SELAMAT MENDUDUKI SPM 2021

SELAM

 

UJIAN LISAN BAHASA INGGERIS SPM

22 Februari 2022- Hari ini bermula ujian lisan Bahasa Inggeris untuk calon SPM 2021. Ujian ini akan berlangsung sehingga hari Khamis 24/2/2021. Semoga beroleh kepetahan dan kelancaran ketika berbicara. Good Luck! 

UJIAN MENDENGAR SPM

21 Februari 2022 - Ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sedang berlangsung pada pagi ini. Semua calon SPM terlibat penuh semangat untuk mengharunginya. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

 

 

 

 


RESTU ILMU SPM 2021

20 Februari 2022 -Majlis ringkas mematuhi SOP ini merupakan simbolik yang diadakan setiap tahun sebelum anak-anak pelajar SPM menduduki peperiksaan sebenar. Wakil pelajar adik Mohd Fahim Azfar turut berucap mewakili semua pelajar dan memohon restu ilmu daripada kesemua guru-guru yang mendidik mereka dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 5.

Dalam ucapan balas, tuan pengetua Cikgu Mohd Shahpri turut meminta agar para calon menjaga kesihatan dan tabah dengan dugaan serta cabaran yang mereka hadapi. Beliau berdoa agar semua calon SPM mendapat keputusan yang cemerlang.

Turut hadir barisan guru penolong kanan dan guru-guru.

 


 

 

 

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih.

17 Februari 2022 - Majlis khas didedikasikan buat Puan Hajah Zainab Watak yang akan bersara pada 9 Mac 2022 nanti setelah 31 tahun menabur bakti sebagai guru di SDPB. Majlis ringkas dan mematuhi SOP sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti beliau di SDPB.

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat,

Menjadi kenangan hingga akhir hayat.

Segala bakti yang engkau curahkan

mengajar mendidik anak bangsa

segala jasa yang engkau taburkan

menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita

memancarkan sinar sepenuh rela

jiwamu tabah hatimu cekal

kasihmu sud semangatmu berkobar

yang tak pernah mengenal erti putus asa

yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami

sepanjang hayat mekar di sudut had

tiap sepatah katamu mengisi erti

tiap madahmu mengandungi hikmat

pembentuk peribadi penegak kebenaran

pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan

terkumpul dari seribu hati menjadi satu

menadah tangan dengan doa restu

kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan

kepadamu Hjh. Zainab yang berjiwa mulia

pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti

di daerah terpencil di Penghujung Benua,

cekal dan tabah menempuh dugaan

hidupmu bagalkan pelita di tengah malam

membakar diri menerangi yang kelam

jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Dipetik dan diubahsuai drpd:

Jasamu Dikenang

Ahmad Sarju

Klang

1988

"SELAMAT BERSARA PN. HJH. ZAINAB"

 

 

 

 



UJIAN AMALI SAINS

16 Februari 2022- Awalnya bermula dengan satu harapan dan impian. Demi harapan dan impian, mereka perlu berusaha untuk membuktikannya. Sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan. Impian menjadi realiti.

Laksanakan Ujian Amali Sains dengan cemerlang. Moga berjaya anak-anak calon SPM SDPB MENJUARAI 

 

 

 

 

SOLAT HAJAT KHAS BUAT CALON SPM 2021

13 Februari 2022 -Kepada Allah kami berserah.Hari ini semua murid Tingkatan 5 bersama-sama guru melaksanan Solat Hajat khususnya memohon agar semua warga SDPB Menjuarai diberi kesihatan yang baik, dilindungi daripada COVID, diberi kesembuhan daripada sebarang penyakit, dipermudahkan segala urusan khususnya urusan menduduki Ujian amali Sains, Ujian Mendengar, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris dan Peperiksaan SPM.

Dikesempatan ini juga Tuan Pengetua menitipkan kata-kata motivasi kepada anak-anak calon SPM agar tabah menghadapi ujian dan cabaran khususnya pada era pandemik ini.

Warga maya sekalian khususnya ex-sdpb sama-samalah kita berdoa agar anak-anak calon SPM tahun ini dipermudahkan segala urusan SPM.

             

         

 

 

 

SUMBANGAN KERUSI

10 Februari 2022 - Orang yang paling benar-benar murah hati adalah mereka yang memberi dengan diam-diam tanpa harapan akan pujian atau hadiah." - Carol Ryrie Brink

Hujan rahmat yang membasahi bumi Pontian hari ini membawa rezeki buat anak-anak calon SPM 2021/2022 kerana mereka akan menggunakan kerusi baharu semasa menduduki peperiksaan SPM Mac nanti. Semoga memberi inspirasi kepada anak anak calon SPM. Semoga anak anak calon SPM berjaya mencatat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.....Ayuh anak-anak SPM SDPB MENJUARAI buktikan kecemerlangan anda!!!

Terima kasih buat penyumbang-penyumbang dan penderma yang bermurah hati. Terima kasih juga buat Cg Norhisham dan team yang menggerakkan inisiatif ini setelah tahun lepas misi meja baharu calon SPM direalisasikan. Semoga Allah SWT merahmati para penderma dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah...