PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & PELAJAR ASRAMA 2019


31 Disember 2018 – Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 (2019) SMKDPB telah diadakan di Dewan Seri Gemilang . Seramai 152 orang pelajar baharu mendaftar pada hari ini. Selamat dating diucapkan kepada para pelajar baharu dan selamat menyesuaikan diri di Smkdpb.
                Sementara itu, pendaftaran pelajar asrama SMKDPB turut diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan Asrama. Para pelajar senior turut membantu proses pendaftaran supaya berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua.










Mesyuarat Guru Pertama 2019

27hb Dis : Taklimat pengurusan sekolah telah disampaikan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof pada hari ini. Seramai 85 guru telah hadir mendengar taklimat dan bermasyuarat bagi membuat persiapan dan perancangan sesi persekolahan baharu 2019.


PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PT3 2018

13hb Disember 2018- Seramai 160 orang calon PT3 SMKDPB telah menerima slip keputusan PT3 2018. 




 

KEPUTUSAN PT3 (2018)

Assalamualaikum,
Makluman pengambilan  keputusan PT3.

Tarikh :13/12/18
Pakaian : Uniform Sekolah
Tempat : Dewan Seri Gemilang
Masa.   : 10 pagi
Guru bertugas : Guru  Kelas
S/U Pep : Pn Siti Juriah

*Kaunter bayaran sumbangan PIBG dan PAKAD disediakan bagi murid yang mahu membuat pembayaran.

Majlis Penyerahan Rasmi Makmal Sains Baharu SMK Dato Penggawa Barat

11hb Dis 2018: Majlis Penyerahan Makmal Sains Baharu telah diadakan secara rasminya. Penyerahan Makmal Sains oleh pegawai JPNJ, PPD Pontian dan Kontraktor . Alhamdullilah makmal baharu sudah boleh beroperasi pada 1.1.2019.

Kejayaan Gemilang Pasukan Lompat tali SDPB

3hb Dis 2018: Tahniah team lompat tali SMK Dato Penggawa Barat yang telah mewakili Malaysia ke 'Asean Jump Rope and Thailand Open Jump Rope' yang telah memperolehi 5 pingat emas, 7 perak dan 8 gangsa. Dengan slogan "SDPB Menjuarai!"
TAHNIAH dan SYABAS  Pn Zanariah, semua guru serta pelajar Jump Rope SDPB!!!
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ yang telah mengharumkan nama negara.



TAHNIAH! TERBAIK DI MALAYSIA

8 Disember 2018 - Bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, telah diadakan Malam Apresiasi PPM 2018 yang bertemakan  "JASAMU SEWANGI SEMERBAK". Program kali kedua ini merupakan program dwitahunan yang bertujuan mengiktiraf  pemimpin pengakap serta kumpulan pengakap di Malaysia.

Dalam keputusan yang diumumkan Pengakap Negeri Johor telah memenangi 13 daripada 30 pencalonan yang dipertandingkan dan SMKDPB telah memenangi:
1. Kumpulan Pengakap Terbaik di Malaysia (Kumpulan 14 Pontian)
2. Pemimpin Kumpulan Pengakap Terbaik di Malaysia - En Anuar bin Salleh
3. Pemimpin Pengakap Muda Terbaik di Malaysia - En Mohd Zaid bin Man
4. Program Daerah Terbaik di Malaysia -Southern International Scout Fiesta (SISF)  (Daerah Pontian)
 



Pencapaian ini mengulangi pencapaian tahun 2016. Pencapaian ini juga membantu PPM Daerah Pontian dan PPM Negeri Johor untuk membawa pulang Perisai (Sheild) Pusingan untuk Kali Kedua. Tahniah dan syabas kepada para guru pemimpin pengakap dan ahli-ahli pengakap SMKDPB.

KEM BINA INSAN TOKOH NILAM FASA 1, 2019

11hb Nov 2018:  Kem Bina Insan Tokoh Nilam Fasa 1 yang berlansung selama 1 hari ini memberi peluang kepada peserta didedahkan teknik dan tatacara asas dalam pengucapan awam dan temuduga berkesan. Selain peserta didedahkan gaya bahasa badan yang berkesan dalam memberi pengucapa awam yang berkesan peserta juga dilatih dengan gaya penampilan diri dan pakaian yang sesuai. Seramai 32 peserta dalam kalangan pelajar yang berbakat telah dipilih untuk menyertai kem tersebut.

 















Majlis Doa Restu SPM 2018

11hb Nov 2018 : Sebagai satu pengisian minggu terakhir sebelum menjelang peperiksaan SPM, SMK Dato' Penggawa Barat telah melancarkan Majlis Doa Restu SPM di Dewan Sri Gemilang hari ini.





Barisan pentadbiran yang diketuai oleh Tuan Pengetua, En Mohd Shaphri Mohd Yusof telah menyampaikan amanat kepada semua calon SPM 2018 agar menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang peperiksaan berjalan. Semua murid bermaafan dengan semua guru dan rakan-rakan masing-masing serta memohon agar dihalalkan ilmu yang dicurahkan.Keikhlasan yang terlahir antara akan memungkinkan keberkatan ilmu yang ditimba selama ini,

PERKHEMAHAN KOMPAS BANDAR MUAR 2018


7hb-9hb November 2018: Perkemahan Kompas Bandar Muar 2018 telah diadakan di Pusat Pembangunan Belia Daerah Muar, Johor D.T. Seramai 80 pelajar SDPB telah menyertai perkhemahan yang terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar SMK Dato' Penggawa Barat. Program kendalian Unit Kokurikulum SMK Dato'Penggawa Barat diadakan untuk mendedahkan pemimpin pejara kepada cabaran yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka menerusi aktiviti yang dikenal pasti sesuai bagi pertumbuhan positif diri pelajar.

Aktiviti disediakan sepanjang kem berlangsung juga menekankan pembinaan rohani dan jati diri, memantapkan emosi dan fizikal serta membentuk insan cemerlang.
Sepanjang perkhemahan berlangsung, semua pemimpin pelajar menunjukkan kesungguhan dalam setiap aktiviti yang disusun atur. Keadaan itu jelas terbayang pada riak wajah masing-masing yang sentiasa bersemangat menjalani latihan walaupun kepenatan.









  









TOKOH KANAK-KANAK JOHOR 2018

1 November 2018, bertempat di Dewan raya, Taman Bukit Indah, Johor Bahru telah diadakan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya, Warga Emas & Sukarelawan Peringkat Negeri Johor . 4 orang pelajar SMKDPB telah tercalon untuk pelbagai anugerah di peringkat negeri, antaranya Siti Syaziyah binti Samiri (Calon Akademik Terbaik Kanak-Kanak Perempuan),  Nurul Natasya Amira binti Nor Azmi (Calon Kecemerlangan Sukan Kanak-Kanak Perempuan), Muhammad Zahin bin Mohd.Yusof (Calon Kecemerlangan Sukan Kanak-Kanak Lelaki) dan Danial Irfan Hanif bin Suhizulhisam (Calon Tokoh Kanak-Kanak)

 Danial Irfan Hanif telah terpilih sebagai Tokoh Kanak-Kanak Negeri Johor. Beliau menerima Piala, Sijil dan juga wang tunai RM1000. Hadiah disampaikan oleh YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Johor merangkap wakil rasmi Menteri Besar Johor. Tahniah diucapkan.


 






ANUGERAH PENCERITA TERBAIK & NAIB JOHAN VIDEO DOKUMENTASI 2018



25 OKTOBER 2018 Pertandingan Video Dokumentasi Soft Skill anjuran Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun keempat telah membawa kejayaan kepada Krew Video SDPB. Anugerah yang diperoleh ialah :

1.       Anugerah Pencerita Terbaik
2.       Anugerah Perak  Video Dokumentasi



 



Krew Video SDPB telah mempersembahkan video yang bertemakan semangat kesukarelawanan seperti yang disyaratkan oleh penganjur. Kali ini krew telah memilih tajuk Bahu-Membahu: Celik Sains yang mana lokasi penggambaraanya dilakukan di SMKDPB dan juga di SK Bandar Pontian.

Majlis Perasmian Anugerah Video Dokumentasi telah disempurnakan oleh En Aidie bin Jantan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Tun Abdul Razak, SMK Dato’ Abdul Razak (SDAR), Negeri Sembilan.










JOM TONTON VIDEO (KLIK)  - BAHU MEMBAHU:CELIK SAINS

                    


PROGRAM JARINGAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PENGAKAP SMKDPB

25 Oktober 2018 - Satu program jaringan kecemerlangan kokurikulum (pengakap)  telah diadakan di SK Bandar Pontian. Program ini diketuai oleh En Mohd Zaid bin Man, En Mohd Amin bin Kasbin dan En Mohd Ehsan bin Mohamed Saad selaku guru pembimbing. Mereka telah membawa 40 orang ahli-ahli pengakap pasca PT3 untuk membimbing murid-murid pasca UPSR di SK Bandar Pontian. Antara aktiviti yang diajar ialah Asas Kawad Kaki, Ikatan dan Simpulan, Nyanyian Lagu Pengakap dan Permainan KIM.

Program yang sangat bermanfaat untuk kedua buah sekolah dan semoga usaha ini diteruskan lagi pada masa akan datang.
      BOLEH KLIK LINK UNTUK TONTONAN VIDEO. KLIK DI SINI

 




WAKIL JOHOR KE BOLING TENPIN MSSM 2018


Sama-samalah kita doakan agar  Muhamad Adli Zafri berjaya dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2018. Kejayaan anda inspirasi kami.