EMAS DAN GANGSA 3rd DIGITALISED INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION AND DESIGN JOHOR 2020 (DIIID JOHOR 2020)

27 Ogos 2020 - Keputusan pertandingan 3rd DIGITALISED INTERNATIONALINVENTION, INNOVATION AND DESIGN JOHOR 2020 (DIIID JOHOR 2020) telah diumumkan secara maya pada hari ini. Alhamdulillah nama pasukan inovasi sekolah sekali lagi melebarkan sayap di persada Antarabangsa dalam pertandingan kali ini anjuran UiTM Pasir Gudang.

Keputusan yang diumumkan sebentar tadi secara online telah memberikan khabar gembira buat SMKDPB.

Pasukan inovasi sekolah memenangi :

1. GOLD - NASTRAW (Cg Anuar bin Salleh, Noor Syazwani bt Mohd Zain, Noraisamaswani binti Sapoan, Andik Raihan Aryani bt Rosli dan Aina Adriana bt Rashid)

2. BRONZE - EZ HELP ( Cg Noorhidayati binti Jamari, Soo Jin Yee, Siow Rui Ming, See Tze Xing dan Tee Li Hao)

EMAS- NASTRAW
GANGSA - EZ HELP


SUNTIKAN HPV

 25 Ogos 2020- Suntikan HPV Dos Ke-2 telah diberikan kepada murid-murid  perempuan Tingkatan 1 pada hari ini. Suntikan HPV merupakan vaksin yang diberikan kepada murid-murid perempuan sebanyak 3 kali. terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Pontian dan juga Cikgu Hasniah.



PELANCARAN BULAN SAMBUTAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH.

 12 Ogos 2020- Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 Peringkat SMK Dato' Penggawa Barat oleh Yang Berusaha Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof; Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat. majlis ini dijalankan melalui siar raya sekolah sebagai mematuhi SOP.




LADAP - PROGRAM JALINAN DENGAN UITM PASIR GUDANG

11 Ogos 2020- Bertempat di Wadah Informasi telah diadakan LADAP secara Google Meet bertajuk  Pertandingan Inovasi: Perancangan & Pelaksanaan (Tips Mendapat Pingat Emas). Penceramah ialah Ts. Mohammad bin Abdullah yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Pasir Gudang. Program ini dikendalikan oleh Cikgu Anuar Salleh selaku moderator. Semoga para guru mendapat manfaatnya.

 

 



SOLAT JUMAAT

7 Ogos 2020- Berita gembira buat murid-murid asrama SMKDPB apabila Surau Nur Hidayah SMKDPB diberi kebenaran oleh pihak Majlis Agama Islam Johor untuk mengadakan Solat Jumaat. Alhamdulillah. Ustaz Zamri dari Pejabat Kadi Daerah Pontian  membaca pengisytiharan kebenaran solat Jumaat, manakala Sarjah Shahdan dari IPD Pontian memantau pematuhan SOP Solat Jumaat di SMKDPB.