DIALOG PRESTASI BIL.1/2021



26 Jun 2021 - Dialog Prestasi Bil.1/2021 telah diadakan pada pagi ini secara maya dari kediaman masing-masing. Tuan Pengetua, En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof mempengurusikan mesyuarat pada paagi ini. Beliau turut mengucapkan tahniah atas komitmen guru-guru sehingga SMKDPB memperoleh keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM 2020. Dialog yang bermula jam 10.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengah hari.



TAHNIAH - KEPUTUSAN SPM 2020

10 Jun 2021 - Keputusan SPM 2020 telah diumumkan pada hari ini  secara maya. Alhamdulillah pencapaian yang membanggakan ibu bapa, guru dan para pelajar SPM2020. GPS 2.26 meningkat berbanding tahun lepas  2.42. Peratus lulus kekal 100%. Sementara 1 orang pelajar mendapat Perfect Score A+ dan  25 orang lagi mendapat Perfect Score. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2020. Semoga terus cemerlang.


KEPUTUSAN SPM 2020

 SEMAKAN KEPUTUSAN CALON SPM 2020 SMK DATO' PENGGAWA BARAT

✅ TARIKH: 10 JUN 2021 

✅ MASA: 10.00 PAGI 

⛔ CALON TIDAK PERLU HADIR KE SEKOLAH UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN

📲 SMS : SPM(space)IC(space)ANGKAGILIRAN ➡️ HANTAR KE 68886 

💻 INTERNET 

myresult1.moe.gov.my  @  myresult2.moe.gov.my 

📜 SLIP KEPUTUSAN PENUH MULAI 14/6/2021  DI: myresult3.moe.gov.my

‼️ Sekiranya ada calon yang mempunyai masalah untuk menyemak keputusan SPM, sila maklumkan kepada guru kelas Tingkatan 5 anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada hari kejadian. 

‼️ Tiada penyerahan hard copy

‼️ Penyerahan semua sijil (sijil berhenti, surat akuan, sijil2 PBS) hanya selepas PKP iaitu tertakluk kepada arahan MKN

LADAP ONLINE - PERKONGSIAN ILMU TS 25

6 Jun 2021 -  Ladap Online bertajuk Perkongsian Ilmu TS 25 telah diadakan pada pagi ini. Tuan Pengetua, En Mohd Shaphri dan juga Penolong Kanan Pentadbiran, Hj. Md Azmi telah menyampaikan perkongsian ilmu TS 25.  Antara inti patinya ialah berkaitan Dasar Pelaksanaan dan Kerangka Program TS 25 serta Hala Tuju dan Mengurus TS 25.

Untuk makluman SMKDPB merupakan Sekolah TS 25 Kohort ke-6. Semoga SMKDPB akan kekal cemerlang dalam membina kemenjadian murid-murid. 

 

 

 Pengenalan TS 25

 Guru-guru & AKP