NAIB JOHAN PERTANDINGAN CELCOM YOUNG DIGITAL INNOVATION PROGRAM 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN

28 November 2021 - Pada hari ini telah diumumkan keputusan  pertandingan Celcom Young Digital Innovation Program (CYDIP2021) secara maya.  Pasukan SMKDPB yang menyertai pertandingan ini dengan tajuk projek COVID-19 Prevention Box (CONPREX) telah diumumkan sebagai Naib Johan. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 dan Sijil. Pasukan ini yang dinamakan Foxtroit diwakili oleh Muhammad Nur Hafizi bin Norhadi, Wafi' Rahiman bin Rosman dan Muhammad Danish bin Hairil Anuar dan dibimbing oleh Cikgu Mohamad hafiz bin Ahmad. Tahniah diucapkan.

 


 


PROGRAM SEKOLAH ANGKAT BERSAMA UTHM

27 November 2021 - Program sekolah angkat bersama-sama UTHM telah diadakan pada hari ini secara maya. SMK Dato' Penggawa Barat terpilih bersama-sama 8 buah sekolah yang lain untuk turut menyertai program ini. Program ini turut menampilkan Encik Asrul Nasirudin, Lead Digital Compositor, WAU Animation Sdn. Bhd. Semoga program ini memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar SMKDPB.

 


 

 

            


SUNTKAN ATT (KANCING GIGI)

23 November 2021 - Pada hari ini pelajar Tingkatan 3 khususnya pelajar asrama telah diberikan suntikan vaksin  ATT (Kancing Gigi) oleh pihak KKM. Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Pontian kerana sudi datang untuk memeri suntikan tersebut. Semoga para pelajar diberi kesihatan yang baik dan  bebas daripada penyakit kancing gigi.



TAHNIAH TUAN HAJI MD AZMI DAN PUAN HAJAH ZAINAB

18 November 2021 - Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Md Azmi bin Markam dan Puan Hajah Zainab binti Watak kerana kenaikan pangkat ke DG54. Semoga terus cemerlang memacu SDPB Menjuarai.

 


 


KUNJUNG BANTU TS25 OLEH BPG

17 November 2021 - Program kunjung bantu TS25 oleh BPG telah diadakan pada hari ini.  Pihak BPG diketuai oleh YBhg. Tuan Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Profesionalisme Guru, KPM. Turut hadir ialah En. Mohd Nazir bin Mohd. Ghazali, Ketua Penolong Pengarah, Unit Dasar Pembangunan Keguruan, KPM, En. Mohd. Faizal bin Mohd. Noh, Pegawai Meja TS25 KPM, En. Mohd. Firdaus bin Aris, Penolong Pengarah Sekolah Jenis Khas merangkap Pegawai Meja TS25 JPN Johor, Puan Rosnani binti Mokmin, Penolong PPD Pra Sekolah merangkap Pegawai Penyelaras TS25, PPD Pontian dan Puan Sabahriah binti Ismail, Pegawai SIP+ PPD Pontian.

Proses bimbingan dan mentoring yang dijalankan pada hari ini memberi satu dimensi baharu hala tuju SMKDPB ke arah kecemerlangan.

 

 

 

 

 

JSLC Negeri Johor 2021


17-20 November 2021 - Dua orang pelajar SMK Dato' Penggawa Barat telah terpilih mewakili Daerah Pontian ke JSLC Negeri Johor. Mereka ialah Iman Irene Qawiema (3Ma) dan Nur Jannah Husna (3Sn). Semoga mereka beroleh kejayaan.


KELIMA SMART STEP CHALLENGE (STEPBOARD) NEGERI JOHOR

13 November 2021- Pasukan lompat tali  SMK Dato' Penggawa Barat iaitu Penggawa Teenaagers telah menyertai Pertandingan Smart Step Challenge (Stepboard) peringkat negeri Johor. Pasukan ini telah mendapat tempat Ke-5 daripada 13 pasukan yang menyertainya. Pertandingan ini telah diadakan di Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru pembimbing iaitu Pn Hajah Zanariah dan Pn Rashidah.