KARNIVAL TRANSISI KERJAYA PENDIDIKAN KHAS DAERAH PONTIAN 2022

31 Oktober 2022 - Karnival Transisi Kerjaya Pendidikan Khas Daerah Pontian 2022 telah diadakan di SMK Tan Sri Osman Mohd Saat, Pontian.Team PPKI SMK Dato' Penggawa Barat telah menghantar 2 orang wakil bagi menyertai pertandingan Gubahan Sireh Junjung & Membuat Tengkolok bagi kategori Menengah.Kedua-dua peserta telah berjaya meraih tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada adik Taufik dan adik Fiona atas kejayaan ini. Tahniah juga kepada semua guru pembimbing yang diketuai oleh Cikgu Halina Bt Zulkifli.

 


 

 

 

 

 

TAHNIAH PENERIMA ARPRM PERINGKAT PERAK DAN GANGSA TAHUN 2022

30 Oktober 2022 - Jutaan tahniah diucapkan kepada 35 orang penerima ARPRM dari SMKDPB. Teruskan sehingga ke peringkat Emas. Syabas buat Cg Suhizulhisam Keliwon atas bimbingan hingga berjaya membentuk kemenjadian murid.

 


 

 

 

 

 

SIMULASI HAJI DAN SEMBELIHAN

23 Oktober 2022 - Simulasi Haji dan Sembelihan telah diadakan pada hari ini kepada pelajar muslim Tingkatan 4 dan 5. Program ini dikelolakan oleh Panitia Agama Islam SMKDPB. Tajuk Haji dan Sembelihan merupakan salah satu tajuk dalam silibus Pendidikan Islam. Para pelajar berpeluang melakukan amali haji dan Sembelihan dengan dibantu para ustaz dan ustazah. Semoga simulasi ini memberi lebih kefahaman kepada para pelajar untuk menjawab soalan dan juga untuk kegunaan dalam kehidupan.

 

 

 

 


Majlis Pelancaran Tuisyen Pintar YPM @ KPLB

20 Oktober 2022-Majlis Pelancaran Tuisyen Pintar YPM @ KPLB di bawah tajaan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Majlis ini telah dihadiri oleh pelajar terpilih daripada 4 buah sekolah iaitu SMKDPB, STOMS, SDAHA dan MAAHAD PONTIAN. Perasmian majlis ini disempurnakan oleh En Mohd Safuan Fadzli, Pengurus Kanan Program & Tugas Khas Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Majlis ini turut disertai para ibu/ bapa pelajar terbabit. Sesi motivasi para pelajar dan ibu/bapa turut diadakan iaitu hari ini. Semoga para pelajar ini akan lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM. 

 


 

 

 

 

 

Eksplorasi STEM, Aeronautik dan Webinar Kerjaya 2022 Peringkat Kebangsaan

16 Oktober 2022-Eksplorasi STEM, Aeronautik dan Webinar Kerjaya 2022 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 15-16 Oktober 2022 bertempat di SMK Dato'Ali Haji Ahmad (SDAHA).

SMKDPB telah menghantar peserta ke program tersebut diiringi Cikgu Maslina dan Cikgu Shahida. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya pertandingan glider, simulator games, kuiz online, kuiz bertulis, Webinar dan lain-lain.

 







 

                 

             

JOTA JOTI (JAMBOREE ON THE AIR, JAMBOREE ON THE INTERNET) 2022

15 OKtober 2022-Seramai 5 orang ahli pengakap dan seorang guru telah menyertai Jota Joti yang diadakan serentak di seluruh dunia. Bagi Daerah Pontian satu stesyen telah dibuka di SK Rambah. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah Pengenalan Radio Amatur, Pheonitic Code, Morse Code, Semaphore, pameran, kuiz dan sebagainya

Semoga ahli-ahli pengakap yang turut serta akan mendapat manfaat dan dapat disebarkan kepada rakan rakan di sekolah.

 


 

Karnival Sukan Rakyat Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Pontian

13 Oktober 2022-Karnival Sukan Rakyat Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Pontian telah dilaksanakan pada hari ini di SMK Sri Perhentian. PPIM SMKDPB telah menghantar 5 peserta ke pertandingan Karnival Sukan Rakyat ini. Pelbagai pertandingan diadakan iaitu Dam Haji, Ceper, Batu Seremban, Lari Kaki Tiga dan sebagainya. Dalam acara Lari Kaki Tiga peserta SMKDPB mendapat tempat kedua. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang dan guru pembimbing.

                

 

 

 


NAIB JOHAN PIDATO NEGERI JOHOR 2022

10 Oktober 2022- Karnival Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (MBMMBI) Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada hari ini di SK Kampung Melayu, Kluang, Johor. Dalam Pertandingan Pidato Menengah Atas, Adik Muhammad Danial Hakim bin Hairulnizam yang dibimbing Cikgu Anuar Salleh telah muncul Naib Johan Peringkat Negeri Johor.

Tajuk pidato utama beliau ialah 'KOMUNITI PRIHATIN, ALAM SEMESTA TERJAMIN' manakala tajuk pidato spontan ialah 'MALAYSIA SYURGA MAKANAN '.