SINGAPORE NATIONAL JUMP ROPE CHAMPIONSHIP 2021 - SDPB PEROLEH 2 EMAS, 3 PERAK & 5 GANGSA.

29 Januari 2022 - Pada hari ini, telah diumumkan keputusan Singapore National Jump Rope Championship 2021 oleh pihak penganjur. SMKDPB telah memperoleh 2 Emas, 3 Perak dan 5 Gangsa dalam pertandingan yang diadakan secara online. Pertandingan ini telah berlangsung pada 15 - 30 November 2021 melalui rakaman video. Mereka dibimbing oleh Cg Hajah zanariah, Cg Rashidah dan Cg Norhaizan. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid murid berikut :

1. Muhammad Iman bin Mohd Ismail ( 1 Emas & 1 Gangsa)
2. Muhammad Amir Aiman bin Hisham ( 1 Emas & 2 Gangsa)
3. Mohd. Amirul Afif bin Mohd. Hairul  Hafiz ( 1 Perak & 1 Gangsa)
4. Muhammad Nabil Farid bin Musa (1 Perak)
5. Muhammad Nur Lutfy bin Md Azmi (1 Gangsa)
6. Muhammad Rif'at bin  Ahmad Sidek (1 Perak)
7. Wafi Rahiman bin Rosman (Saguhati)
8. Wafa Raqeeba binti Rosman (Saguhati)

Tahniah diucapkan kerana mengharumkan nama SDPB Menjuarai.

 

 

 

 


PERASMIAN STUDIO HARMONI TS25

27 Januari 2022- Pada hari ini, Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB telah merasmikan Studio Harmoni. Studio ini diberi nama STUDIO HARMONI kerana kedudukannya yang terletak di Bilik Guru Harmoni.Objektif utama studio ini adalah untuk sesi rakaman Pengajaran dan Pembelajaran guru-guru untuk manfaat anak-anak pelajar SDPB. Selain itu, studio ini juga akan digunakan untuk anak-anak pelajar membuat rakaman penyertaan dalam sesuatu pertandingan terutamanya pengucapan awam.Moga kewujudan studio ini dapat dimanfaatkan oleh warga SDPB MENJUARAI seterusnya menyokong penghasilan atmosfera KBAT demi mencapai hala tuju SMKDPB sebagai sebuah sekolah TS25.

Terima kasih kepada seorang insan bergelar guru selaku penyumbang semua peralatan Studio Harmoni ini.

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT VIDEO GIMIK  PERASMIAN

Together We CHAt💪🏻

(Create HOTS Atmosphere)

 

 

                     


PROGRAM SILANG BUDAYA - TAHUN BAHARU CINA

27 Januari 2022 - Satu majlis ringkas meraikan guru-guru dan murid-murid cina yang dinamakan Program Silang Budaya telah diadakan pada hari ini di Dataran Munsyi. Tuan Pengetua, Cikgu Mohd Shaphri mengambil kesempatan membuat ucapan Tahun Baharu Cina melalui pembesar suara kepada seluruh warga SMKDPB khususnya guru-guru dan murid-murid berbangsa cina.  tuan Pengetua turut menyampaikan hadiah dan limau mandarin sebagai simbolik sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.


 

 

 


PLC MODUL 4 TS25

26 Januari 2022- Satu sesi PLC TS25 melibat Modul 4 iaitu Persekitaran Pembelajaran Profesional telah diadakan di Bilik Khawarizmi pada hari ini bermula jam 2.00 petang. Pada sesi ini, semua AJK berbincang akan gerak kerja Modul 4 iaitu antaranya pembahagian tugas dan melengkapkan toolkits. Semua pembahagian tugasan ini diharapkan dapat dilaksanakan sebelum 13 Februari 2022.

 


 

 

 


BIMBINGAN DAN PEMENTORAN RAKAN ELIT TS25

25 Januari 2022 - Sesi Bimbingan dan Pementoran Rakan Elit TS25 telah dilakukan oleh En Mohd Rafie bin Kunjahamad (Rakan Elit dari PPD Pontian). Kunjungan beliau bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi berfokus kepada Pemurnian RPS, Pintas dan OPPM, Refleksi Modul 1,2 dan 3, Pemeriksaan dan Pemerkasaan Caoching dan Mentoring, Penggunaan Borang OPC, PLC-Learning Walk dan RPH TS25. Semoga kunjungan ini dapat membantu SMKDPB ke arah merealisasikan TS25 dengan lebih berkesan.

 


 

 

 


SUMBANGAN ALAT TULIS PELAJAR SPM 2021

19 Januari 2022 - Sesi penyerahan alat tulis kepada calon SPM 2021 telah diadakan secara ringkas pagi ini. Sumbangan oleh Dato' Isa bin Ab Hamid, Ahli Dewan Undangan Negara. Semoga sumbangan ini dapat memberikan suntikan motivasi kepada anak-anak pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2021 pada Mac nanti. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Isa.

 


 

 

 


SUMBANGAN AHLI PARLIMEN TANJUNG PIAI

16 Januari 2022 - Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dato' Sri Wee Jeck Seng  telah menyampaikan sumbangan berupa alat penjagaan kebersihan diri ketika Covid-19. Majlis sumbangan tersebut telah diadakan di pejabat beliau di Pekan Nanas. Tn Haji Md Azmi bin Markam telah menerima sumbangan tersebut bagi pihak SMK Dato' Penggawa Barat.



DIALOG PRESTASI PERCUBAAN SPM 2021

11 Januari 2022 - Dialog Prestasi Percubaan SPM 2021 telah diadakan secara hybrid pada hari ini. Dialog ini turut dihadiri  En. Zulkurnain bin Abdul Rahman, Timbalan PPD Sektor Perancangan, En. Nazarali  bin Ali, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Pn Sabahriah binti Ismail, SISC+, En Kar Hock Tan dan En Zainal Abidin dari PPD Pontian.  Cikgu Mohd Shaphri (Pengetua) membentangkan dialog prestasi tersebut yang turut disertai kesemua guru SDPB. Semoga dialog prestasi ini dapat mencari solusi bagi mencipta kecemerlangan berganda dalam peperiksaan SPM nanti.

 


 

 

 


UJIAN KENDIRI COVID-19

8 Januari 2022 - Ujian Kendiri Covid-19 untuk pelajar asrama yang kembali ke asrama telah diadakan pada hari ini. Ujian dijalankan pada sesi pagi dan petang mengikut giliran. Terima kasih kepada guru-guru yang membantu melancarkan ujian kendiri ini. Bersama kita membanteras penularan COVID-19.

 


 

 

 



TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH

6 Januari 2022 - Taklimat Pengoperasian Sekolah telah diadakan secara Google Meet pada hari ini. Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Pengetua, En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof. Taklimat ini bertujuan memberi kefahaman berkaitan pengoperasian sekolah kepada guru-guru termasuk SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak KPM dan KKM.