AMALAN TERBAIK KOKURIKULUM SMKDPB

15 November 2022- Pada hari ini, Cikgu Anuar bin Salleh, Guru Ikon Kokurikulum dan Sukan Negeri Johor dijemput menyampaikan Perkongsian Amalan Terbaik Kokurikulum kepada Guru Pewaris Negara Daerah Pontian. Cikgu Anuar telah berkongsi pengalaman berkaitan amalan terbaiknya iaitu TOP (Transformasi Ordinary Person) dalam  menjayakan pelbagai aktiviti kokurikulum antaranya aktiviti badan beruniform pengakap, aktiviti pidato, aktiviti inovasi dan juga penganjuran program peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau berkata kejayaanya banyak dibantu oleh 'team' yang akrab sehingga melancarkan sesuatu program yang dirancang dan dilaksanakan. Malah menurutnya persekitaran yang positif juga membantu kejayaan sesebuah program. Perkongsian ini dihadiri oleh lebih 100 orang guru-guru muda dari daerah Pontian. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada rakan-rakan guru muda daerah Pontian.

 

        

 

 

INTERNATIONAL SPADU VIRTUAL HIKING (ISVH) 2022

14 November 2022-International Spadu Virtual Hiking (ISVH) 2022 telah dijalankan pada 1-31 Oktober 2022. Program peringkat antarabangsa ini dibawah kelolaan SMK Pasir Gudang 2, Johor. Tahniah diucapkan kepada para pelajar SMKDPB kerana diisytiharkan sebagai sekolah yang paling ramai menghantar penyertaan bagi kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas. Hasil inisiatif Cg Siti Aznum dan Cg Hafzanisa yang menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan ini sehingga membolehkan SMKDPB diumumkan sebagai sekolah yang menghantar penyertaan terbanyak. Syabas dan tahniah kepada para pelajar yang mengambil bahagian dan bijak merebut peluang.                                                

 

 

 

 

KEJAYAAN DALAM FESTIVAL BAHASA JEPUN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2022

13 November 2022- Festival Bahasa Jepun Kali Ke-6,  peringkat negeri Johor telah berlangsung 
pada 15 Oktober 2022- 12 November 2022. Program ini anjuran SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat dengan kerjasama JPN Johor.

  Berikut merupakan keputusan rasmi.

 1. Pertandingan Bacaan Bahasa Jepun.

Anugerah Himawari - Goh Jia Si

Anugerah Ume - Tan Wei Bin & Ching Si Ying


2. Pertandingan Infografik.

Anugerah Sakura - Nur Khairina binti Khairul Anuar

Anugerah Ume - Farina Khairah binti Azlan, Ching Si Ying & Nur Liyana binti Baharudin.

 

3. Pertandingan Karaoke Bahasa Jepun.

Anugerah Ume - Goh Wen Qi.

 

4. Pertandingan kaligrafi Bahasa Jepun  (Aras 1)

Anugerah Sakura – Ng Wan Sin , Lim Ming Ying & Lee Sze Yuan

Anugerah Himawari – Wennie Chia, Koh Lee Qing, Chng Ming Yuan & Ng Tsu Yee

Anugerah Ume – Lim Jin Ying, Chong Min Rou, Lydia Tang, Nur Liyana binti Baharudin, Choh Jie Yi, Nell Chua Na, Ching Si Ying, Puteri Dalila Sofea binti Haddadek, Wang Xin Qi & Fu Yi Chen.

 

5. Pertandingan kaligrafi Bahasa Jepun  (Aras 2)         

Anugerah Sakura – Ng Wan Sin

Anugerah Himawari – Chong Min Yuan, Choh Jie Yi & Lim Ming Ying.

Anugerah Ume – Chong Min Rou, Goh Wen Qi, Koh Lee Qing & Wong Jay -N.

 

6. Pertandingan Lukisan Budaya Menengah Rendah

Anugerah Sakura – Nell Chua Na

Anugerah Himawari – Ng Wan Sin, Tan Wei Bin & Tai Tong En

Anugerah Ume – Felicia Goo Enqi , Wang Xin Qi & Muhammad Farish Rukaini bin Muhammad Ridhwan.

  

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang.Terima kasih buat cikgu pembimbing iaitu Cg Leng Soa Ye.

        

      

        

      

        

      

        

      


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H/2022M

12 November 2022 -  Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada pagi ini. Majlis dimulakan dengan perarakan dalam kawasan sekolah yang diketuai Tuan Pengetua.  Seterusnya diikuti dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran, selawat, deklamasi sajak serta nasyid. Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Mohamad Mufid bin Jamaludin, Pen. Pengarah Seksyen Latihan & Pembangunan Kerjaya, BPI JAINJ. Bertemakan Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran sambutan Maulidur Rasul disambut dalam suasana sederhana tetapi meriah.

 


 

 

 

 

 

 

 


TEMPAT KETIGA STEM DECATHLON CHALLENGE (SEK.MEN) 2022

10 November 2022 - Tahniah diucapkan kepada adik Agnes Koo Xin Yan yang telah memperoleh tempat Ketiga dalam pertandingan STEM Decathlon Challenge (Sekolah Menengah) sempena Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2022 yang berlangsung secara atas talian mulai 15 Jun 2022 hingga 30 Ogos 2022. Terima kasih buat guru pembimbing iaitu Cg Mohd Hafiz bin Ahmad.

    

    

    

    

NAIB JOHAN NASYID DAERAH PONTIAN 2022

10 November 2022 - Naib Johan pertandingan nasyid peringkat daerah Pontian sempena Karnival Kokurikulum dan Sambutan Jubli Emas SMK Parit Betak.  Tahniah dan syabas  diucapkan kepada para peserta nasyid.  Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nasaruddin Ihsan bin Zakaria, Ustazah Siti Ramlah binti Ramlan  dan Cikgu Nor Hisham bin Rashid.


ANUGERAH PLATINUM PIDATO HARGAI SAWIT MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

10 November 2022 - Tahniah kepada adik Farina Khairah binti Azlan Tingkatan 2 Mawar berjaya menggondol anugerah Platinum dalam Pertandingan Pidato Hargai Sawit Malaysia peringkat Kebangsaan. Beliau menyampaikan pidato bahasa Inggeris bertajuk 'Palm Oil' Beliau dibimbing oleh Cikgu Hemanathan a/l Gandappan. Beliau bakal menerima hadiah wang tunai RM2K serta sijil .Syabas dan tahniah

Tonton liputan berita Buletin Utama TV3 9.11.2022 

 


 

 

 

 

 

KEM MINDA SIHAT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

8-10 November 2022 -Kem Minda Sihat Pembimbing Rakan Sebaya #KITAKANSAHABAT Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu, Kuala Berang. Seorang pelajar SMKDPB iaitu Muhammad Hud bin Mansor (4AK) telah mewakili negeri Johor dalam program tersebut. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dikongsi bersama-sama rakan di sekolah. TAHNIAH 

Kejohanan Memanah 1000 Liga Peringkat Daerah Pontian

3 November 2022- Kejohanan Memanah 1000 Liga Peringkat Daerah Pontian telah diadakan pada hari ini bertempat di SK Bandar Pontian. Pasukan memanah SDPB Menjuarai telah menghantar 11 orang peserta. Berikut merupakan pencapaian setiap peserta. Bagi kategori Recurve- Expert Man, Nurazhan Azfar bin Mohd Akbal mendapat tempat keempat. Bagi kategori Recurve-Expert Woman, Nur Fatin Dania binti Hairil Anuar mendapat tempat kelapan sementara bagi kategori Olimpik Round, Nurazhan Azfar bin Mohd Akbal mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan juga guru pembimbing. 

          

       

         

        

   

  

KHIDMAT MASYARAKAT PASUKAN PANDU PUTERI

2 November 2011 -Permohonan menjalankan khidmat masyarakat Pasukan Pandu Puteri SMKDPB telah dijalankan pada hari ini dengan menyaksikan 3 calon Pandu Puteri Raja bertemu dengan Tuan Pengetua untuk memohon kebenaran menjalankan projek di Astaka Titian Kasih bermula 1 Okt 2022 - 30 Dis 2022.

Projek ini disertai oleh Iman Irene Qawiema bt Ahmad Feisal , Hanis Umairah bt Hasnizam dan Nurul Najihah Bt Adam dengan bimbingan guru pemimpin Cg Rosita, Cg Noorhidayati, Cg Natrah dan Cg Nor Anida.

 


 

 

 

 

     

KEDATANGAN YBHG. DR. NORISAH BINTI SUHAILI, TIMBALAN KPPM

1 November 2022 -Pada hari ini, SMKDPB menerima kedatangan tetamu istimewa iaitu Ybhg. Dr. Norisah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi). Beliau diiringi oleh Tn. Md Said bin Md Daimon, Pengarah Pendidikan Negeri Johor serta Tn Hj. Abdul Rahman bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.

Ybhg. Dr. Norisah dalam rangka lawatan ke Johor dan beliau singgah di SMKDPB bertemu para pentadbir dan pelajar. Beliau turut menyuntik kata-kata motivasi ringkas kepada calon-calon SPM 2022 agar berusaha memperoleh pencapaian perfect score dalam SPM 2022.
Selain itu, Ybhg.Dr Norisah turut bertemu dengan Cikgu Shafie bin Salleh bagi bertanya khabar kesihatannya.

Semoga kedatangan Ybhg. Dr. Norisah dan rombongan dapat memberi suntikan semangat calon SPM 2022 dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan SDPB Menjuarai.