DSLB - PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH

 25 April 2021 - Pada minggu lepas, DSLB SDPB (Unit Bimbingan dan Kaunseling SDPB) telah berjaya memenangi beberapa kategori (seperti yang dipaparkan di sini) sewaktu Pertandingan DSLB Daerah Pontian anjuran PPD Pontian. 

 



 

 

 

Kita menjadi JOHAN (ke-3 + ke-5) di dalam DUA daripada TIGA kategori yang dipertandingkan. Manakala, kita menjadi Naib Johan untuk sebuah kategori lagi.

LADAP ONLINE - TIPS PENJAGAAN KESIHATAN

 24 April 2021- LADAP Online telah diadakan pada pagi ini. Tajuk berkaitan Tips: Penjagaan Kesihatan. Ceramah disampaikan oleh Dr. Surinah, Pengarah Hospital Pontian. Pelbagai input keihatan telah diberikan oleh beliau. LADAP kali ini dijalankan secara online melalui platform Google Meet. Semoga tips yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh semua guru dalam memastikan kesihatan tidak diabaikan.



JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

 22 April 2021 - Program Jom Baca Bersama  10 Minit telah berlangsung tepat jam  10.50 pagi. Semua warga SDPB Menjuarai turut mengambil bahagian dan menyahuit kempen ini. Tahniah, Bangsa Membaca bangsa Berjaya.

 

 

 

 










KHABAR DUKA WARGA SDPB

 15 April 2021- Khabar duka menyelubungi warga SDPB hari ini apabila Cikgu Shafie Salleh telah jatuh dan pengsan ketika sedang mengajar di kelas. Beliau telah dibawa ke Hospital Pontian oleh ambulans dan seterusnya dirujuka ke Hospital Sultanah Aminah, JB.  Hasil diagnosis doktor mendapati ada darah beku di bahagian otak Cikgu Shafie dan pembedahan segera perlu dilakukan. Seluruh warga SDPB mendoakan agar dipermudahkan urusan rawatan Cikgu Shafie dan beliau kembali pulih seperti biasa.

JOHAN TOKOH NILAM BAHASA MELAYU NEGERI JOHOR 2021

 12 April 2021- H A R I I N I D A L A M S E J A R A H

                                            

Hari ini, SMK Dato' Penggawa Barat Pontian telah mencatat sebuah lagi sejarah apabila adik Muhammad Fahim Azfar bin Aili; pelajar Tingkatan 5 Anggerik dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Bahasa Melayu Negeri Johor 2021!

Untuk makluman, catatan
terbaik
kami sebelum ini adalah sewaktu Pertandingan Tokoh Nilam Negeri Johor 2017 apabila adik Siti Hajar Mazlan muncul di tempat ke-3 Tokoh Nilam Bahasa Melayu Negeri Johor 2017.
Walaupun SDPB menjuarai Johan Keseluruhan Tokoh Nilam Daerah Pontian selama 8 tahun berturut-turut, inilah pencapaian sulung kami selaku Tokoh Nilam di peringkat Negeri Johor.
Tahniah dan syabas kepada Pasukan NILAM SDPB yang terdiri daripada Penyelaras Nilam, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah SDPB, Jurulatih2 Nilam, Pegawai Teknikal, Unit Bimbingan dan Kaunseling SDPB dan barisan pentadbir SDPB serta seluruh warga pendidikan di sekolah kami ini!

TAHNIAH CIKGU

 7 April 2021 - Tahniah diucapkan kepada Pn Hjh Zaleha, Pn Rosita Admin, En Mohd Ridhwan dan En Anuar yang telah menerima surat kenaikan pangkat. Penyerahan surat kenaikan pangkat telah diadakan di PPD Pontian dan disampaikan oleh Haji Md Roslan bin Marjan, Timbalan PPD. Semoga terus cemerlang menabur bakti dalam dunia pendidikan.



3 EMAS GLOBAL OLIMPIAD GREEN INNOVATION FAIR (GO-GIF) 2021

 3 April 2021 - GLOBAL OLIMPIAD GREEN INNOVATION FAIR (GO-GIF) 2021 anjuran  Global Environmental Invention & Innovation Association (GEiiA)  telah berlangsung secara atas talian mulai 15/2-15/5/2021

Pasukan Inovasi SDPB telah menghantar 3 pasukan di bawah bimbingan Cg Norhidayati, Cg Nurul Natrah dan Cg Suhizulhisam. Alhamdulillah... ketiga-tiga pasukan telah meraih pingat EMAS dalam pertandingan ini.

Tahniah diucapkan kepada Cg Norhidayati, Cg Nurul Natrah dan Cg Suhizulhisam serta anak-anak pelajar yang mengharumkan nama sekolah.

Tahniah!...SDPB MENJUARAI