SELAMAT HARI GURU 2021


 

SELAMAT HARI RAYA

 


JOM SERTAI PERTANDINGAN INOVASI - NJOII'21

 

NATIONAL JAMMING OF INNOVATION IDEAS 2021 (NJoII’21)

.

Ayuh, warga sekolah (menengah dan rendah) di negeri Johor dan seluruh Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk NJoII’21 bersama-sama kami. Jom sertai National Jamming Of Innovation Ideas 2021 Peringkat Kebangsaan..

Butiran lanjut layari pautan   https://sites.google.com/view/njoii21/home

Join telegram group kami  https://t.me/joinchat/SrpO1D8YYLs5voxb

atau hubungi En. Anuar bin Salleh 0177822514 (Penyelaras Program)

Pendaftaran Sebelum 21 Mei 2021.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 (TAHUN 2020/2021)

 9 Mei 2021 - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 telah diadakan pada hari ini secara dalam talian. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh  En Mohd Kopli bin Yunus, YDP PIBG bermula pada jam 9.00 pagi. Walaupun secara maya, mesyuarat ini berjaya menghimpunkan seramai  150 orang ahli PIBG dalam kalangan guru dan ibu bapa. Tahniah diucapkan kepada PIBG kerana berjaya menganjurkan mesyuarat ini secara dalam talian.

 


 


 


 


SURAT KENAIKAN PANGKAT. TAHNIAH

 6 Mei 2021 - Pada hari ini berita gembira buat Cikgu Hajah Raihani dan Cikgu Mohd Fahmi yang menerima surat kenaikan pangkat mereka. Tahniah diucapkan dan semoga terus cemerlang.

 



 


KONGSI REZEKI -DUIT RAYA

 5 Mei 2021 - Seperti kebiasaan menjelang Hari Raya Aidilfitri, murid-murid SMKDPB akan mendapat 'Duit Raya' daripada guru-guru. Penyerahan secara sistematik oleh guru-guru kelas diharapkan menceriakan murid-murid SMKDPB yang akan menyambut perayaan ini minggu hadapan. Maaf Zahir Batin.

 


 

 

 


ZIARAH CIKGU SHAFIE DAN PENYAMPAIAN APC 2020

 5 Mei 2021 - Pada hari ini Tn Pengetua meluangkan masa untuk menziarahi Cikgu Shafie yang tinggal di kuarters guru SMKDPB. Tujuan bertanya khabar selain melihat perkembangan positif Cikgu Shafie. Tn Pengetua turut menyampaikan Anugerah APC kepada Cikgu Shafie di rumahnya. Tahniah Cg Shafie dan semoga terus pulih.

 

 


PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020

 3 Mei 2021- Penyampaian Anugerah Cemerlang 2020 telah disempurnakan pada hari ini oleh Tuan Pengetua, En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof. Antara penerima APC 2020 ialah  Cikgu Azman Aziz, Cikgu Ramli Sulaiman, Cikgu Shafie Salleh, Cikgu Azizah Kusnin, Cikgu Norasyikin Abd Rahman dan Pn Mazanah Brahima. Tahniah diucapkan.

 

 

 

 

                                  


PERSARAAN PUAN HAJAH MAZANAH BRAHIMA

 3 Mei 2021- MAjlis persaraan Pn Mazanah Brahima telah diadakan pada hari ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan MKN. Pn Mazanah merupakan Ketua Pembantu Tadbir SMKDPB yang bersara wajib. Selamat bersara!.





ZIARAH SUAMI PUAN RODZIAH (PEMBANTU MAKMAL)

 2 Mei 2021 - Wakil KEBIRU SMKDPB telah mengadakan program ziarah ke rumah Pn Rodziah (Pembantu Makmal) kerana suaminya mengalami stroke. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Seluruh warga SMKDPB mendoakan agar suami Pn Rodziah diberi kesembuhan seperti sediakala.