KEM BINA INSAN TOKOH NILAM FASA 1, 2019

11hb Nov 2018:  Kem Bina Insan Tokoh Nilam Fasa 1 yang berlansung selama 1 hari ini memberi peluang kepada peserta didedahkan teknik dan tatacara asas dalam pengucapan awam dan temuduga berkesan. Selain peserta didedahkan gaya bahasa badan yang berkesan dalam memberi pengucapa awam yang berkesan peserta juga dilatih dengan gaya penampilan diri dan pakaian yang sesuai. Seramai 32 peserta dalam kalangan pelajar yang berbakat telah dipilih untuk menyertai kem tersebut.

 















Majlis Doa Restu SPM 2018

11hb Nov 2018 : Sebagai satu pengisian minggu terakhir sebelum menjelang peperiksaan SPM, SMK Dato' Penggawa Barat telah melancarkan Majlis Doa Restu SPM di Dewan Sri Gemilang hari ini.





Barisan pentadbiran yang diketuai oleh Tuan Pengetua, En Mohd Shaphri Mohd Yusof telah menyampaikan amanat kepada semua calon SPM 2018 agar menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang peperiksaan berjalan. Semua murid bermaafan dengan semua guru dan rakan-rakan masing-masing serta memohon agar dihalalkan ilmu yang dicurahkan.Keikhlasan yang terlahir antara akan memungkinkan keberkatan ilmu yang ditimba selama ini,

PERKHEMAHAN KOMPAS BANDAR MUAR 2018


7hb-9hb November 2018: Perkemahan Kompas Bandar Muar 2018 telah diadakan di Pusat Pembangunan Belia Daerah Muar, Johor D.T. Seramai 80 pelajar SDPB telah menyertai perkhemahan yang terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar SMK Dato' Penggawa Barat. Program kendalian Unit Kokurikulum SMK Dato'Penggawa Barat diadakan untuk mendedahkan pemimpin pejara kepada cabaran yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka menerusi aktiviti yang dikenal pasti sesuai bagi pertumbuhan positif diri pelajar.

Aktiviti disediakan sepanjang kem berlangsung juga menekankan pembinaan rohani dan jati diri, memantapkan emosi dan fizikal serta membentuk insan cemerlang.
Sepanjang perkhemahan berlangsung, semua pemimpin pelajar menunjukkan kesungguhan dalam setiap aktiviti yang disusun atur. Keadaan itu jelas terbayang pada riak wajah masing-masing yang sentiasa bersemangat menjalani latihan walaupun kepenatan.









  









TOKOH KANAK-KANAK JOHOR 2018

1 November 2018, bertempat di Dewan raya, Taman Bukit Indah, Johor Bahru telah diadakan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya, Warga Emas & Sukarelawan Peringkat Negeri Johor . 4 orang pelajar SMKDPB telah tercalon untuk pelbagai anugerah di peringkat negeri, antaranya Siti Syaziyah binti Samiri (Calon Akademik Terbaik Kanak-Kanak Perempuan),  Nurul Natasya Amira binti Nor Azmi (Calon Kecemerlangan Sukan Kanak-Kanak Perempuan), Muhammad Zahin bin Mohd.Yusof (Calon Kecemerlangan Sukan Kanak-Kanak Lelaki) dan Danial Irfan Hanif bin Suhizulhisam (Calon Tokoh Kanak-Kanak)

 Danial Irfan Hanif telah terpilih sebagai Tokoh Kanak-Kanak Negeri Johor. Beliau menerima Piala, Sijil dan juga wang tunai RM1000. Hadiah disampaikan oleh YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Johor merangkap wakil rasmi Menteri Besar Johor. Tahniah diucapkan.