KARNIVAL HEM 2021

                                                    

31 Oktober 2021- Keputusan Karnival HEM Peringkat Negeri Johor telah diumumkan pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada  adik Muhammad Fahim Azfar bin Aili yang dinobatkan Johan dalam pertandingan Ikon Murid Pengawas. Beliau akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. 

Tahniah juga diucapkan kepada Unit Kaunseling SMK Dato' Penggawa Barat di bawah pimpinan Cikgu Ismail dan Cikgu Rozitah kerana terpilih sebagai Naib Johan kategori Penarafan Pengurusan Kerjaya Efektif.

Tahniah kepada semua. SDPB Menjuarai!

 

 

BOLING 10 PIN MSSJ KATEGORI LELAKI BAWAH 15 TAHUN

28 Oktober 2021- Keputusan Boling 10 Pin MSSJ Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun diumumkan dan tahniah diucapkan kepada Mikhael Imtiaz Putra bin Mohd Suhaimi  yang berada pada ranking ke-10.



IKON DAKWAH MURID ORANG ASLI

22 Oktober 2021-  Adik Afnan Naufal Azlan bin Abdullah dari SMK Dato Penggawa Barat telah dipilih sebagai Tokoh Ikon Dakwah Murid Orang Asli Negeri Johor dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam anjuran Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor. Tahniah diucapkan. Semoga kecemerlangan ini menjadi kebanggaan untuk semua.



TAKLIMAT KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN MINDA SIHAT

20 Oktober 2021 - Satu taklimat kembali ke sekolah denfan minda sihat khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan diadakan secara maya melalui medium Google Meet. semua pelajar Tingkatan 5 digalakkan menyertai taklimat melalui pautan yang diberikan. Taklimat akan disampaikan oleh Cikgu Mohd Shaphri (Pengetua), Cikgu Hajah Zainab (PK HEM) dan Cikgu Rozitah (Kaunselor). Semoga para pelajar bersemangat untuk hadir ke sekolah sesi bersemuka.



NAIB JOHAN E-DENDANGAN SYAIR PERINGKAT KEBANGSAAN

 14 Oktober 2021 - Tahniah diucapkan kepada adik Afnan Naufal Azlan bin Abdullah kerana berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan E-Dendangan Syair Kategori Lelaki Sekolah Menengah Mahrajan Kesenian Adab dan Nilai Sekolah Menengah KPM Peringkat Kebangsaan. Keputusan ini telah diumumkan pada pagi ini. Tahniah Afnan Naufal Azlan dan sekalung penghargaan kepada Cikgu Muhammad Fadzli bin Yassin dari SJKC Pei Chun 1 yang banyak membantu melatih adik Afnan Naufal. 

KLIK DI SINI UNTUK VIDEO




KURSUS DALAM TALIAN MFLS-KOHORT 21

 10-14 Oktober 2021 - Seramai 5 orang pelajar SMKDPB telah terpilih untuk mengikuti kursusdalam talian MFLS-Kohort 21. Pelajar terbabit ialah Putri Dania Aqila (3 Kenanga), Iman Irene Qawiema (3 Mawar), Nurfahimah Hafiy (3 Kenanga), Nurel Alya Razan (4 Dahlia) dan Nur Farisha Irdina (3 Kenanga).

SESI BERSEMUKA PERSEKOLAHAN

10 Oktober 2021 - Sesi persekolahan bersemuka pada hari ini didahului dengan murid-murid Pendidikan Khas. Kedatangan ke sekolah pada hari ini disambut ceria oleh Tuan Pengetua dan guru-guru Pendidikan Khas dan Guru Kaunseling. Murid-murid juga diberi cenderahati meraikan kedatangan mereka ke sekolah.



PROGRAM VAKSINASI ANAKKU - PELAJAR TINGKATAN 1 , 2 DAN 3 SMKDPB

6 Oktober 2021 - Program Vaksinasi Anakku untuk pelajar Tingkatan 1-3 telah diadakan pada hari ini di PPV Dewan Jubli Intan, Pontian. Para guru yang bertugas membantu melancarkan program vaksin ii. Seramai  539 orang pelajar telah menerima vaksin. Tahniah diucapkan semoga anak-anak pelajar SMKDPB beroleh kesihatan yang baik dan dilindungi daripada jangkitan COVID-19.  Tuan Pengetua, Cikgu Mohd Shaphri dan Penolong Kanan HEM Cikgu Hajah Zainab turut berada di PPV Dewan Jubli Intan. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada guru-guru yang bertindak sebagai frontliner membantu di PPV sehingga selesai.