JOHAN PERTANDINGAN PIDATO NEGERI JOHOR 2019


29 Julai 2019 - Pertandingan Pidato Sekolah Menengah sempena dengan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Johor 2019 telah diadakan di SJKC Pai Chee, Mersing. Adik Muhammad Syafiq bin Mohd Salleh telah menjadi Johan dalam pertandingan pidato dan ini mengesahkan bahawa adik Muhammad Syafiq akan mewakili negeri Johor ke Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan di Pahang. Untuk makluman ini merupakan kali ke-2 wakil dari SMKDPB mewakili negeri Johor ke pertandingan Pidato Piala Diraja setelah melakukannya pada tahun 2015. Tahniah diucapkan!




KARNIVAL KBAT DAERAH PONTIAN 2019



25 Julai 2019 - Karnival KBAT Daerah Pontian 2019 yang telah diadakan buat pertama kali pada tahun 2019 di SMKDPB. SMKDPB telah bertindak sebagai pengelola pertandingan KBAT yang melibatkan 9 buah sekolah di daerah Pontian. Antara pertandingan yang diadakan ialah Pertandingan Model Kelas Abad Ke-21, Pertandingan Eksplorasi KBAT dan Pertandingan Building Castle'
Wakil Rssmi PPD iaitu En Kamahabnizam turut hadir meninjau perjalanan pertandingan yang diadakan. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Roslan bin Marjan, Pegawai PPD Menengah.








HARI KOKURIKULUM 2019

25 Julai 2019 - Pada hari ini telah berlangsung hari kokurikulum SMKDPB. Program ini dirasmikan oleh En Mohd Nazar bin Mohd Nor, Pengurus Besar Savanna Hill Resort yang mewakili  Tn Hj Mohd Yunos bin Malek, Pengarah Savanna Hill Resort. 

Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan.
Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pameran, jualan gerai, pertandingan kawad kaki statik, senaman robik, jualan amal 'Untukmu Aisyah' dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para pelajar akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan serta Unit beruniform masing-masing.




Program ini turut melibatkan penglibatan dan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kominuti luar sama ada oleh pihak NGO ataupun bukan NGO sebagai salah satu wadah penghubung antara warga sekolah dan sarana ibu bapa. Penglibatan dan saling menyokong usaha yang dapat menjadi titik pertemuan kerjasama antara warga sekolah dan ibu bapa serta komuniti luar dalam menjayakan aktiviti dan prasarana sekolah.




Diharapkan dengan program yang dilaksanakan ini mampu mewujudkan suasana yang harmoni dan mewujudkan persepsi positif daripada warga komuniti luar dalam mewujudkan jaringan hubungan kerjasama yang erat antara kedua-dua belah pihak.




SAMBUTAN HARI KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH 2019


 
25 Julai 2019 - Sambutan Hari Kecemerlangan Koperasi Sekolah peringkat SMKDPB telah diadakan pada hari ini. Majlis dirasmikan oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB. Tema pada tahun ini ialah ' Koperasi Sekolah Membentuk Kemenjadian Murid'.  Tahniah diucapkan.









Perkhemahan KRS Peringkat Antarabangsa 2019


22-25 Julai 2019 – Telah berlangsung Perkhemahan KRS Peringkat Antarabangsa (KRS International Camp) di Kem Lambaian Danau Melaka. Peserta yang terlibat iaitu  Nurul Shahidatun Najwa Binti Idrus dari kelas 4 Raflesia telah Berjaya memenangi  Johan pertandingan merentas halangan. Tahniah diucapkan.





SAHIBBA KEBANGSAAN 2019

24 Julai 2019 - Bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, adik Muhammad Ammar Hakimi bin Saiful Anuar dari SMKDPB telah membawa cabaran mewakili negeri Johor dalam pertandingan Sahibba. Walaupun tidak berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat akhir namun usaha dilakukan amat dibanggakan. Terima kasih Ammar! 
 


FLOOR BALL -KETIGA L18

20-21 Julai 2019 - Kejohanan Floor Ball Sekolah-sekolah Malaysia telah diadakan di UTHM, Batu Pahat Johor. Pasukan lelaki B18 SMKDPB yang dibimbing oleh Cikgu Azman Nong telah berjaya mendapat tempat ketiga setelah mengalahkan SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada para pemain dan jurulatih.











PAMERAN MENCANTING BATIK SEMPENA KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2019


20 Julai 2019 – Team Batik Pendidikan Khas telah mengadakan pameran dan demontrasi mencanteng batik  sempena Kembara Mahkota Johor 2019. Dibimbing oleh Cikgu Mohd Ehsan dan Cikgu Mohd Amin, booth pameran ini mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Johor dan Permaisuri Johor, Menteri Besar Johor dan juga YB Dato’ Ahmad Maslan. Tahniah diucapkan atas kemahiran yang dipertontonkan.










Lompat Tali Prestasi Tinggi Siri 4 Peringkat Negeri Johor


20 Julai 2019 – Pertandingan Lompat Tali Prestasi Tinggi Siri 4 Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada hari ini. Pasukan Lompat Tali SMKDPB telah menjadi Naib Johan keseluruhan setelah menggondol 4 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Tahniah diucapkan!





TEKNIK MENJAWAB FIZIK SCORE THREE


20 Julai 2019 – Hari ini para pelajar SPM 2019 mengikuti Program Teknik Menjawab Fizik Score Three. Semua pelajar yang mengambil subjek ini begitu gigih berusaha untuk memperoleh A+ dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang. Penceramah jemputan iaitu Cikgu Siti Nor Hidayah binti Ismail dari SMK Taman Sutera Johor Bahru.





TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM


19 Julai 2019 – Teknik menjawab Bahasa Melayu SPM telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Penceramah jemputan iaitu Cikgu Asmah dari SMKA Johor Bahru. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaat oleh para pelajar.





CAKNA - PENGETUA BERSAMA -SAMA PELAJAR SPM


18 Julai 2019 – CAKNA Pengetua bersama-sama pelajar pada hari ini diteruskan dengan subjek Matematik Tambahan. Suntikan motivasi kepada pelajar khusus yang mengambil subjek berkenaan amat ditagih demi melonjakkan pencapaian GPMP. Tahniah diucapkan.





PAMERAN KERJAYA JOM KE IPT

17 Julai 2019 - Pameran kerjaya kali ini diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB bermula jam 10.30 am-3.00 pm. Objektif utama pameran ini ialah memberi input kepada para pelajar dalam memilih bidang yang akan diceburi . En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB telah sudi merasmikan pameran ini..Antara agensi yang  terlibat  ialah:
-Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
-Multimedia Universiti
-Universiti Reading Malaysia
-Xia Men University Malaysia
-Institusi Pengajian Islam Johor
-Kolej Metropoint
-Kolej Komuniti Tg.Piai
-Kolej Universiti Southern
-Universiti Tunku Abdul Rahman
- Institut Kemahiran ITBase
-PTPTN
-Kolej Sunway
-Inti International University College













InnEX 2019


13 Julai 2019 – Bertempat di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, pasukan inovasi SMKDPB telah menyertai Pertandingan Inovasi InnEx (Innovation Exhibition) 2019. Penganjur memilih tema Recycling Into The Future. Pasukan SDPB telah membawa cabaran dengan mempertandingkan Pineapple Leaf Project dan Permata Sawit. Alhamdulillah kedua-dua pasukan telah menggondol pingat emas sekaligus mengharumkan nama SDPB di peringkat kebangsaan. Terima kasih kepada semua yang menyokong pasukan inovasi sekolah,