Kategori Perempuan.  Adik Dayana Nurbatrisya dibimbing dan dilatih oleh Ustaz  Fadzli dari SJKC Pei Chun 1. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fadzli dan sekalung tahniah buat adik Dayana Batrisya. SDPB Menjuarai.


JOHAN PIDATO KPM PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2021

30 September 2021- Keputusan Pidato KPM peringkat Daerah Pontian 2021 telah diumumkan pada hari ini. Adik Siti Nur Dayana binti Ahmad Shawal telah berjaya meraih gelaran Johan. Beliau akan mewakili daerah Pontian ke peringkat negeri Johor. Beliau membawakan tajuk pidato ' Rukun Negara Teras Identiti Nasional'. Tahniah diucapkan kepada adik Siti Nur Dayana. Semoga terus cemerlang di peringkat yang seterusnya.



PROGRAM VAKSINASI REMAJA - PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 SMKDPB

29 September 2021 - Program Vaksinasi Remaja telah dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMKDPB di Dewan Jubli Intan, Pontian.  Program ini melibatkan 312 orang pelajar SMKDPB. Perjalanan Program Vaksinasi ini berjalan lancar dengan dibantu guru-guru SMKDPB. Semoga semua warga SMKDPB beroleh kesihatan yang baik dan dilindungi daripada Virus COVID-19. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang membantu di Pusat Pemberian Vaksin dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima vaksin.

 

 

 

 



JOHAN DENDANGAN SYAIR DAERAH DAN KETIGA DEKLAMASI SAJAK DAERAH

26 September 2021 – Keputusan Pertandingan Deklamasi Puisi dan Dendangan Syair Daerah Pontian telah diumumkan. Tahniah diucapkan kepada adik Nell Chua Na yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan deklamasi puisi dan Tahniah juga diucapkan kepada adik Afnan Naufal Azlan bin Abdullah yang menjadi johan dalam pertandingan dendangan syair. Semoga adik Afnan Naufal Azlan cemerlang di peringkat negeri.

*Adik Afnan Naufal dilatih oleh Cg Mohd Fadzli bin Yassin dari SJKC Pei Chun 1.



ANUGERAH PERAK DAN GANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN - iCOMPEX2021

19 September 2021 -Pertandingan iCompex 2021 telah melabuhkan tirainya petang tadi. Majlis penutupan yang disempurnakan oleh YB. Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi. Bertemakan Innovation, Innovative Ideas vs COVID-19 And Beyond, penganjuran pada tahun ini dijalankan secara rakaman video dan disertai seramai 561 pasukan. SMKDPB telah menyertai pertandingan iCompex sejak tahun 2013 dan ini merupakan penyertaan yang kesembilan disertai pasukan inovasi sekolah.

SMKDPB telah menghantar 2 buah pasukan inovasi iaitu pasukan yang diketuai Cikgu Sharifah Ain binti Haji Ali dengan inovasinya ‘SELAMATKAN ALAM SEKITAR DENGAN BEACH TRASH SCOOP’ telah memperoleh Pingat PERAK sementara pasukan yang diketuai oleh Cikgu Suhizulhisam bin Keliwon dengan inovasinya ‘E-WATER (ECO PORTABLE WATER FILTER)’ telah memperoleh Pingat GANGSA.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sharifah Ain dan Cikgu Suhizulhisam serta anak-anak SMKDPB atas kejayaan  mengharumkan nama SMKDPB.

PERTANDINGAN PIDATO PIALA TYT NEGERI MELAKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021


16 September 2021 - Pertandingan Pidato Piala TYT Negeri Melaka telah diumumkan pada hari ini. Pertandingan ini dijalankan pada 5 Julai hingga 31 Julai 2021. Peserta SMKDPB terpaksa bersaing dengan hampir 400 penyertaan dari seluruh negara dan pengalaman yang diperoleh diharapkan dapat membantu kepetahan pemidato pada masa akan datang. Tahniah kepada adik Nur Ain Shuhada binti Abdul Latip dan adik Muhammad Danial Hakim bin Hairulnizam kerana berani menyahut cabaran pidato kali ini.

 


 


TAHNIAH! KELIMA FOTOGRAFI PERINGKAT NEGERI JOHOR

 

15 September 2021- Majlis Perasmian Penutup dan Pengumuman Keputusan Karnival STEM Negeri Johor 2021 telah diadakan secara maya pada pagi ini.  Peserta SMKDPB iaitu adik Nurul Najihah binti Adam  telah berjaya meraih tempat kelima dalam pertandingan fotografi sempena Karnival STEM Peringkat Negeri Johor. Tahniah diucapkan.

TAHNIAH JOHAN STEM DAERAH

 9 September 2021 - Pada hari ini diumumkan pemenang Pertandingan STEM Daerah Pontian. Dalam pertandingan inovasi SMKDPB mengungguli tempat pertama hingga keempat, manakala dalam pertandingan Decathlon Challenge SMKDPB di tempat kedua, manakala pertandingan Fotografi SMKDPB di tempat ketiga dan kelima. Tahniah diucapkan kepada para pelajar serta guru-guru iaitu Pn Noorhidayati, Pn Nurul Natrah, Pn Sharifah Ain. SDPB Menjuarai.

TAHNIAH AFNAN NAUFAL - WAKIL JOHOR KE PERINGKAT KEBANGSAAN

9 September 2021 - Tahniah diucapkan kepada adik Afnan Naufal bin Azlan  Esan kerana telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan  e-Deklamasi Syair SM Lelaki Mahrajan Kesenian Adab dan Nilai, Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat negeri Johor. Beliau akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan yang akan dijalankan secara rakaman video.  Untuk makluman, adik Afnan Naufal dilatih oleh Cikgu Mohd Fadli bin Yasin dari  SJKC Pei Chun 1.  Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Fadli atas khidmat bantu melatih adik Afnan Naufal. Buat masa ini, latihan secara online giat dijalankan sebagai persedian ke peringkat kebangsaan. Semoga kejayaan menjadi milik adik Afnan Naufal.

CABARAN NILAM KEBANGSAAN 2021

 6 & 7 September 2021 - Cabaran NILAM Peringkat Kebangsaan bermula pada hari ini iaitu sesi individu, manakala sesi kumpulan akan diadakan pada hari esok. Adik Mohd Fahim Azfar menggalas cabaran ini setelah beliau dinobatkan Johan peringkat negeri baru-baru ini. Sama-samalah kita doakan, semoga kejayaan milik adik Mohd Fahim dan SDPB terus Menjuarai.

TAHNIAH USTAZ HAJI ABD SHUKOR BIN TALIB

3 September 2021 - Tahniah diucapkan kepada Tn Hj Abd Shukor bin Talib , Guru Cemerlang PQS bersama-sama murid 5 Anggerik yang dijemput untuk siaran langsung melalui siaran Didik TV. Beliau menghuraikan tajuk Islam Sebagai Ad-Din Yang Membawa Rahmat.  Semoga bermanfaat kepada semua penonton.