BERPENGAKAP DI SANA SINI - MENTOR DI SK PANGKALAN RAJA

31 Oktober 2019 - Pada hari ini  Pasukan Pengakap Laut SMKDPB seramai 6 orang  bersama Cikgu Suhizulhisam dan Cikgu Siti Aznum telah membantu pasukan pengakap SK Pangkalan Raja dalam program Mata Pelajaran Sivik dalam Kokurikulum. Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi JK Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi yang mewakili YAB Menteri Besar Johor. 










JAMUAN PENGAWAS 2019


23 Oktober 2019 – Jamuan Pengawas sesi 2019 telah diadakan Millesme, Iskandar Puteri. Program tahunan ini diadakan sebagai menghargai peranan yang dimainkan oleh para pengawas dalam membantu para guru mengawal disiplin sekolah. Sesungguhnya jasa dan bakti yang dicurahkan membantu perjalanan sekolah lebih lancar.










KUIZ 3P PELANCONGAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

23 Oktober 2019 - Kuiz 3P Pelacongan Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada hari ini di JBCC Skycrapers, Pusat Kraf dan Legoland, Johor Bahru. 4 orang pelajar dan seorang guru telah mewakili SMKDPB ke pertandingan yang berbentuk Explorace dan Video. Walaupun tidak mendapat tempat tetapi program ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada para peserta. 

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

20 Oktober 2019 - Program Jom Ke Sekolah anjuran Yayasan Harapan Pontian telah diadakan di SMK Teluk Kerang, Pontian. Seramai 11 orang pelajar terlibat dan mereka menrima sumbangan berbentuk baucer bernilai RM150 seorang yang disampaikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Para pelajar diiringi oleh Tn Pengetua, Cikgu Mohd Shaphri, En Nazarizal dan Pn Rozitah Kasiran.










PROBLEM BASE LEARNING FOR LOW CARBON SOCIETY

20 Oktober 2019 - Pertandingan akhir telah diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor. Seramai 11 orang pelajar dan 4 orang guru terlibat dengan mempertaruhkan 4 pasukan.Pertandingan ini diadakan secara berterusan sejak Januari yang lalu. Program kerjasama Iskandar Malaysia, UTM, JONJ dan MPIP ini bertujuan melahirkan masyarakat rendah karbon.  3 pasukan telah berjaya ke peringkat separuh akhir untuk penjurian poster dan 1 pasukan iaitu pasukan Eco Galaxy telah berjaya ke peringkat akhir dan keputusannya pasukan Eco Galaxy telah muncul Naib Johan. Tahnia diucapkan.









SPM BERMULA DI SDPB

15 Oktober 2019- Peperiksaan SPM bermula hari ini. Seramai 21 orang pelajar mengambil subjek PSV. Semoga kejayaan mengiringi langkah ke dewan peperiksaan.




PERTANDINGAN JROBIK & LOMPAT TALI SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

12 Oktober 2019 - Pertandingan JRobik peringkat negeri dan Lompat Tali Kebangsaan sempena Hari Sukan Negara telah diadakan di Batu Pahat, Johor dan Kuala Lumpur. Pasukan Lompat Tali telah menjadi Naib Johan dan Tempat Ke-4 peringkat kebangsaan manakala pasukan JRobik muncul Naib Johan negeri. Tahniah diucapkan.




PENTAKSIRAN PT3 2019

1-9 Oktober 2019 - Pentaksiran PT3 telah berlangsung dengan sempurna. Melibatkan anak-anak pelajar Tingkatan 3. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.