SILANG BUDAYA

 28 April 2022 - Program silang budaya pada pagi ini diadakan secara sederhana bagi meraikan anak-anak SDPB dengan pemberian duit raya. Malah bingkisan kuih raya daripada barisan pentadbir kepada guru guru disambut dengan tangan terbuka. Tak dilupakan juga anak anak SDPB yang kurang berkemampuan juga turut menerima bingkisan Ramadan.

Semoga program silang budaya ini dapat diteruskan lagi dan mengukuhkan silaturrahim antara warga SDPB Menjuarai.

 

             

 PEMBERIAN BINGKISAN RAMADAN

 KUIH RAYA KEPADA GURU-GURU

PILIHANRAYA PEMILIHAN KETUA PENGAWAS & TIMBALAN KETUA PENGAWAS 2022/2023

 27 April 2022 - Bagi memperkasa Kemahiran Memimpin di kalangan pelajar & membudayakan penggunaan digital dalam pengurusan, Pilihanraya Ketua Pengawas & Timbalan Ketua Pengawas SMKDPB bagi sesi 2022/23 telah dijalankan pada 22-24 April 2023 secara atas talian di kalangan pelajar dan guru-guru SMKDP. Pilihanraya ini menyaksikan pertandingan sengit dua calon Ketua Pengawas & 3 Calon Penolong Ketua Pengawas. Keputusan telah diumumkan pada 26 April 2022 jam 7.25 pagi.

Jawatan Ketua Pengawas telah berjaya disandang oleh Saudara Muhammad Hilman Anas bin Mohd Anis dengan 52.5% undian Dan Timbalan Ketua Pengawas disandang oleh Agnes Koo Xin Yan dengan 52.8% Undian.

Tahniah kepada calon yang menang serta semua calon yang bertanding, atas komitmen tinggi sepanjang sesi berkempen dan pilihanraya. Teruskan kerjasama dan budaya kerja berpasukan.

Kemenangan ini bermakna Muhammad Hilman Anas bin Mohd Anis merupakan ketua pengawas merangkap ketua murid bagi sesi 2022/2023 .


SOLAT JUMAAT, SOLAT HAJAT, TAHLIL PERDANA & PELANCARAN TABUNG SERINGGIT SMKDPB

22 April 2022- Pada hari ini, Solat Jumaat di Surau Nur Hidayah telah disiarkan secara langsung melalui YouTube Ustaz Abd Shukor Talib.

Tuan Haji Abd Shukor Talib telah membaca khutbah dan mengimami Solat Jumaat serta solat hajat. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Tahlil Perdana.

Akhir sekali, Pelancaran Tabung Seringgit telah disempurnakan oleh Cikgu Mohd Shaphri , Pengetua SMKDPB. Tabung ini merupakan simbolik sedekah warga SDPB untuk keluarga anak-anak pelajar yang memerlukannya. Pelancaran ini dibuat pada bulan Ramadan bagi mendidik jiwa warga SDPB untuk bersedekah. Semoga amalan ini terus menjadi budaya warga SDPB Menjuarai.

 


       

 

 


PROGRAM "JOM BACA 10 MINIT" TAHUN 2022

Tarikh : 21 April 2022 (Khamis),  Masa : 11.00 pagi - 11.10 pagi

Program ini dimulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari ini sebagai tanda KOMITMEN semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca SETIAP HARI,

"Bangsa Johor : jom Membaca Setiap Hari"

Warga SDPB Menjuarai menyahut seruan Jom Membaca 10 minit.

       

      

 

 

JOHAN NILAM BAHASA INGGERIS DAN KETIGA BAHASA MELAYU 2022 DAERAH PONTIAN

18 April 2022 -Tahniah diucapkan kepada adik Agnes Koo Xin Yan yang telah dinobatkan sebagai Johan TOKOH NILAM Kategori Individu dan Kumpulan (Bahasa Inggeris)

Tahniah juga diucapkan kepada adik Nurin Yasarah Aqilah yang mendapat tempat Ketiga TOKOH NILAM Kategori Individu ( Bahasa Melayu)

Sesungguhnya kejayaan yang dicapai dalam program NILAM bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi, tetapi ia diperoleh dengan usaha yang jitu, komitmen yang padu dan pengorbanan yang tinggi, di samping sokongan dan dorongan ibubapa serta bimbingan guru-guru yang berterusan.

Tahniah... 


 


 


 

 

 

 


 

TAHNIAH ADIK IMAN IRENE QAWIEMA BINTI AHMAD FAISAL

11 April 2022 - Tahniah diucapkan kepada adik Iman Irene Qawiema yang terpilih dan dilantik sebagai  Ahli Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) bagi Kohort 11 tahun 2022/2023. Semoga terus menampilkan kecemerlangan dalam amanah yang diberikan. SDPB Menjuarai berbangga denganmu.



SELAMAT DATANG DAN BERKHIDMAT DI SMK DATO' PENGGAWA BARAT

7 April 2022 - Cikgu Mohd Hamzah bin Hassan, PK HEM SMK Sri Perhentian kembali ke SMK Dato' Penggawa Barat sebagai Penolong Kanan HEM. Beliau menggantikan Cikgu Hajah Zainab binti Watak yang bersara wajib. Manakala Cikgu Nor'Asykin binti Hassim, GKMP Sains dari SMK Kayu Ara Pasong pula menjawat jawatan PK Kokurikulum menggantikan Cikgu Abd Aziz bin Mohamed yang dinaikkan pangkat sebagai PK HEM di SMK Dato' Ali Haji Ahmad.

Selain itu, terdapat 2 orang guru berpindah masuk ke SMKDPB iaitu Cikgu Zaki Hilwan bin Achok dari SMK Sri Kukup dan Cikgu Norazrin binti Bachok dari SMK Teluk Kerang.

Bagi penempatan baharu pula, Cikgu Muhammad Farhan Azwan bin Daud melaporkan diri pada 12 Mac 2022 dan Cikgu Hemanathan melaporkan diri pada 11 April 2022. 

Selamat datang diucapkan kepada semua guru dan bersama-sama memacu kecemerlangan di SMKDPB. SDPB Menjuarai.



CIKGU MOHD HAMZAH BIN HASSAN

 

CIKGU NOR'ASYKIN BINTI HASSIM

 

CIKGU NORAZRIN BINTI BACHOK

 

CIKGU HEMANATHAN

 

CIKGU MUHD FARHAN AZWAN

CIKGU ZAKI HILWAN ACHOK
            

                                          




SALAM RAMADAN