SMKDPB Juara Kebangsaan Kuiz Pelaburan PNB 4 Tahun Berturut-turut

          
25-27 Julai 2011: Sekali lagi untuk kali yang ke-empat berturut-turut SMKDPB telah dinobatkan sebagai JUARA Kuiz Pelaburan PNB peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini telah dijalankan di Mines Wellness Hotel, Selangor. 

Atas kejayaan ini, pasukan Kuiz SMKDPB telah merangkul hadiah wang tunai RM8000.00 berserta piala pusingan.

Bagi Kategori Pertandingan Pidato PNB pula pasukan SMKDPB juga telah melangkah ke peringkat Kebangsaan dan telah mendapat tempat ke-3.

Antara objektif pertandingan Kuiz PNB ini sebagaimana yang telah dimaklumkan ialah :
  • Memberi pendedahan & pendidikan mengenai perkaitan antara risiko & pulangan dari pelaburan dengan berteraskan pelaburan jangka panjang untuk strategi jangka panjang; dan
  • Menguji pengetahuan tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa dunia pelaburan, ekonomi dan kewangan di samping menekankan manfaat menyimpan & melabur dan kepentingannya dalam perancangan kewangan peribadi & keluarga.