Pentauliahan Pangkat Pegawai Waran 1 KRS


26-29 Ogos 2019- Ujian Dan Pentauliahan Pangkat Pegawai Waran 1 Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor 2019 telah diadakan di Kolej Tunku Abdul Rahman, Segamat. Peserta terlibat Iaitu  Nurul Shahidatun Najwa Binti Idrus telah LULUS  sebagai PEGAWAI WARAN 1 KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA. Tahniah.


 

DUA EMAS INOVASI PERINGKAT ANTARABANGSA 2019

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan orang di atas pentas
29 Ogos 2019 - Sebuah lagi kejayaan di pentas antarabangsa.
Natijah menyambut idea dan cabaran Tuan Pengetua untuk menyertai pertandingan inovasi kategori profesional telah membuahkan hasil dengan memperolehi DUA tuaian EMAS.
DUA EMAS tersebut dituai di dalam Pertandingan 2nd Digitalised International Invention Innovation and Design Johor 2019.

EMAS pertama adalah 'Sawit Gem' di dalam kategori Pelajar Sekolah Menengah dengan penyertaan oleh:
1. Norfatin Balqis (Tingkatan 4)
2. Hamizah Hanani (Tingkatan 4)
3. Mohd Ikmal (Tingkatan 4)
4. Azreen Syamer (PPKI)
5. Md Amin bin Kasbin (Guru)
Tiada penerangan foto disediakan.
Manakala EMAS kedua dituai 'Pinedro Planter' di dalam kategori profesional dengan penyertaan oleh:
1. Mohd Shaphri bin Mohd Yusof (Pengetua)
2. Anuar bin Salleh
3. Mohd Ehsan bin Saad
4. Mohd Zaid bin Man
5. Azman bin Abdul Aziz @ Nong
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri
Hadiah disampaikan oleh wakil rasmi Menteri Besar Johor iaitu YB Tuan Mohd. Khuzzan Bin Abu Bakar (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri). Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Amansari Resort and Residence, Johor Bahru tengahari tadi.

MAJLIS PERPISAHAN PN ROSLIZA BINTI RAHMAT


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
29 Ogos 2019- Majlis Perpisahan Pn Rosliza binti Rahmat yang dilantik sebagai Pengetua SMK BUkit Naning telah diadakan pada pagi ini. Bertemakan 'Sandarkan Pada Kenangan' majlis sederhana tapi meriah diserikan dengan persembahan pelajar dan penyampaian cenderahati. Terima kasih Pn Rosliza selama menabur bakti di SMKDPB. Semoga terus cemerlang di tempat baharu.








MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM

25 Ogos 2019- Majlis Apresiasi Pencapaian Kebangsaan dan Antarabangsa SDPB Menjuarai telah berlangsung pagi tadi untuk meraikan beberapa pencapaian warga SDPB Menjuarai terutamanya Kontinjen Lompat Tali SDPB di Kejohanan Lompat Tali Asia dan Pasifik di Incheon, Korea pada minggu lepas.
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, orang berdiri
Pada peringkat kebangsaan pula, majlis tersebut telah meraikan Pasukan Kuiz Pengguna Bijak SDPB yang meraih Naib Johan di Pertandingan Kuiz Pengguna Bijak Kebangsaan, Pasukan Floorball SDPB tempat ke-3 di Kejohanan Floorball Sekolah2 Malaysia dan Kejohanan Floorball Belia Kebangsaan, sementara pemidato SDPB pula muncul tempat Ke-3 di Pertandingan Pidato Khalifah Junior Kebangsaan.
Imej mungkin mengandungi: 16 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Tahniah SEMUA warga SDPB.
SDPB Menjuarai!

PENYAMPAIAN HADIAH VIDEO SOFT SKILL (SOSVI) 2019

24 Ogos 2019 - Hari ini diadakan Majlis Penyampaian Pertandingan Video Soft Skill (SosVi) Peringkat Kebangsaan di SM Sains Selangor, Kuala Lumpur. Cikgu Mohd Shaphri (Pengetua) bersama-sama Cg Anuar serta Noraiasmawani Sapoan dan Norsahidatun Najwa hadir ke majlis tersebut. Dalam pertandingan yang disertai oleh semua sekolah SBP, pasukan Video SMKDPB telah mendapat tempat ke-8. Tahniah dan syabas diucapkan kerana bersaing dengan sekolah hebat yang lain.

 




BENGKEL E-RPH

24 Ogos 2019 - Bengkel E-RPH oleh Cikgu Mohd Khidhir bin Ibrahim dan Cikgu Kamariah (SMK Taman Universiti, Johor Bahru) sewaktu Sesi LADAP hari ini.
Terima Kasih.
 Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
 Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri

ASIA & PACIFIC JUMP ROPE COMPETITION INCHEON KOREA 2019

22 Ogos 2019-Asia & Pacific Jump Rope Competition yang berlangsung di Stadium Namdong Incheon Korea pada 14-22/8/2019.Seramai 8 orang peserta diiringi 2 orang guru menyertai kontinjen Malaysia ke sana. Antara pencapaian yang diperoleh atlet SMKDPB ialah:

Emas
1) Double Dutch Freestyle 13-14 yrs
2) Double Dutch single freestyle 15-16yrs
Perak
1) Long rope speed figure 8
2) Double Dutch single freestyle 15-16 yrs
Gangsa
1) Single rope team freestyle 13-14 yrs
2) Single rope team freestyle 15-16 yrs
 Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, teks
 Tiada penerangan foto disediakan.

Jutaan Terima Kasih kepada SEMUA pihak yang menyokong dan mendukung.
Jutaan TAHNIAH kepada Cikgu Hjh Zanariah bte Othman dan Ustazah Rashidah bte Hassan!
SDPB Menjuarai!

TAHNIAH PUAN ROSLIZA DILANTIK PENGETUA

21 Ogos 2019 - Puan Rosliza binti Rahmat; Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato' Penggawa Barat telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Bukit Naning, Muar bermula pada hari esok.
Seluruh warga SDPB mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau!
(Gambar: Puan Rosliza binti Rahmat (berbaju hijau) sedang menerima surat pelantikan daripada Puan Hjh Sallina binti Hussain; Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor)
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan dalaman

NAIB JOHAN CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri
21 Ogos 2019 - Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna anjuran KPDNHEP dan KPM Peringkat Kebangsaan yang melibatkan 16 buah sekolah mewakili negeri masing-masing telah berlangsung dari 20-22 Ogos 2019 di Eagle Ranch Resort Port Dickson, Negeri Sembilan.
 Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
 Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri, pokok, luaran dan alam

Pasukan dari Terengganu telah dinobatkan sebagai Johan dan pasukan dari Sabah pula di tempat ke-3.
Pasukan SMK Dato' Penggawa Barat telah muncul sebagai Naib Johan! Selain itu, Pasukan SMK Dato' Penggawa Barat juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengguna Bijak Kebangsaan.
Jutaan TAHNIAH juga kepada Cikgu Nor Aida binti Mohd Amin selaku Jurulatih dan juga Guru Pengiring.
SDPB Menjuarai!

21 Ogos 2019 - Pemantauan dan Perkongsian Sekolah Penarafan KBAT dan PAK21 di SMK Dato Penggawa Barat oleh Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembentangan perjalanan KBAT di SMKDPB juga dilakukan oleh Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof. Selain itu, para guru turut diberi Tool Kit PDPC KBAT oleh pegawai nazir yang datang.

 Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman
 Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
 Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman
 Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2019

8 Ogos 2019 - Pelancaran bulan kemerdekaan peringkat SMKDPB telah diadakan pada hari ini. Majlis ini disempurnakan oleh Cikgu Mohd Shaphri, Pengetua SMKDPB. Para pelajar dan guru-guru turut mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu patriotik.
 Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri dan luaran
 Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri, orang ramai, langit dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri, langit dan luaran

NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH PONTIAN 2019

7 Ogos 2019 - Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Daerah Pontian telah berlangsung pada hari ini. Dalam pertandingan ini pasukan Penggawa City FC (SMKDPB) telah muncul sebagai Naib Johan. Manakala Adik Muhammad Azreen Syamir dipilih sebagai pemain terbaik. Tahniah diucapkan.
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri, langit, teks dan luaran

BENGKEL - SYOKNYA KITAR SEMULA 2019

7 Ogos 2019 - Bengkel 'Syoknya Kitar Semula' telah diadakan pada hari ini mulai jam 2.00-3.30 petang. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Muhammad bin Abdullah dan dibantu oleh Mohd Zaki bin Sukor dan Arbanah binti Muhamad dari FKK, UITM Pasir Gudang. Program yang berlangsung ini memberi peluang dan kesedaran kepada para pelajar untuk mengitar semulka bahan buangan.
 
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang duduk 

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

FLOORBALL KEBANGSAAN 2019

4 Ogos 2019 - Empat orang pemain Penggawa Floorballers berjaya muncul tempat ke-3 bersama-sama Pasukan Floorball JOHOR di Kejohanan Floorball Belia Kebangsaan di Pulau Pinang yang baru sahaja tamat sebentar tadi.
Sebagai maklumat bonus, dengan sokongan rakan sepasukan, Mohd Najmuddin b Abd Rahman, pelajar Tingkatan 5 Anggerik telah muncul sebagai Penjaring Terbanyak untuk pasukan Floorball JOHOR.
Imej mungkin mengandungi: 17 orang, orang berdiri

TAHNIAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH


1 Ogos 2019 - Tahniah diucapkan kepada Majlis Sukan Sekolah SMKDPB yang telah mencatatkan pencapaian terbaik dalam setiap acara sukan yang disertai dan mengumpul mata terbanyak untuk diangkat sebagai Juara Keseluruhan Kejohan Sukan MSSD 2019. Tahniah! SDPB Menjuarai!

SCOUT SCARF DAY 2019


1 August 2019 - The idea of "Scout Scarf Day" on August 1 is that all active and former scouts are requested to wear their scout scarfs in public to make the "Spirit of Scouting" visible: Once a Scout - Always a Scout! 



The date of the event commemorates the very first Scout Camp on Brownsea Island in 1907.

Of course, the scarf is only a symbol but a strong symbol for the scout promise and for our mission to leave the world as a bit better a place than we had found it.