KAD UCAPAN TAHUN BARU CINA



31 Januari 2019 – Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Bagi memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan maka penyampaian Kad Ucapan Tahun Baharu Cina telah diadakan pada pagi ini. Tn. Pengetua, En. Mohd.. Shaphri bin Mohd Yusof telah sudi menyampaikan kad ucapan kepada pelajar-pelajar Cina SMKDPB. Penyampaian kad ucapan Tahun Baharu Cina sebagai simbolik  kepelbagaian kaum yang terdapat di SMKDPB.










HOLIDAY MODULE FOR CHAMPION

PARA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5 BOLEH MENGAKSES PAUTAN PADA MENU BAR DI ATAS UNTUK MELIHAT TWO PAGE ASSESSMENT (TPA) YANG DIBERIKAN OLEH GURU ANDA. SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN. 

SELAMAT BERCUTI.


SOAL SELIDIK NILAM

SILA JAWAB SOAL SELIDIK NILAM PADA PAUTAN DI BAWAH. TERIMA KASIH.
KLIK DI BAWAH


YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH


30 Januari 2019- Taklimat khas Yayasan Raja Zarith Sofiah telah diadakan pada hari ini. Penerangan berkaitan dana Yayasan untuk kegunaan dan bantuan kepada pelajar miskin dan sebagainya.


SUKANTARA 2019



29 & 30 Januari 2019 – Sukantara antara rumah sukan Bendahara, Laksamana, Panglima dan Temenggung telah diadakan pada hari Isnin dan Selasa di Padang Kejora, SMKDPB. Rutin tahunan sebelum acara sukan dijalankan bertujuan mengumpul markah rumah sukan. Antara acara yang diadakan ialah lari 100m, lontar peluru dan lompat jauh. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan Sukantara SDPB kali ini.
                          












LAMBAIAN KASIH - SEKALUNG BUDI, SEGUNUNG RASA

 28 Januari 2019 - Majlis Lambaian Kasih, Sekalung Budi, Segunung Rasa diadakan bagi meraikan perpindahan En Mohidin bin Suyot, Tn Hj Sahirul Azman bin Bahari dan Pn Johanah binti Mohamed.
 






En Mohidin bin Soyut telah dinaikan pangkat menjadi Pengetua di SMK St.Joseph, Johor Bahru, manakala Pn Johanah binti Mohamed dinaikkan pangkat menjadi PK Kokurikulum di SMK Teluk Kerang, Pontian dan Tn Hj Shairul Azman bin Bahari dinaikkan pangkat menjadi GKMP Saind dan Matematik di SMK Tan Sro Osman Mohd Saat.
Tahniah diucapkan selama menabur bakti di SMKDPB. Jasa dan pengorbanan mendidik anak-anak SDPB Menjuarai akan dikenang.

HARI PENETAPAN TARGET SPM 2019

27 Januari 2019- Hari Penetapan Target SPM 2019 telah diadakan pada hari ini. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pn Rosliza Rahmat, Penolong Kanan Pentadbiran SMKDPB. Para ibu bapa yang hadir dapat bertemu dengan guru-guru subjek bagi mengetahui dan mencari solusi kecemerlangan anak-anak.









        Peratus kedatangan ibu bapa seperti berikut:
                         1. 5 Ak: 29/31 (93.5%)
                         2. 5 Ca: 22/23 (95.7%)
                         3. 5 Da: 21/21 (100%)
                         4. 5 Ka: 22/23 (95.7%)
                         5. 5 Ma: 24/24 (100%)
                         6. 5 Ra: 26/27 (96.3%)
                         7. 5 Sn: 18/21 (85.7%)
Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir menjayakan Hari Penetapan Target SPM 2019 SMKDPB.








MERENTAS DESA 2019


26 Januari 2019 – Merentas Desa 2019 telah diadakan pada hari ini. Cuaca yang cerah membolehkan program ini berjalan lancar. Para peserta dilepaskan oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof seawal jam 8.00 pagi mengikut kategori. Para peserta perlu menempuh check point sebelum sampai ke garisan penamat. Tuan Pengetua turut sudi menyampaikan medal kepada para pemenang. Tahniah kepada para pemenang.











KCI BERSAMA PENGETUA

24 Januari 2019 – Aktiviti Kumpulan Capai Impian (KCI) bersama En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof telah diadakan di Wadah Informasi, SMKDPB.  Program ini bertujuan menyuntik semangat para pelajar agar sentiasa fokus dalam pelajaran.




UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA 2019 (PONTIAN)



17-19 Januari 2019 – Ujian Sikap Pengakap Raja telah dijalankan di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian. Seramai 15 orang peserta terlibat dalam ujian ini. Para peserta diuji mendirikan khemah pisang sesikat (bivouac), peti pertolongan cemas, temuduga serta kembara. Alhamdulillah dalam ujian ini para peserta SMKDPB telah lulus dengan cemerlang dan melayakkan mereka menduduki Ujian Pengakap Raja pada April nanti. Mereka juga telah dianugerahkan Anugerah Rambu Ketua Pengakap Negara (Rambu Remaja). Tahniah diucapkan!









PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH


13 Januari 2019 – Pelancaran NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)  peringkat SMKDPB telah disempurnakan oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB. Program ini juga mensasarkan jumlah bacaan yang banyak oleh para pelajar. Persembahan ulasan buku disampaikan oleh Adik Muhammad Ammar Hakimi, adik Halimatussadiah dan adik Fatin.






MAULIDUR RASUL 1440H



11-12 Januari 2019 – Sambutan Maulidur Rasul 1440H telah diadakan di SMKDPB. Sambutan ini diserikan dengan 400 orang peserta Perkhemahan Maulidur Rasul oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Majlis anjuran Alumni SMKDPB dengan kerjasama PIBG, PEWARIS dan Pengakap Johor.





Apa yang menariknya, terdapat kelainan dalam sambutan kali ini di mana para hadirin dihidangkan dengan Demo Masakan oleh Etnik Orang Asli, Etnik Jawa, Etnik Banjar dan Etnik Bugis. Para peserta yang terdiri dalam kalangan ahli-ahli Pengakap Johor begitu teruja dengan demo masakan ini.





Pada waktu malamnya pula diadakan Malam Cinta Rasul dan aktiviti rewang. Malam Cinta Rasul menampilkan Kumpulan Izdan, Duat Buskers, Al-Isyrak, Al-Farabi dan Pentomin Istimewa ‘Muhammad Nabiku” oleh Ninabonos Production SDPB.





Keesokkannya harinya diadakan perarakan dan selawat yang disertai oleh 1500 orang peserta yang mewakili pelbagai badan dan agensi. Majlis gilang gemilang ini diketuai oleh  En Zainal (Pengerusi Alumni), En Mohd Shahpri (Pengetua) En Mohd Kopli (YDP PIBG), En Rahmat (YDP PEWARIS) dan TN HJ Yaacob (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor).





Manakala sesi ceramah pula disampaikan oleh Prof.Madya Dr.Hj.Mohd Ismail bin Mustari, Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM.





Tokoh Maulidur Rasul Kategori Guru disandang oleh Ustaz Haris bin Mustafa, Kategori Pengakap Johor disandang oleh Tn Hj. Yaacob bin A.Karim, Kategori Pelajar Lelaki ialah Muhammad Shayereezam bin Zainor Hisham dan Kategori Pelajar Perempuan pula ialah Iqqa Fadlyn binti Azhar