TAHNIAH CIKGU NAZARIZAL BIN SAMION

18 Julai 2021 - Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nazarizal bin Samion yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sains Sosial di SMK Parit Betak. Terima kasih selama menabur bakti di SMKDPB. Semoga terus cemerlang di tempat baharu.



TAHNIAH PASUKAN INOVASI SMKDPB

7 Julai 2021 - Tahniah diucapkan kepada pasukan inovasi SMKDPB yang membawa cabaran dalam pertandingan inovasi National Jamming of Innovation Ideas 2021 (NJoII'21) Peringkat Kebangsaan. Pasukan Inovasi SMKDPB yang dipimpin oleh Cikgu Noorhidayati berjaya mendapat tempat ketiga  bagi kategori Sekolah Menengah Rendah  dengan tajuk inovasi Salacca Deodorizer dan juga tempat kelima dengan tajuk E-A Filter. Manakala pasukan inovasi yang dipimpin Cikgu Nurul Natrah pula mendapat tempat ketiga kategori Sekolah Menengah Atas dengan tajuk inovasi E-Watertower.

Tahniah diucapkan kepada para guru dan peserta yang mengharumkan nama sekolah. SDPB Menjuarai.


                              

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENGUMUMAN PEMENANG NJOII'21

7 Julai 2021- Majlis Perasmian Penutup dan Pengumuman Pemenang pertandingan inovasi National Jamming of Innovation Ideas 2021 (NJoII'21) telah disempurnakan pada hari ini oleh Tuan Haji Shahilon bin Abd Halim, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini disiarkan secara rakaman langsung melalui siaran Youtube. 

    Pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kajian Tindakan, Kreativiti dan Inovasi SMKDPB dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian bermula pada 21 Mei 2021 dan berakhir pada 21 Jun 2021. Pertandingan NJoII'21 berjaya menghimpunkan 130 pasukan dari seluruh negara yang melibatkan hampir 800 orang murid sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Sila klik link di bawah untuk melihat rakaman siaran langsung.

https://youtu.be/1uH7xzO2am8

SELAMAT DATANG CIKGU MOHAMAD NASARUDDIN BIN ABDULLAH

 5 Julai 2021 - Selamat datang diucapkan kepada Cikgu Mohamad Nasaruddin bin Abdullah. Beliau melapor diri di pejabat pengetua pada hari ini. Beliau akan mengajar subjek Bahasa Inggeris. Beliau berasal dari Kampung Parit Haji Sirat, Batu Pahat, Johor. Semoga gembira berkhidmat di SDPB Menjuarai.

 




 


TAHNIAH CIKGU AZMAN BIN ABD AZIZ @ NONG

 1 Julai 2021 - Tahniah diucapkan kepada Cikgu Azman bin Abd Aziz @ Nong yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Bahasa di SMK Tan Sri Osman Mohd Saat. Sepanjang 22 menabur khidmat bakti di SMKDPB banyak kenangan dan kejayaan yang ditinggalkan terutamanya dalam bidang nasyid, pengacaraan, hoki, floorball, HIP, pengucapan awam dan sebagainya. Kehilangannya sukar dicari ganti. Seluruh warga SDPB Menjuarai mendoakan agar Cikgu Azman beroleh kecemerlangan di tempat baharu.