ANUGERAH PERSURATAN SELATAN - KATEGORI MAJALAH SEKOLAH TERBAIK 2021

14 Disember 2021 - Pada hari ini telah diumumkan  keputusan pertandingan ANUGERAH PERSURATAN SELATAN 2021. Program anjuran DBP merupakan pengiktirafan kepada karya dan karyawan yang telah memberikan sumbangan dalam bidang penulisan. Majalah Pelopor Edisi Ke-56 telah terpilih sebagai penerima ANUGERAH PERSURATAN SELATAN KATEGORI MAJALAH SEKOLAH 2021.Tahniah diucapkan kepada Pn Noraida binti Md Amin serta sidang redaksi Majalah Pelopor.

                   

 

KETIGA JAPENESE LANGUAGE ENTHUSIASISTS PERINGKAT KEBANGSAAN

7 Disember 2021 - pada hari ini diumumkan keputusan pertandingan Japanese Language Enthusiasists Peringkat Kebangsaan. Peserta dari SMKDPB iaitu adik Ko Mei Lek telah berjaya mendapat Tempat Ketiga. Syabas dan tahniah diucapkan buat Ko Mei Lek dan juga Guru Pembimbing iaitu Cikgu Leng Soa Yee.

PROGRAM CAKNA PENGETUA

7 Disember 2021 - Program CAKNA Pengetua telah diadakan pada hari ini dengan mensasarkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2021. Program rutin tahunan ini diadakan bagi memberi inspirasi dan mengenal pasti kelemahan para pelajar untuk proses pemulihan dan pemantapan subjek tertentu. Tahniah kepada Tuan Pengetua yang sentiasa cakna dan mendampngi para pelajar. Semoga semua pelajar SPM 2021 memperoleh keputusan cemerlang.

 


 


PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

6-9 Disember 2021 - Tiga orang murid SMKDPB telah terpilih bersama-sama 7 orang lagi peserta mewakili negeri Johor ke Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan yang diadakan secara maya bermula pada 6-9 Disember 2021. Program anjuran KPM dikelolakan oleh JPN Negeri Melaka Dalam proram ini para penulis muda didedahkan teknik menulis certot, cerpen dan novel. Bengkel penulisan disampaikan oleh Sheikh Faisal Sheikh Mansor dan Ain Maisara. Cikg Anuar dan Cikgu Rohaida Yon merupakan guru pengiring dan pembimbing kontinjen Johor.

Berikut merupakan pencapaian yang diperoleh peserta SMKDPB:

1. Aktiviti Main Tulis-tulis  

- Nursyafiqah Hazwani binti Zaidi Pemenang Tempat Kedua Berkumpulan

- Iman Khadija binti Isamudin Pemenang Tempat Ketiga Berkumpulan.


2. Aktiviti Kenali Diri Saya -Tiruvasi Kisah Dongeng 

- Iman Khadija binti Isamudin Pemenang Tempat Keempat Berkumpulan.

 

 

 

 

Perkampungan selama 4 hari ini juga membolehkan hasil karya (Cerpen) para peserta diterbitkan dan diletakkan di rak maya untuk bacaan para peminat. Semoga mereka akan terus menghasilkan karya penulisan yang terbaik.

KETIGA TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2021

6 Disember 2021 - Pengumuman Tokoh Nilam Kebangsaan diumumkan pada hari ini secara maya. Adik Mohd Fahim Azfar bin Aili telah memperoleh Tempat Ketiga kategori Individu dan Johan Kategori Berkumpulan. Pencapaian ini merupakan pencapaian NILAM terbaik bagi SMKDPB sejak pertandingan Tokoh NILAM diperkenalkan.

Tahniah diucapkan kepada Mohd Fahim Azfar dan guru-guru yang terbabit membimbingya.

JAMUAN JALINAN UKHWAH & SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

PN HJH HAMIDAH BINTI MD ARID

PN SITI RAHMAH BINTI ABD RAHMAN

2 Disember 2021 - Jamuan Akhir Tahun SMKDPB telah diadakan di Hotel Ramada, Nusajaya. Program ini dikelolakan oleh KEBIRU SMKDPB. Majlis yang dinamakan sebagai Jamuan Jalinan Ukhwah & Sanjungan Budi Lambaian Kasih turut meraikan 2 orang guru yang bersara iaitu Puan Hajah Hamidah binti Md Aris dan Puan Siti Rahmah binti Abd Rahman. Manakala 4 orang guru yang berpindah ialah Puan Rahayu binti Kamari yang kini bertugas sebagai Pengetua di SMK Tun Aminah, Batu Pahat manakala Cikgu Azman bin Nong berpindah ke SMK Tan Sri Osman Mohd Saad sebagai GKMP Bahasa, Cikgu Nazarizal bin Samion berpindah ke SMK Parit Betak sebagai GKMP Sains Sosial dan Cikgu Harith bin Takariah yang bertugas di SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman.

PN RAHAYU BINTI KAMARI
EN AZMAN BIN NONG
EN NAZARIZAL BIN SAMION
EN HARITH BIN TAKARIAH

Bertemakan songket, majlis ini turut diserikan dengan pemilihan Anugerah Busana Terbaik bagi guru lelaki dan perempuan. Anugera ini dimenangi oleh Cikgu Abd Aziz dan Cikgu Haizan.

CG ABD AZIZ DAN CG HAIZAN