NAIB JOHAN PERTANDINGAN VIVARIUM NEGERI JOHOR 2019



29 November 2019 – Tahniah diucapkan kepada pasukan Vivarium Pendidikan Khas SMKDPB di bawah bimbingan Cikgu Md Amin dan Cikgu Mohd Ehsan yang Berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Vivarium Sekolah-sekolah Negeri Johor 2019 sempena dengan Ekspo Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan di Plaza Angsana, Johor. Pasukan ini membawa pulang hadiah bernilai RM200 dan sijil penghargaan.




JOHAN RAINGUTTER REGATTA DI PERHIMPUNAN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4


22-25 November 2019 - Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 (4th National Seaboree) telah diadakan  Kelab Tasik Putrajaya dan Pangkalan Polis Marin Putrajaya. 4 ahli pengakap laut SMKDPB bersama-sama kontinjen Johor telah menyertainya dengan dibantu guru pembimbing iaitu Cikgu Siti Aznum binti Senom. Alhamdulillah, Khabar gembira dari Putrajaya, setelah berlangsung selama 4 hari program  4TH National Seaboree. Pelajar bernama Ain Amirah binti Mat Supi muncul Johan Kebangsaan bagi acara Raingutter Regatta Pengakap Muda Perempuan. Manakala Cikgu Siti Aznum yang menyertai pertandingan masakan kategori pemimpin pengakap juga beroleh Johan. Tahniah diucapkan kepada Ain Amirah dan Cikgu Siti Aznum. SDPB Menjuarai!





SELAMAT BERSARA & SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU.


21 November 2019 - Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2019 ini diakhiri dengan majlis ringkas iaitu lambaian terakhir dari warga SMKDPB kepada Cikgu Abd Aziz bin Che Yusof, Ustaz Haris bin Mustafa dan En Meor Mohd Hafiz bin Meor Jamaluddin (Juruteknik).

Untuk makluman Cikgu Abd Aziz bin Che Yusof akan bersara pilihan mulai 1 Disember 2019. Sementara Ustaz Haris bin Mustafa akan kembali ke negeri Kelantan setelah 21 tahun berkhidmat di SMKDPB.Beliau akan bertugas di SMK Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan. Bagi Meor Mohd Hafiz bin Meor Jamaluddin pula yang bertugas sebagai juruteknik di SMKDPB selama 6 tahun akan kembali bertugas di kampung halamannya iaitu di Perak.  Beliau akan bertugas di SMK Tanjung Rambutan, Perak.
Tahniah diucapkan. Terima kasih selama menabur bakti di bumi SMKDPB.








ANUGERAH RAMBU KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA


20 November 2019- Bertempat di Dewan Iskandar, SK Tengku Mahmood Iskandar 1 telah diadakan Majlis Penganugerahan Rambu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Seramai 19 orang ahli Pengakap Muda (Laut) telah melengkapkan ujian dan kemahiran seperti yang tertakluk di dalam buku skim pengakap untuk membolehkan mereka dianugerahkan rambu ini.

Tn Megad Mohd Nizar bin Abd Rahman iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah sudi menyampaikan anugerah tersebut. Tahniah diucapkan.


LATIHAN MEREMPUH HALANGAN (HALANGAN KOMANDO)


19 November 2019 - Bertempat di Kem Kaizen, Pekan Nanas telah diadakan aktiviti merempuh halangan atau halangan komando. Seramai 35 ahli pengakap laut SMKDPB menyertai aktiviti ini sebagai persediaan mengambil Ujian Pengakap Raja bagi tahun 2020 dan 2021. Sebanyak 21 halangan komando berjaya diatasi oleh para peserta. Latihan yang menguji kekuatan fizikal dan mental ini akan membantu para peserta di dalam ujian sebenar nanti.








ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH JOHOR DAN MELAKA 2019


18 November 2019 - Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka telah diadakan pada hari ini bertempat di Wisma BSN, Johor Bahru, Johor. Majlis ini diadakan hasil penilaian ke atas Majalah Pelopor 2018. Alhamdulillah, Majalah Pelopor 2018, SMK Dato' Penggawa Barat telah mendapat Naib Johan bagi kategori bahasa. Dengan ini SMKDPB telah membawa pulang  Sijil Penghargaan dan wang tunai RM1300. Manakala bagi kategori karya pelajar adik Muhammad Zunnur Abrar bin Zulkarnain telah mendapat hadiah saguhati. 
BERGAMBAR BERSAMA MAJALAH PELOPOR 2018 YANG DIPAMERKAN OLEH PENGANJUR

Cikgu Noraida Md Amin yang merupakan Ketua Guru Majalah Pelopor hadir bersama -sama Tn Hj Md Azmi bin Markam (PK Pentadbiran), Che Abd Aziz bin Che Yusof (PK Kokurikulum) dan En Anuar Salleh. Hadiah disampaikan oleh YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor. Tahniah diucapkan kepada semua guru Majalah Pelopor sesi 2018.

 
hadian dismpaikan oleh YB Mohd Khuzzan
 
Bergambar beramai-ramai bersama para pemenang
 
2 hadiah dimenangi oleh SMKDPB
 
Adik Mohd Zunnur diwakili bapanya.

MESYUARAT GURU AKHIR TAHUN 2019

17 November 2019 - Mesyuarat guru akhir tahun 2019 telah diadakan pada hari ini di Wadah Informasi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua ini mengenal pasti segala kelemahan dan kekurangan sepanjang 2019 dan merancang penambahbaikan sepanjang 2020. Semoga SDPB terus cemerlang.

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ HARIS BIN MUSTAFA


17 November 2019 - Satu majlis bagi meraikan perpindahan Ustaz Haris bin Mustafa ke negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Seri Gemilang.  Beliau merupakan Ketua Warden Asrama SMKDPB. Mula bertugas di SMKDPB mulai tahun 1998 dan menduduki kuarters guru di kawasan asrama sekolah. Seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak asrama khususnya untuk berjaya di dunia dan akhirat. Beliau mengorbankan selama 21 tahun kehidupannya di SMKDPB dalam usaha mencemerlangkan anak-anak SMKDPB. Semoga Ustaz Haris bin Mustafa akan terus cemerlang di tempat baharu. 


Berikut merupakan nukilan khas dari rakan guru untuk Ustaz Haris Mustafa,

21 TAHUN YANG PANJANG

21 tahun yang panjang
21 tahun siang dan malam
21 tahun pagi dan petang
21 tahun sakit dan pening
21 tahun tenang dan tegang
21 tahun susah dan payah
21 tahun hulu dan hilir
21 tahun kenyang dan lapar
21 tahun hujan dan panas
21 tahun dunia dan akhirat
21 tahun hujung dan pangkal
21 tahun depan dan belakang
21 tahun kiri dan kanan
21 tahun suka dan duka
Membentuk sahsiah
Melahirkan imam dan bilal
Melahirkan pemimpin-pemimpin muda
Melestarikan kecemerlangan
Memartabatkan citra Sekolah Kluster Kecemerlangan
Memasyhurkan piagam Sekolah Berprestasi Tinggi
Memenuhi impian ibu bapa pewaris
Besar jasa insan ini
Hebat pengorbanan guru ini
Tinggi thiqah ustaz ini
Melangit pengorbanan pendita ini
Terbilang izzah sahabat ini
Takkanlah engkau nak berteleku sahaja?
Takkanlah engkau nak melihat sahaja?
Takkanlah engkau nak termenung sahaja?
Dulu kau sakit, dia yang rawatkan
Tandas kau rosak, dia yang uruskan
Perut kau lapar, dia yang isikan
Barang kau hilang, dia yang carikan
Hati kau susah, dia tenangkan
Sekarang dia nak pergi
Pulang ke kampung halaman
Membalas jasa keluarga di sana
Setelah separuh hidupnya menjaga kampung orang lain
Setahun hanya sempat beberapa kali menjenguk kampung sendiri
Seharian menguruskan anak2 orang
Diketuk pintu rumah siang dan malam
Semuanya beliau tempuh tak bilang orang
Nah!
Apakah tidak boleh SATU hari kau beri masa untuk dia?
Apakah tidak boleh SATU jam kau lambaikan perpisahan?
Apakah tidak boleh?
Esok adalah masa untuk memberi dan membalas.
Memeluk dan menyokong.
Selagi ada peluang.
Mengucapkan "Terima Kasih, Ustaz."
Entah bila mampu bertemu lagi.
Ayuh!









SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H

17 November 2019 - Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441H telah diadakan secara sederhana pada hari ini. Sambutan ini diadakan dengan mengundang penceramah iaitu Ustaz Khuzairi bin Md.Salih dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor. Ceramah ini diadakan di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Semoga para pelajar dan guru-guru mendapat manfaat daripadanya.










PROGRAM SEMBELIHAN AYAM

14 November 2019 - Satu program sembelihan ayam telah dianjurkan pada hari ini oleh Panitia Agama Islam SMKDPB. Para pelajar dilatih teknik sembelihan yang betul. Tuan Pengetua turut bersama-sama para pelajar membuat demo berkaitan teknik sembelihan yang betul. Semoga para pelajar mendapat manfaat.











WORKSHOP ON COMPUTER SCIENCE & SOFTWARE ENGINEERING (WISE2019)

12 November 2019 - WORKSHOP ON COMPUTER SCIENCE & SOFTWARE ENGINEERING (WISE2019), Nurturing Young Computer Scientists & Software Engineers peringkat Negeri Johor telah diadakan di Pulai Spring Resort, Pulai, Johor. Program yang dianjurkan oleh UTM dan KEJORA disertai 11  buah sekolah. Alhamdulillah pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Afzan telah meraih gelaran Naib Johan bagi pertandingan Becoming A Wise Computer Scientist. Tahniah diucapkan.





PASCA PT3 - GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PINGGIR LAUT PONTIAN


12 November 2019 - Program gotong royong mengutip sampah di pinggir laut kawasan tambak Pontian telah dilakukan pada pagi ini. Semaiai 40 orang pelajar beserta 4 orang guru mula menjalankan tugas seawal jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semoga khidmat bakti anak-anak pelajar SMKDPB membantu melestarikan alam sekitar dan seterusnya menunjukkan teladan yang baik kepada komuniti setempat.


PENGUNDIAN MEMILIH CALON KETUA PENGAWAS DAN TIMBALAN BAGI SESI 2010

12 November 2019 - Satu proses pengundian untuk memilih calon Ketua Pengawas dan Timbalannya telah diadakan pada hari ini bermula jam 8 pagi hingga 1 petang. Proses pengundian yang melibatkan guru-guru dan para pelajar dikelolakan oleh Lembaga Disiplin sekolah. Proses ini menjadikan para pelajar lebih matang dan mengenal erti demokrasi.







CERAMAH PENGURUSAN RISIKO

12 November 2019 - Pengurusan Risiko & Bagaimana Menanganinya - begitulah tajuk ceramah yang disampaikan oleh pihak Maznah Agency. Program bertujuan mendidik para pelajar agar tidak panik apabila berdepan sesuatu dan seterusnya mengetahui cara mengatasinya. Para pelajar juga berpeluang menjawab soalan kuiz yang menawarkan hadiah kelengkapan persekolahan, jam tanngan, wang tunai dan sebagainya. terima kasih diucapkan kepada Maznah Agency.