Lawatan Hubungan Jaringan Pintar SM Sains Iskandar, Mersing, Johor.

18 Mei 2012 : Lawatan berpandu Hubungan Jaringan Pintar SM Sains ke SMK Dato' Penggawa Barat pada hari ini. Seramai 5 orang guru dan 4 orang pembantu makmal telah terlibat dalam lawatan tersebut bertujuan untuk membuat pertukaran pandangan bagi membuat penambahbaikkan khususnya dalam bidang sains untuk kedua-dua sekolah tersebut.

Program Sambutan Hari Guru 2012 SMK Dato' Penggawa Barart

16 Mei 2012 : Tarikh karamat bagi semua insan yang bergelar cikgu. "Selamat Hari Guru" ' bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' di Dewan Seri Gemilang Majlis Sambutan Hari Guru SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan secara gilang-gemilang. 


    Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. 

Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof   dan Pengetua. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju 

kegemilangan.Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Kantin, Sekolah. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.



Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu.

Kilauan Emas di Kejohanan Padang & Balapan MSSJ kali ke-45 2012


13 - 15 April 2012: Tahniah kepada Mehmed Zaim Al Qayum Bin Razali (1KE) kerana memperolehi emas dalam acara 400m dan perak acara lompat jauh di Kejohanan Padang & Balapan MSSJ 2012. Kejohanan ini telah di jalankan di Stadium Majlis Perbandaran Kluang.

Atas sumbangan pingat ini, Daerah Pontian menduduki tempat ke-5 daripada 12 daerah yang bertanding. Pencapaian top 5 ini merupakan kedudukan yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

Pelajar yang mengharumkan nama SMKDPB ke peringkat negeri ini telah membuktikan kepada semua bahawa SMKDPB bukan sahaja gemilang dari segi pencapaian akademik, tetapi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum turut sama cemerlang.

Sebelum ini, dalam Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Daerah Pontian, pelajar ini telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Lelaki 13 Tahun dan seterusnya dinobatkan sebagai Olahragawan MSSD 2012.

Tahniah kepada semua. Semoga SMKDPB akan terus gemilang.

Skrip Ke-2 Terbaik Pertandingan "Bicara Berirama" Daerah Pontian

12 Mei 2012: Pasukan "Bicara Berirama" SMKDPB telah memberikan persembahan yang sangat sempurna sekali pada Pertandingan peringkat daerah yang julung-julung kali diadakan di Dewan SMK Ayer Baloi. Kesemua ahli pasukan ini adalah terdiri daripada pelajar sesi petang yang menggabungkan kesemua kaum melayu, cina dan india.

Pertandingan yang sengit ini menyaksikan SMKDPB berada dikelompok yang terbaik sekali untuk mencuri perhatian para hakim. Semua guru pengiring sangat berpuas hati dengan persembahan mereka. Walaupun tewas, SMKDPB telah dinobatkan sebagai pemilik skrip ke-2 terbaik daerah Pontian.

Tahniah kepada Pasukan SMKDPB dan guru-guru sesi petang yang memberikan komitmen yang sangat baik daripada peringkat latihan sehinggalah selesai acara pertandingan.

Kita bersedia untuk mencuba dengan persiapan yang rapi pada pertandingan tahun 2013. Tahniah kepada semua.

Pendaftaran Tingkatan 6 Sesi 2012/2013

8 Mei 2012 : Sehingga kini seramai 126 calon Tingkatan 6 bagi sesi 2012/2013 telah mendaftar di SMK Dato' Penggawa Barat. Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6. Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.
Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology) ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa masing-masing. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan. Senarai mata pelajaran yang ditawarkan: 900 Pengajian Am 910 Bahasa Melayu 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris) 922 Kesusasteraan Melayu 940 Sejarah 942 Geografi 944 Ekonomi 946 Pengajian Perniagaan 948 Perakaunan 950 Mathematics S 954 Mathematics T 956 Further Mathematics T 960 Physics (Fizik) 962 Chemistry (Kimia) 964 Biology (Biologi]) 970 Seni Visual

Lagu Tema Hari Guru 2012




Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

8 Mei 2012 : Seramai 227 pelajar tingkatan 5 SMK Dato' Penggawa Barat, telah memulakan Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai hari ini yang akan berakhir pada 25 Mei 2012. Buat pertama kali, Peperiksaan Pertengahan Tahun telah diadakan menggunakan Dewan Terbuka, Blok Intelek. Tujuan ianya diadakan  menggunakan konsep dewan terbuka ialah supaya pelajar dapat merasai suasana peperiksaan sebenar seperti yang diadakan dalam peperiksaan awam.   Semakan Keputusan Peperiksaan boleh dibuat Secara Online melalui SAPS.  Ibu bapa, murid-murid serta pelajar-pelajar sekolah kini kemudahan SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah menyediakan kemudahan untuk semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian penilaian dan peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sila klik disini.

PENDAFTARAN TINGKATAN 6 BAWAH 2012

Tarikh              : 8 Mei 2012 (SELASA)
Tempat            : Dewan Sri Gemilang, SMK Dato’Penggawa Barat
Masa               : 8.00 pagi

Bil
Perkara / Isu
Keterangan/ Tindakan
1
Pendaftaran 6 Bawah
8 Mei 2012 (Selasa) - 8.00 pagi
Hebahan maklumat :
Mesej 1-   T6<jarak>KP<jarak>NOKP hantar ke 15888
Contoh -   T6 KP 880402015068

Mesej 2-   T6<jarak>AG<jarak>AGILIRAN hantar ke 15888
Contoh -   T6 AG JD017A145
2
Pakaian Pelajar
§  Hari pertama- pakaian kemeja kemas, berkasut- diterima
§  pakaian jenis “jeans” – tidak dibenarkan
§  Hari berikutnya- pakaian orientasi
3
Tawaran T6 : 
24 000 calon
Kemanusiaan – 18000
Sains              -    6000
A Agama        -      290
4
Makluman Awal 
(26 Mei)
§  Pelajar boleh buat persediaan awal- isu bekerja dll
§  Membuat pilihan teruskan bekerja/ PLKN / dll
5
Syarat  asas BM untuk Tawaran T6
§  Kepujian BM peringkat SPM
§  Tidak kepujian BM- duduki kertas Julai- Keputusan pada September.
§  Calon “Julai paper” akan ditawarkan T6 Bawah pada Sesi Mei 2013
6
Pelajar PLKN
§  Pelajar yang terima tawaran T6 - perlu tangguh PLKN
§  Lengkapkan borang penangguhan sendiri yang ditandatangani penjaga masing-masing (bukan pihak sekolah)
§  Jika calon memilihi PLKN tawaran T6 akan ditangguh ke Penggal 1 tahun berikutnya (Mei 2013)
§  Pernyataan bertulis dari JLKN tentang penangguhan
§  PLKN boleh ditangguh sehingga usia 35 tahun
§  Pelajar daftar T6, pada masa yang sama ke PLKN, maka calon ini- jangan terima pendaftarannya (dibatalkan)

7
Rayuan ke T6
(Calon tidak layak)
§  Rayuan dibuka  8 MEI 2012 , borang di “upload”
§  Tarikh tutup 16 JUN 2012
§  Borang warna kuning
8
Penggunaan warna borang
§  Rayuan calon Sk kerajaan                - kuning
§  Rayuan Calon swasta/ mengulang  - biru
§  Tukar Jurusan                                    - hijau
§  Pelajar bukan warga negara            - pink
§  Borang Rayuan Umum                     - oren
9
Pertukaran Pelajar
§  Negeri ke negeri – contoh Pelajar Pahang ikut keluarga berpindah ke Johor
ü  Penjaga/ Pelajar terus ke JPNJ atau
ü  Jika pelajar terus ke sekolah -  terima, ambil borang dan laporan JPNJ 
§  Tukar luar daerah – contoh Pontian ke JB  (dibenarkan)
ü  Jika sebab i/bapa berpindah
ü  Masalah keluarga- mesti ada surat kebenaran daripada ibu dan bapa yang membenarkan pelajar duduk/tinggal  di rumah penjaga
ü  Memberi alasan
§  Tukar dalam daerah- rujuk PPD
10
Pelajar Matrikulasi
Mohon ke T6
§  Diterima dengan syarat :
ü  Tunjuk surat penolakan matrikulasi
ü  Ditempatkan di sekolah berhampiran alamat
ü  Tawaran  aliran Sains
§  PKT6 rujukkan calon kategori ini kepada kaunselor sekolah untuk motivasi

11
Pertukaran Pelajar Sek. Aliran Agama/ Teknik mohon ke sekolah harian biasa
§  Diterima dengan syarat :
ü  Calon terlebih dahulu mohon kebenaran dan mendapat pelepasan daripada Unit  Pengurusan Sekolah (Agama Islam)/ Bhg Teknik

12
Pertukaran- ikut orang berpengaruh
§  Perpanjangkan surat ke JPNJ

13
Bertukar Jurusan
§  Lengkapkan  borang Hijau
ü  Sertakan slip keputusan SPM
ü  Isi inventori minat-kerjaya
§  Inventori minat-kerjaya ditadbir kaunselor
§  Hantar keputusan sahaja- borang tidak perlu disertakan
§  Beri motivasi sebelum permohonan
ü  Dasar 60:40
ü  Kuota masuk universiti lebih memihak calon sains
§  Tarikh tutup :  23 JUN 2012
§  Borang dihantar ke JPN melalui PPD pada 24 JUN 2012
§  Proses permohonan- 2 minggu
§  keputusan dikeluarkan pada 23 JULAI 2012
§  Calon tidak dibenarkan bertukar kelas sebelum keluar keputusan/kelulusan rasmi dari JPNJ
§  Pelajar yang berjaya dan yang gagal bertukar jurusan –bawa berjumpa kaunselor (dimotivasikan)
§  Pelajar yang bercadang tukar jurusan perlu diingatkan:
ü  Tentang Sis. Pentaksiran Baharu STPM
ü  Peperiksaan  pada akhir penggal – November
ü  Daya ingatan terhadap topik P&P masih kukuh
14

Data – Borang KPT6
(Unit Data T6)
§  Hantaran data menerusi Smart6
ü  Pertama-  10 Mei
ü  Ambil maklumat pendaftaran pada minggu pertama 8,9,10 hb – data untuk keperluan Parlimen
15
 Calon SPM 2011- (dapat tawaran T6 tidak daftar- masuk kolej – 2012 berhasrat masuk 6B sesi Mei.
§  Isi borang Rayuan Umum (Oren)
ü  Kolej matrikulasi
ü  Kolej swasta

16
Pelajar dari luar negara
(w/negara Malaysia ikut i/bapa dan bersekolah di luar negara)
§  Syarat umum- ada SPM
§  Keluarkan surat dari (kedutaan/ dll institusi) yang mengesahkan sijil yang mereka gunakan untuk permohonan T6 adalah setara/ setaraf dengan SPM

17
Pelajar lewat daftar
§  Terima daftar 8,9 hb Mei
§  Selepas tarikh tersebut- minta rujuk ke PPD
§  Minggu pertama –masih diterima, selepas itu tawaran terbatal
18
Orientasi Pelajar Baru T6
§  Digerakkan oleh MPPPU
§  Kaunselor sekolah – mengisi slot yang ditetapkan
§  Dijalankan dalam masa 2 minggu
ü  Minggu i- pengisian (biasa)
ü  Minggu ii- Sistem Pentaksiran STPM Baharu
§  Semua pelajar mesti melalui orientasi
§  Jadual orientasi – selaras seluruh Johor
§  Taklimat pengetua dan PKT6 – umum
§  Takimat subjek (P. Am dll.)
§  Pengenalan
ü  Pelajar baru dan senior
ü  Sesama pelajar baru
ü  Pelajar baru dan semua guru di sekolah
19
Kursus Giat Mara
§  Minta surat pengesahan tentang kursus daripada Pentadbiran/ Pengarah
§  SKM1 boleh sambung ke SKM 2 lepas STPM

20
Kaunselor Sekolah
§  Bidang tugas- kaunselor pelajar (tiada dinyatakan hanya untuk Tg. 1-5 sahaja)
§  Kaunselor T6 belum diwujudkan
§  Ratio penempatan kaunselor di sekolah 500 pelajar = 1 kaunselor (termasuk pelajar T6)
21
Pelajar Mengulang
(Sistem Terminal) kohot terakhir
§  Yang layak mengulang
ü  1P 1S
ü  1P 2S

23
Biasiswa

§  Merujuk statement gaji penjaga
§  Sains RM 110 dan Kemanusiaan RM 90 sebulan



25
Maklumat Smart6
§  Password    -  sekolaht6
§  Kata laluan  – smkt6
§  Guru data T6- kemaskini maklumat Smart6, keutamaan menu berwarna merah
ü  Maklumat sekolah
ü  Subjek elektif
ü  Waran guru- telah lantik/ belum lantik
§  Eksport & import data apabila diminta PPD
26
Perkara/ hal lain-lain
§  MPPKT6 salah satu persatuan/ majlis yang diiktiraf di peringkat JPNJ
ü  MPQL (Kepengetuaan)
ü  M4P (Menengah)
ü  M4P (Rendah)
ü  Majlis Guru Sarjana
ü  Majlis Guru Cemerlang
ü  MPPKT6
§  Perancangan Takwim T6 (2012)
ü  Karnival T6 Negeri – Julai 2012 disertakan dengan perkhemahan Unit Beruniform T6- tempat sedang dikenal pasti
ü  Kolokium Pelajar – jangkaan – September 2012
ü  Kolokium Guru – jangkaan November
27
MPPKT6
§  MPPKT6  pelajar baru 2012 menyumbang kepada MPPPU RM 30.00 untuk aktiviti :
ü  RM 5 – salurkan ke daerah (PPD)
ü  RM 25 – untuk kegiatan pelajar T6 di sekolah