MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31

28 MEI 2016 - Mesyuarat agung PIBG Kali Ke-31 telah diadakan pada pagi ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Ramli bin Abd Mutalib, Setiausaha Sulit Kanan, Menteri Pendidikan Malaysia.
Pemilihan pengerusi serta ahli jawatankuasa yang baharu juga diadakan bagi penggal 2016/2018. Semoga barisan kepimpinan yang baharu dapat membantu membawa SMKDPB ke puncak jaya.


MAJLIS “KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI” SEMPENA MAJLIS PERSARAAN TN.HJ. RAHMAT BIN SARBANI

28 April 2016 : Jika kita soroti perjalanan Tn.Hj Rahmat bin sarbani ini, bermula sebagai seorang guru cemerlang matematik dan berakhir sebagai Kaunselor  Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun 1980. Bapa kepada 4 orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercintanya merupakan seorang sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 36 tahun sewaktu menabur keringat di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam. 

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.


MAJLIS PERSARAAN PN. HJH SAADAH BINTI MOHD KASSIM MAJLIS PESARAAN PN SAADAH BINTI

21 April 2016 : Majlis Persaraan Pn.Hjh Saadah binti Mohd Kassim telah diadakan dengan gilang gemilang setelah 36 tahun menjalankan tanggungjawab dalam perkhidmatan awam. Mula berkhidmat pada tahun 1980 di