Hari Terbuka Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas
Hari terbuka bagi pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas pada tahun ini telah diadakan pada hari Sabtu (9 Julai 2011). Hari Terbuka ini telah membuka peluang kepada para ibu bapa berjumpa dengan guru-guru kelas dan guru-guru mata pelajaran untuk mengetahui prestasi akademik anak-anak mereka dan keputusan Peperiksaan Setengah Tahun. Hari terbuka ini bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 1 petang. Ukhwah dan kerjasama antara guru dan ibu bapa pastinya dapat dieratkan lagi untuk kecemerlangan dan kegemilangan potensi akademik dan juga sahsiah murid-murid.