MAULIDUR RASUL 1440H



11-12 Januari 2019 – Sambutan Maulidur Rasul 1440H telah diadakan di SMKDPB. Sambutan ini diserikan dengan 400 orang peserta Perkhemahan Maulidur Rasul oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Majlis anjuran Alumni SMKDPB dengan kerjasama PIBG, PEWARIS dan Pengakap Johor.





Apa yang menariknya, terdapat kelainan dalam sambutan kali ini di mana para hadirin dihidangkan dengan Demo Masakan oleh Etnik Orang Asli, Etnik Jawa, Etnik Banjar dan Etnik Bugis. Para peserta yang terdiri dalam kalangan ahli-ahli Pengakap Johor begitu teruja dengan demo masakan ini.





Pada waktu malamnya pula diadakan Malam Cinta Rasul dan aktiviti rewang. Malam Cinta Rasul menampilkan Kumpulan Izdan, Duat Buskers, Al-Isyrak, Al-Farabi dan Pentomin Istimewa ‘Muhammad Nabiku” oleh Ninabonos Production SDPB.





Keesokkannya harinya diadakan perarakan dan selawat yang disertai oleh 1500 orang peserta yang mewakili pelbagai badan dan agensi. Majlis gilang gemilang ini diketuai oleh  En Zainal (Pengerusi Alumni), En Mohd Shahpri (Pengetua) En Mohd Kopli (YDP PIBG), En Rahmat (YDP PEWARIS) dan TN HJ Yaacob (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor).





Manakala sesi ceramah pula disampaikan oleh Prof.Madya Dr.Hj.Mohd Ismail bin Mustari, Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM.





Tokoh Maulidur Rasul Kategori Guru disandang oleh Ustaz Haris bin Mustafa, Kategori Pengakap Johor disandang oleh Tn Hj. Yaacob bin A.Karim, Kategori Pelajar Lelaki ialah Muhammad Shayereezam bin Zainor Hisham dan Kategori Pelajar Perempuan pula ialah Iqqa Fadlyn binti Azhar