TATACARA PEMAKAIAN KETIKA MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2017

PEMBERITAHUAN CALON SPM 2017

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2017

                Keputusan Peperiksaan SPM 2017 akan dimumkan pada 15 MAC 2018 selepas  pukul 11.00 pagbertempat di Dewan Makan Asrama, SMK Dato Penggawa Barat
**Kenderaan ibu bapa penjaga pelajar boleh diletakkan di kawasan asrama.

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1   Pakaian  yang sopan.
1.2   Digalakkan berbaju kurung.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1   Pakaian yang kemas.
2.2   Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1       Memakai selipar.
3.2       Memakai seluar jeans.
3.3       Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4       Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1      Kemas
4.2      Pendek (lelaki)
4.3      Tidak diwarnakan.

5.   Peringatan tambahan.
5.1              Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2              Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.  


“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”





PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH 2018

4hb Mac 2018 : Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, pemilihan Tokoh NILAM peringkat Daerah telah diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan seterusnya menjadi wakil yang benar-benar mantap dan berkemampuan bagi mewakili daerah Pontian ke pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat, Negeri dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik NASUHA BINTI AZMAN dari kelas 5 Anggerik yang telah berjaya mendapat Johan Tokoh NIlam 2018 kategori Bahasa Inggeris dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Daerah Pontian bagi tahun 2018. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada adik NUR MARDZIAH BINTI JUFRI dari kelas 5 Dahlia yang berjaya mendapat Naib Johan Tokoh Nilam 2018 kategori Bahasa Melayu.