HARI PENGASAS DAERAH PONTIAN 2018


24 Februari 2018 telah diadakan Hari Pengasas peringkat Daerah Pontian. Program ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik menguji kemahiran peserta. Pengakap Laut SMKDPB telah menghantar seramai 19 orang peserta bagi menyertai program ini. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Ahmad bin Maslan , Ahli Parlimen Pontian.





SOUTHERN SCOUT JOURNEY 2018


21-25 Februari 2018- Program julung kali pengembaraan mengunakan ETS (Electric Train Service) dari Pulau Sebang, Negeri Sembilan menuju ke Sungai Petani, Kedah.Pengakap Laut SMKDPB telah menghantar seorang peserta bagi mengikuti program ini. Syabas dan tahniah kerana adik Ammar Hakimi Berjaya memperoleh Anugerah Emas dalam pertandingan yang diadakan.





KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN ke-53, 2018


14hb Februari 2018 : Sukan tahunan dan temasya olahraga sekolah adalah satu keperluan tradisi. Sukan adalah elemen asas pelengkap kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Menganjurkan kejohanan sukan tahunan atau temasya olahraga menjadi petunjuk penting dalam halatuju organisasi sekolah pada masa akan datang. Sukan juga merupakan jambatan pemupukan semangat toleransi dan kerjasama warga sekolah dengan ibubapa serta penduduk setempat. Di samping itu ia menjadi landasan pencarian bakat, penggilapan bakat serta memperkembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang masing-masing. Kejohanan Sukan Tahunan 2018 SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan diadakan dengan jayanya dengan penglibatan seramai 854 pelajar bagi pelbagai acara yang dipertandingkan.

Perasmian telah disempurnakan oleh En. Darwis bin Saleh wakil Alumni SMK Dato' Penggawa Barat. Juara keseluruhan kejohanan sukan tahunan peringkat sekolah telah dimenangi oleh 'Rumah Panglima'. Berikut ialah keputusan mata kejohanan keseluruhan:

Pertama : Rumah Panglima       = 532 mata.
Ke-2      : Rumah Temenggung = 478 mata.
Ke-3      : Rumah Laksamana    = 455 mata.
ke- 4      : Rumah Bendahara     = 415 mata.



PERKHEMAHAN UJIAN PRA PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2018


8-10 Februari 2018 telah diadakan Perkhemahan Ujian Penarafan Pengakap Raja di SMKDPB. Seramai  12 orang  ahli pengakap SMKDPB telah mengikuti ujian ini. Perkhemahan kali ini menguji kemahiran peserta untuk bergelar Pengakap Raja. Alhamdulillah kesemua 12 orang ahli pengakap SMKDPB telah lulus dalam ujian kali ini dan mereka akan diuji dalam penarafan sebenar pada bulan April nanti. Semoga Berjaya.