PELANCARAN "BULAN MEMBACA 2017" PERINGKAT SEKOLAH

Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai institusi yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan pembacaan dan juga selaku Urusetia Gerakan Membaca telah melancarkan Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama pada 31 Julai 1995.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada ketika itu bertemakan "Mari Membaca Bersama". Sempena Bulan Membaca ini, beberapa program telah diatur sepanjang bulan seperti Pameran; Pertandingan Fotografi; Kem Komputer; dan Konvensyen Bercerita Asean.

Bermula tahun 2001 pada bulan Julai telah diistiharkan Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos. Majlis telah dilancarkan oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001.

Pada 10 September 2017 Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah diadakan bagi memberi laluan Peperiksaan Percubaan SPM 2017 yang telah diadakan sepanjang Ogos 2017. Di antara aktivit-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini adalah Kem Membaca, Silent Reading, Ulasan Buku, sajak dan program nilam.