KEDATANGAN YBHG. DR. NORISAH BINTI SUHAILI, TIMBALAN KPPM

1 November 2022 -Pada hari ini, SMKDPB menerima kedatangan tetamu istimewa iaitu Ybhg. Dr. Norisah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi). Beliau diiringi oleh Tn. Md Said bin Md Daimon, Pengarah Pendidikan Negeri Johor serta Tn Hj. Abdul Rahman bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.

Ybhg. Dr. Norisah dalam rangka lawatan ke Johor dan beliau singgah di SMKDPB bertemu para pentadbir dan pelajar. Beliau turut menyuntik kata-kata motivasi ringkas kepada calon-calon SPM 2022 agar berusaha memperoleh pencapaian perfect score dalam SPM 2022.
Selain itu, Ybhg.Dr Norisah turut bertemu dengan Cikgu Shafie bin Salleh bagi bertanya khabar kesihatannya.

Semoga kedatangan Ybhg. Dr. Norisah dan rombongan dapat memberi suntikan semangat calon SPM 2022 dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan SDPB Menjuarai.