KURSUS MANIKAYU PENGENALAN

28 Julai 2018 - Seramai 58 orang peserta terdiri daripada guru pemimpin pengakap Daerah Pontian serta Kelana telah mengikuti Kursus Manikayu Pengenalan yang diadakan di sini hari ini. Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian dengan kerjasama Unit Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dan SMK Dato' Penggawa Barat bertujuan memberi info kepimpinan mendidik ahli-ahli pengakap kepada para peserta. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Zaid bin Man, Cikgu Siti Rahmah binti Abd Rahman, Cikgu Siti Aznum binti Senom, Cikgu Aznita binti Sairi dan Cikgu Melina binti Ibrahim. tahniah diucapkan.

PELANCARAN ANUGERAH PENGGAWA

26 Julai 2018 - Pelancaran Anugerah Penggawa telah disempurnakan oleh YB Muhammad Taqiuddin bin Cheman, ADUN Pulai Sebatang sempena Hari Kokurikulum SMKDPB. 





ANUGERAH PENGGAWA merupakan anugerah penghargaan tertinggi yang diberikan oleh SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian , Johor kepada para pelajar, guru-guru, organisasi dan orang perseorangan. Anugerah ini mula diperkenalkan pada Januari 2017.

Anugerah ini diberikan berdasarkan 3 peringkat iaitu:

1. ANUGERAH PENGGAWA (EMAS)
2. ANUGERAH PENGGAWA (PERAK)
3. ANUGERAH PENGGAWA (GANGSA)

Terdapat kriteria khusus yang melayakkan seseorang itu mendapat anugerah ini dan diperkenankan oleh Jawatankuasa Khas Anugerah Penggawa.
                                       

Objektif  anugerah ini adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa yang diberikan oleh sesiapa sahaja khususnya para pelajar, guru-guru, organisasi dan orang perseorangan dalam menjana kecemerlangan dan kemenjadian pelajar di SMK Dato’ Penggawa Barat. Penghargaan ini juga diberikan kepada para pelajar, guru-guru, organisasi dan orang perseorangan yang mengharumkan nama SMK Dato’ Penggawa Barat ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Semoga dengan ANUGERAH PENGGAWA menjadi pemangkin kejayaan para pelajar SMKDPB dan seterusnya menjadi legasi kecemerlangan SMKDPB.

HARI KOKURIKULUM 2018


26 Julai 2018 – Hari Kokurikulum SMKDPB telah diadakan pada hari ini. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. YB Muhammad Taqiuddin bin Cheman, ADUN Pulai Sebatang telah merasmikan Hari Kokurikulum ini. Antara inti pati ucapannya adalah meminta para pelajar agar sentiasa aktif dalam apa jua aktiviti kokurikulum.


 






BOLING TENPIN MSSJ



17-19 Julai 2018 – Bertempat di Daiman Bowl, Johor Bahru telah diadakan pertandingan Boling Tenpin MSSJ. Peserta SMKDPB iaitu Muhammad Adli Zafri bin Zainuddin telah mendapat Naib Johan Bawah 18 tahun lelaki. Tahniah diucapkan.


MULTAQA & ANUGERAH IMAM REMAJA 2018


16 Julai 2018 – Bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru telah diadakan Majlis Multaqa dan Anugerah Imam Remaja 2018 peringkat negeri. Berikut keputusannya:
1.       Muhammad Shayereezam bin Zainor Hisham (MUMTAZ SOFI)
2.       Edzham Firdaus bin Khairul Edrin (MUMTAZ)
3.       Zulhusni bin Samsor  (JAYYID JIDDAN)
4.       Muhammad Syafiq bin Mohd Salleh (JAYYID JIDDAN)
5.       Muhammad Nur Luthfy bin Md.Nor Azmi (JAYYID JIDDAN)
6.       Muhammad Baihaqi bin Mohd Adabi (JAYYID)
Tahniah, diucapkan!

FESTIVAL ANTARABANGSA TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 2018 - STIF


13-15 Julai 2018 - Pasukan Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian telah menyertai jemputan ke Festival Antarabangsa Transformasi Sekolah TS25 2018 di SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang, Johor.Antara negara yang turut menyertainya ialah Thailand, Brunei dan Indonesia.  Seramai 35 orang peserta dan diiringi 3 orang guru pembimbing. Antara pertandingan yang disertai ialah Pertandingan Pintu Gerbang, Persembahan Amalan Terbaik Sekolah, Pameran Amalan Terbaik dan Kawad Kaki. Pasukan Pengakap Laut telah mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan kawad kaki. Tahniah diucapkan.










KARNIVAL PUTERI ISLAM DAERAH PONTIAN 2018

14 Julai 2018 - Karnival Puteri Islam Daerah Pontian telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Pasukan Puteri Islam SMKDPB telah menghantar peserta dan beberapa kejayaan telah diperoleh:

Keputusan Pertandingan Karnival PUTERI.

1. ICT/Video - Naib Johan
2. Cheff Puteri- Johan
3. Qasidah -. Johan
4. Pertolongan Cemas - ke 3





KEJOHANAN TENIS MSSD & MSSJ 2018


27-29 Jun 2018 bertempat di Gelanggan Tenis Majlis Daerah Pontian, SMKDPB menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Tenis MSSD dengan memperoleh  2 Emas, 1 Perak, dan 1 Gangsa.
 
 

12-14 Julai 2018 bertempat di Gelanggang Pusat Matrikulasi Teknikal Johor, Pasukan Tenis Daerah Pontian menjadi Johan Keseluruhan. Atlet dari SMKDPB menyumbang 1 Perak dan 1 Gangsa.
 
 

LAWATAN KERJA YB AMINOLHUDA HASSAN

 



11 Julai 2018 – Lawatan Kerja oleh YB Aminolhuda Hassan, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri  Johor telah berlangsung pada hari ini. Beliau diiringi oleh En Azman bin Adnan, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor serta En Zainal bin Buang, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pontian. Objektif lawatan ini adalah untuk meninjau keperluan sekolah dan kemajuan sekolah dalam memacu kecemerlangan. Terima kasih tuan atas kunjungan ke SMKDPB.










KEJOHANAN MEMANAH MSSD 2018

10 Julai 2018 - 15 medal telah dimenangi dan SMKDPB dinobatkan sebagai  juara keseluruhan dalam kejohanan memanah MSSD 2018 bertempat di Maahad Pontian.
Individu L18 : Johan, Ke 3, Ke 4
Olimpik Round Individu L18: Johan, Ke 3, Ke 4
Olimpik Round Berpasukan L18 : Johan
Individu L15 : Johan
Olimpik Round Individu L15 :Ke 4
Olimpik Round Berpasukan L15 : Johan
Individu P15 :Naib johan, Ke 4
Olimpik round Individu P15: Naib johan, Ke 4
Olimpik Round Berpasukan P15: Johan




MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. ZAITON BINTI HITAM



1 Julai 2018 – Majlis persaraan Pn Hjh Zaiton binti Hitam telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. Beliau merupakan seorang kaunselor yang berdedikasi dan sering membantu pelajar dalam pelajaran. Beliau yang memulakan perkhidmatan pada 1 Mei 1982 telah menabur bakti selama 36 tahun dalam dunia pendidikan. Terima Kasih, Cikgu! Jasamu Dikenang!










SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2018



1 Julai 2018 – Sambutan hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis dimeriahkan dengan geri-gerai makanan yang dibuka di sekitar dewan. Pelajar bukan Islam turut bersama merayakannya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada tahun ini.